Posted on :
2/04/2010
| By :
Nazz
| Tags :
pindah
Beberapa hari yang lepas aku ada masalah dengan aku punya Celcom Berokben.. kemudian ada masalah dengan Blogger pulak...
Aku dah malas nak pikir lagi pasal blog ni...
Aku dan buat keputusan... aku nak
PINDAH!!! rumah
baru.
Alamat rumah baru aku kat
SINI..
Jadi.. kalau masih ada yang nak menziarah aku.. aku tengah lepak kat
SINI sekarang..
Dah penatlah... jumpa
DISIIINNNIIIIII...!!!!
bai.....
Edisi: aku dah bengang
Dunia tahu sekarang ini sedang berlaku pergolakan yang belum berkesudahan diantara kerajaan China dan Google. Semuanya gara-gara penyalahgunaan Gmail oleh rakyat China. Disebabkan oleh tindakan kerajaan China, Google bercadang untuk menghentikan perkhidmatannya di China.
China juga telah pun menyekat penggunaan Facebook dan Twitter di negara itu, semuanya bertujuan untuk mengelakkan penentangan dikalangan rakyatnya dengan menggunakan media yang berasaskan internet. Begitu tegasnya negara China menangani masalah yang dianggap penyalahgunaan internet.
Bagaimana dengan negara kita?...
"kah..kah..kah!!!" aku dan kawan-kawan aku gelak besar
Waktu itu kami sedang berlibur (berkaraoke lah) di sebuah pusat karaoke (sampai sekarang aku tak tahu kenapa dipanggil 'pusat'). Bila kau dengar Benny (nama kawan aku) menyanyi, aku rasa macam nak pecah perut.
Maklumlah kami semua ni penyanyi yang berbakat terpendam terus, langsung tak timbul-timbul. Memang syok bila sesekali berjumpa kawan-kawan, lepas tu melepaskan perasaan menggila yang ada dalam kepala. Sedang kami dibuai suasana gelap tu.. tring! tring! Telefon bimbit Tajul (nama kawan aku juga) berbunyi...
Edisi: Serius
Malaysia panas lagi.. Jika sebelum ini Fasha Sanda yang menghangitkan keadaan kali ni Memey pula yang mengambil alih tempatnya melalui "We Hate Memey Suhaiza" pada Facebook. Apa semua ni? Belum pun reda sepenuhnya hal Aduka Taruna kita di sajikan lagi dengan cerita yang panas.
Aku tidak mahu mengomel tentang apa yang berlaku pada mereka tetapi, persoalannya kenapa kita sekarang semakin berani dan lancang? Dari mana kah sumber inspirasi mereka? Baik, sekarang kita dalami..
Kadangkala bila aku bangun pada waktu pagi aku terfikir.. kenapalah belum ada sistem macam dalam cerita Star Trek. Bila nak pergi ke mana-mana.. masuk saja bilik khas, tekan butang... zing!!! dah sampai di tempat yang dituju. Bila mengenangkan yang aku perlu memandu pada hari ini.. rasa, benci betul.
Aku dah bertahun memandu di jalan raya Malaysia ni dan sehingga kini aku belum ketemu dengan jalanraya yang menyenangkan hati aku. Boleh katakan semuanya sama saja, tidak kiralah dijalan bandaran ke, jalan kampung ke, lebuhraya ke atau jalan mati. Yang paling menyinga tu masalah yang aku jumpa adalah masalah yang berulang-ulang setiap hari.. tension betul. Kalaulah aku ada banyak duit.. aku buat jalanraya aku sendiri.
Diantara masalah yang membuat aku jadi geram ni seperti di bawah ni.
"Erggghhhh..! kenapa mak kejutkan awal sangat ni..?" tanya ku pada arwah mak.
"Eh.. tak ingat ke.. kan hari ni mula sekolah.." jawab arwah mak.
"Eh.. sekolah.. best nya..!" aku bersorak riang.
Itulah aku sebagai anak yang sulung dan akan memulakan hari persekolahan ku..
darjah satu.. aku datang. Pagi tu juga aku lihat abah sedang bersiap-siap untuk menghantar ku ke sekolah.
"Hah tunggu apa lagi.. cepat bersiap, nanti lambat sampai kat sekolah.." arahan abahku.
"Abah..
Jongang..jongang..jongang!!
Sekumpulan budak lelaki menyanyi sambil menunggang basikal. Wajah mereka memang ceria sewaktu menyanyikan lagu tersebut. Maklumlah lirik lagunya memang terselit unsur humor. Aku sendiri pun kadang kala terikut-ikut 'menyumbangkan' lagu tersebut.
Aku tidak begitu mengambil kesah tentang lagu tersebut sehinggalah... baru-baru ini di sebuah kedai menjual hand phone..
Blogging.. ramai yang berminat untuk berblog dan ramai juga yang kecewa dengan blog. Ada yang pernah berblog kemudian kecewa tetapi kembali berblog atas sebab-sebab yang tertentu. Ada yang berblog sekadar mengisi masa lapang, mencurahkan perasaan dan menambah pendapatan dengan menggunakan blog.
Walau apa pun sebab untuk kita berblog, tidak ada gunanya kalau hanya 'syiok sendiri'.. maksud aku, takkan aku menulis hanya untuk tatapan aku sendiri. Sudah tentulah aku mahukan pembaca atau sekurang-kurangnya dikunjungi mereka yang sekadar menjadi 'silent reader'.
Aku sendiri merupakan pengunjung tetap beberapa blog (sekadar menjadi silent reader) dan aku tahu bagaimana rasanya 'diseksa' oleh tuan punya blog
Pada satu ketika dulu.....Aku, Adi dan Leman.. tiga orang sahabat yang sedang menunggu result SPM. Setiap hari kerja kami cuma lepak, makan, tidur kemudian lepak lagi. Tempat lepak kami betul-betul di simpang tiga penghujung jalan kampung kami. Hobi kami, bermain gitar sambil mengusik anak dara orang.
Pada satu hari waktu kami sedang melepak..
"Hei budak-budak, korang kalau nak kacau anak dara orang tu cari lah keje dulu.." kata seorang pakcik yang lalu sambil buat muka kerek.
"Aduh ni dikira mencabar ni.." kata Adi.
"Jom besok kita carik keje.." aku buat cadangan.
"Set.... pukul lapan pagi besok semua kumpul kat sini.." kami semua bersetuju.
Malam tu aku minta arwah mak aku gosokkan baju dan seluar, tapi aku tak beritahu aku nak cari kerja.. nak buat supprise konon.
1