30 Jenis Blog dan Blogger

by Zoul on 16 January 2010


Blog orang aku Terjah!! itu kerja aku bila ada masa lapang atau masa tak berapa lapang. Kenapa aku terjah blog orang? Sebab aku 'dahaga'kan ilmu dan maklumat, sambil tu aku belajar cara-cara berblogging yang betul. Maklumlah aku bukan jenis yang suka beli atau download ebuku lepas tu baca.. tak masyuk. Dari blogger otai, blogger tegar, blogger sambilan atau blogger baru, dah pernah aku terjah. Blogger lelaki, perempuan, gadis, teruna, janda, duda dan sebagainya, pun aku terjah juga.

Dalam aku menerjah tu aku perasan, rupanya dalam begitu punya ramai blogger mereka punya banyak persamaan. Kadangkala persamaan tu negatif tetapi banyak juga yang positif. Jadi kalau anda rasa anda tu blogger, cuba lihat ada atau tidak persamaan tu dengan anda..



Ada blogger yang...

1-Update blognya sehari lebih dari tiga kali.. ini blogger yang banyak idea.
2-Dah lebih setahun langsung tak jenguk blognya.
3-Menghiasi blognya dengan iklan yang berkelip-kelip hingga aku tak tahu nak klik yang mana satu.
4-Menciplak entri blogger lain tapi tak tinggalkan kredit pun buat penulis asal.
5-Mengaku entri tu dia yang buat sedangkan aku dah pernah baca entri yang sebijik sama dari blog lain lama dulu.
6-Meninggalkan komen pada shoutmix tapi minta blogger lain komen pada comment form pada blognya.
7-Perkataan yang paling banyak digunakan blogger di shoutmix atau shout box ialah.. singgah, salam singgah, aku singgah, blog hopping, jalan-jalan...
8-Meninggalkan komen yang langsung tak ada kena mengena dengan entri.
9-Banyak meninggalkan komen pada blog orang lain.. tapi blognya langsung tiada komen.
10-Theme blognya langsung tak cantik tapi pendapatan dari iklannya lebih dari RM3000.00 sebulan.
11-Ada lebih dari satu blog, tapi semunya tidak di update.
12-Sentiasa bertukar-tukar platform.. sekejap Blogger lepas tu Wordpress, kemudian kembali ke Blogger dan sebaliknya.

13-Menulis tajuk entri yang langsung tiada kena mengena dengan isi entri.
14-Menulis entri yang isi nya cuma "Aku Bosan...!" tapi dikomen lebih dari 100 pembaca.
15-Hentam blog orang lain.. tapi blog sendiri.. haprak.
16-Dah terkenal tapi humble macam blogger junior, ada yang junior tapi berlagak macam dah otai.
17-Hanya 'menziarah' blog yang paltformnya Wordpress sahaja, Blogger.. low class tak main.
18-Blognya dikomen oleh ramai pembaca tetapi hanya komen pada blog 'kawan baik' sahaja.
19-Follow banyak blog, tetapi blog dia tiada yang nak follow.
20-Sentiasa mengadakan contest.
21-Tidak menjawab komen pembaca.
22-Menziarah kalau dia buatenri baru sahaja.
23-Sangat perihatin dengan blogger yang lain.
24-Marah bila ditegur.. dia akan delete komen.
25-Suka menulis entri yang lucas sahaja.
26-Nama macam perempuan tetapi lelaki sejati.
27-Copy bulat-bulat apa yang ada dalam surat khabar.
28-Gaduh dengan pasangan lepas tu kutuk bagai nak rak dalam blog.
29-Letak Adsense.. tapi tiada iklan.
30-Makan blog, tidur blog, mandi blog, kerja blog, dating blog, minum blog.. pendek kata.. dia tak hidup di alam ini cuma di alam blog sahaja.

Setakat ni.. selama aku berblog blogger sebegitu yang dah aku jumpa di skrin PC atau laptop aku..

{ 45 comments... read them below or add one }

Hanis said...

wow!
bila ditengok-tengok..
aku masuk kot dalam beberapa jenis blog dan blogger tu..ehehe..
=)

Nazz said...

Hi hi.. kau tau .. aku tau.. ehek

cikamoi said...

hihi. kdg2 aku buat mcm tu kat shoutbox '@blog walking'. sebab dah tak tahu nak cakap apa.haha.

agak2 ko blog aku kategori mana? ;pp

Nazz said...

Hi hi... kebanyakan yang negatif tu ... aku punya... huk huk huk

farhana87 said...

Wah!!! Banyaknye.. Heehee..
Boleh wat research dah ni.. Heeee.. Mnarik2.. ;)

Eldy said...

Feel kita sama.. rasa nak sumbat entri ini pergi hidung bloggers xD agar tiada lagi feel yang tidak senang itu :D

woaini_87 said...

hello... i think you really went walking around huh..
hehe

Nazz said...

Wo ho ho.. ni keje org takde keje nih... he he

farhana87 said...

Takde keje tapi mncari keje.. Okey laa..
Analisa yg bgus untuk pmbacaan sume.. ;)

Nazz said...

Sabor yeob... sabor yeob... jgn sumbat entry ni kat lubang idung dia.. tp sumbat lubang idung dia kat entri nih...

Nazz said...

I am.. and you might not know that i'm good in jumping around too..

deusxmachina said...

salam singgah...
blogwalking...
bloghoping
jalan-jalan

antara ayat yg kerap kat chatbox aku
erk888

Nazz said...

Wakaka.. aku pun buat yg sama.. tp selepas aku tinggalkan komen....

hydir said...

ya .. aku pon kalo sempat main singgah2 je..
tp kadang2 tu ramai yg jadi silent reader

kadang2 ada sesetangah blog tu berubah2 sifat dia .. kejap blog sukan, kejap blog tutorial, kejap blog peribadi .. ntah .. kalo konsisten niche dia tentu org akan ingat blog dia tu n kerap dikunjung :)

Blogger We Care

Lizz said...

wakakaka. aku ade tersenarai dalam list ko ni. hehehehe

si budak aboi said...

hehehe mcm2 kan...

sepisendirian said...

nyah turut terlibat sama...

woooowww
biasa la tu..

Ries Lee said...

aku tak tau aku yg mane satu.
kau agak aku yg mane satu.

myraa said...

rajinya kau buat list kan. haha. kau mmg blogger yang rajin menyenaraikan apa yang dilihat pada mata kasar. haha

Nazz said...

Wakaka.. mcm blog aku.. blog rojak...

Nazz said...

Yang mana... yang mana..?

Nazz said...

Ini lah alam blogger namanya...

Nazz said...

Ala nyah.. aku pun subahat nih.. hi hi

Nazz said...

Ala... malulah nak cakap.. (ayat ala-ala manja tu)

Nazz said...

oh oh... aku rajin yer.. betul ke ni? aku rajin ke ni? ii.. baiknya aku..

myraa said...

muahahaha.

angkat bakul sendiri la pulek.

:)

Kreuger said...

bagus.. bagus.. memang betoi pon apa yang nko cakap. tapi sekali sekala kene off dari keyboard jugak. kalau tak.. nanti otak blur. dok asyik pikir apa hari ni nak update blog eh? last-last.. tidok depan pc haha

Nazz said...

Bukan takat tidoq dpn PC.. siap buang ayaq pun depan PC tuh.. hu hu hu

Nazz said...

Tak tak... sumpah tak.. aku tak angkat bakul sendiri.. aku angkat berdua dgn ko lah... camner leh tak prasan nih..? hmm

Khairil Afzal said...

biasa la kan, setiap org ada caranya...skrng ni pun hanya beberapa blog je mampu lawat...x terlalu addict sgt dah dgn blog sbb byk benda yg lg mustahak kena buat selain blogging

Jard The Great said...

blog jugak jadi tpt bersosial.... dan jugak utk menjana pendapatan.. ehehe

Nazz said...

Betul tu bro.. tp ada juga yg letakkan blog no 1 sbb... blog dia boleh buat duit..

Nazz said...

Ya... memang diakui sedunia.. sbb tempat bersosial la, maka blog boleh jana pendapatan...

husna said...

eheh..ala..ciri2 kt atas ada trkna kt ak jgk..
malu2..

hairilakif said...

terase la pulak aku...

myraa said...

hahahaha. penat aku nak gelak dengan kau weh!

macam mana aku nak perasan kalau kau asyik jadi invisible je!

lifesaver84 said...

aku kategori yg mana erk

zumawamba said...

hahaa~
ntah mane 1 la aku ni ek..

zumawamba said...

bole jugak! :P

ieQa sWetLuv said...

sangat setuju dengan pernyataan anda =)

Nazz said...

Ok aku bleh teka.. tp pengerasnya ayam golek sekor, pulut kuning sedulang ngan pizza 2 pack ...ok

Nazz said...

Wo ho.. terima kasih lah yer.. hi hi

zumawamba said...

ayam penyet ada ok ka bos?
hihihii~

Nazz said...

Ala jin aku bukan jin Indon.. dia jin Bosnia, tak reti makan ayam penyet..

shandye said...

tak suka shoutbox. pengunjung berkategori 'malas' akan tinggalkan komen di situ, dengan harapan aku akan singgah ke blog mereka. tak kosser uols... hahaha... sebab tu dh bertahun-tahun tak pasang shoutbox tu.

Post a Comment