Edisi: Serius
Malaysia panas lagi.. Jika sebelum ini Fasha Sanda yang menghangitkan keadaan kali ni Memey pula yang mengambil alih tempatnya melalui "We Hate Memey Suhaiza" pada Facebook. Apa semua ni? Belum pun reda sepenuhnya hal Aduka Taruna kita di sajikan lagi dengan cerita yang panas.
Aku tidak mahu mengomel tentang apa yang berlaku pada mereka tetapi, persoalannya kenapa kita sekarang semakin berani dan lancang? Dari mana kah sumber inspirasi mereka? Baik, sekarang kita dalami..
1-Dulu kita tidak pernah melihat menteri bertengkar dan bergaduh dikaca TV tetapi, sekarang ia sudah tidak menjadi 'kudis' bila melihat mereka bercakap dengan bahasa yang 'panas' dikaca TV. Siapa yang akan terpengaruh dengan mereka? Tentulah rakyat Malaysia.
2-Lawat sahaja blog menteri atau orang politik, walaupun ayat yang digunakan itu ada tertib dan selamba tetapi ianya penuh dengan isi yang panas. Jika mereka boleh menggunakan blog, tentu ada sebahagian rakyat juga terfikir "kenapa aku tidak menggunakan kaedah yang sama..?"
3-Talk show bersama selebriti atau menteri juga kadangkala tidak terkecuali dari berlaku masalah ini. Aku masih ingat lagi sewaktu selepas pilihanraya yang lalu, setiap hari aku dipaparkan dengan wawancara yang mengupas kenapa dan bagaimana itu dan ini berlaku. Walaupun mereka bercakap dengan nada yang selamba, namun isinya pedas. Itu pun sudah tentu akan memberi ilham buat seseorang yang bergelar 'rakyat Malaysia'.
4-Terjah selebriti yang kontroversi... Biasanya rancangan sebegini dibuat secara langsung yang mana selebriti-selebriti yang sedang menghadapi kontroversi akan diterjah dan akan ditanya pandangannya. Apa yang biasa kau dengar ialah 'tuuuuttt', apakah maknanya itu? Kita boleh mendengar mereka menghina, mencarut, melabel seseorang dan sebagainya. Bayangkan ianya ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.
5-Komen dari juri atau pengkritik.. hari ini kita sentiasa disajikan dengan rancangan yang realiti atau menguji bakat secara live. Mereka juga akan dikomen atau dikritik secara live.. Bahasa yang dgunakan oleh pengkritik juga tidak kurang pedasnya. Bayangkan rancangan tersebut ditonton oleh kanak-kanak, sudah tentu mereka beranggapan bahasa tersebut boleh digunakan. Apa berlaku pada kanak-kanak tersebut selepas 20 tahun akan datang?
6-Majalah dan surat khabar .. walaupun sekadar dalam bentuk penulisan, kerap aku terbaca artikel yang menghina dan mencaci. Terutamanya dari akhbar yang sedikit kurang senang dengan pemerintah. Suka aku nak mengingatkan, akhbar itu dibaca oleh segenap lapisan masyarakat dan ianya mempengaruhi gaya pemikiran dan pertuturan masyarakat.
Baik.. itu diantara sumber inspirasi yang aku jumpa tentang bagaimana orang malaysia boleh menjadi lancang. Jadi, wajarkah perkara ini dibiarkan? Atau wajarkah mereka yang terlibat itu dihukum?
*Catatan.
Entri ini bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak dan ianya merupakan pendapat peribadi aku.
{ 36 comments... read them below or add one }
kesimpulannya, apa yang terjadi hari ni adalah pengaruh media masssa?
begitukah?
hehe
woh2..agk la panas~hish
itulah bro...masyarakat tanpa sedar telah dididik ke arah perangai cam gitu...tapi semua tak mau tanggungjawab bila berlaku sesuatu insiden.....bila faktor ekonomi dan nilai komersil diletakkan sebagai fokus utama..uit panjang pulak aku nih...hehe
negara kita negara demokrasi, dan bebas bersuara tp bila bebas bersuara skit je, trus kne tgkap..apa kes? hehe
btol pndpt ko nih./aku sokong..tp camner nak ubah blk sumer ni? cam dh terok je skng nih...huhuhu
pendapat yg bernas (bukan pilihan bernas...itu beras)
frankly...malas na komen pasai org meleysia nih..
org moden...na moden gaks
org bukak bajoo..na bukak bajoo gaks
tp ble org baek...eleh, na tunjuk baek la tuh
apekah, sapekah, dimanakah, bagaimanakah, begitukah..? kah.kah.kah?
i officially announce da ta layan dunia hiburan melibatkan artist meleysia...
better i (chewah i tu) layan artist luor negare yg mmg sahih mukan islam..
sexy pom mmg da kaper...
bukok pom mmg da kaper...
menca@#$ POM....MMG DA KAPER
*Emo The ELmo Jap*
hohoho...
no comment.... :)
inilah yang dikatakatan demokrasi..
berani meluahkan pendapat masing2...
aha..
pst: x jmpe camne nak link lg..(>_<")... http://applecrispy09.blogspot.com
sekarang nak tulis blog pn takut. semua kena berhati2
tp bro...kao na bersuare pon agak3 burung gagak la...
kalo semue na besuare...
nanti bole bikin wilayah persekutuan Gay..
demokrasi kiter berperlembagaan..
Rakyat meleysia kene blaja history manyak3..
baru taw asal usul..
Demokrasi Berpelembagaan
mukan Demokrasi Jalanan
aku sokong la pendapat ko....
zaman skrg, org ramai mulut laser
Secara indirect tu...
Patutla aku berpeluh kat dahi nih..
Bukan sekadar tak mau bertanggung jawab, bahkan menyalahkan pihak lain..
hrmmmm...
Wau...! terkejut aku dgn kenyataan ini...
kena bermula dari punca masalah.. korek sampai akar umbinya...
Maksudnya bangsa kita menjadi moden terlalu awal dr yg sepatutnya ke..?
tu kan komen tu...
Tapi kita kena jg hak dan peribadi semua orang tanpa mengira siapa dia.. kita ada pelbagai kaum yg tinggal dalam satu negara..
He he.. tak pe buat blog camner nak buat duit dah.. hi hi
hrmmm... (sambil usap dagu..)
Tu yang bahaya tu.. sbb lidah itu lebih tajam dari mata pedang.. (kesannya)
pandai ko ni....
sebab?
kite baru merdeka 52 taun...
negara membangun sperti Jepun, America, China, n kebykn lain...
tamadun mereka telah lama bermula....
mukan na ckp org kite kuno, tak..
cume...evolusi budaya kite mukan mcm diorg....
renung3kn...selamat beramal
Fuhhh.. Pndngan yg bgitu bernas juge.. Hmmmmm.. Blh kah kita tak dpengaruhi media massa? Manusia tend to ambil kira sangat setiap apa yang dikeliling.. Tak ambik tahu byk pn, at least sket mst ade..
pandai ko ni....
sebab?
kite baru merdeka 52 taun...
negara membangun sperti Jepun, America, China, n kebykn lain...
tamadun mereka telah lama bermula....
mukan na ckp org kite kuno, tak..
cume...evolusi budaya kite mukan mcm diorg....
renung3kn...selamat beramal
ISA masih ada..hukum je
Tidak mungkin kita tak dipengaruhi oleh media massa memandangkan itu merupakan sumber input. Tetapi, berapa tebalkah asas budaya, agama dan bangsa kita agar kita boleh menapis terlebih dahulu?
Cuba renungkan prinsip rukunegara...
Betulkan sikit.. bukan negara membangun tetapi negara yang telah membangun..
Benar.. negara mereka mempunyai asas budaya dan bangsa mereka sendiri sejak dahulu lagi tanpa diusik secara 'tegar' oleh negara atau bangsa lain.
Kita pula sejak dahulu mempunyai pelbagai ideologi campuran hasil penjajahan. Jadi setiap bangsa di malaysia akan cuba meletakkan ideologi mereka merupakan yang teratas dan yang paling berpengaruh. Hasilnya.. berlakulah pertembungan...
Aku setuju jika ia benar-benar menyebabkan ketidakseimbangan sosio ekonomi negara..
i Loike it...tq krn membetulkan kesilapan saya!
hurmmm
pe akn jd ye ngan meleysia cengginih
Kesimpulannya,Media massa memaikan peranan penting sebagai pencorak bangsa untuk negara selain ibu bapa.
Dicorak pd tangan generasi akan datang.. tetapi hasil acuan pd tangan generasi sekarang.
ibubapa juga berperanan utk menapis gejala 'ikut media' bulat-bulat..
yep itu betul...
tapi org skrang ni iaitu generasi y..
sudah lain dr generasi x..
itu la pemikiran terbukaan yg berbeza persefahaman dr generasi lama..sbb org da smkin pandai yg kononya pandai.. shingga menyusahkan org lain dan diri sndiri..
Post a Comment