Blogger Lupa Daratan

by Zoul on 24 January 2011

Setelah puas aku berjalan dan merayau, akhirnya aku kembali ke 'Rumah Cuiit' semula. Apa dah jadi ni? Blog aku dah bersawang. Eh.. aku terjumpa spiderman tengah tidur kat sini lah.. hik hik. Banyak yang dah tak berfungsi dengan baik. Banyak kerja yang nak kena buat.. Nak panggil kontraktor untuk buat 'repair'.. tak mampu pulak. Apa yang aku kena buat ya..?

1-Baik.. aku kena tukar templatenya. Dah lama dah aku guna template yang ni. Aduyai.. aku dah banyak lupa koding Blogger Blogspot. Terpaksa perah otak mengingatkan semula. Buat masa ni, ni ajelah yang aku mampu.

2-Widget.. Ada widget yang aku dah kena buang. Fungsinya dah tak betul. Perghhh.. menggodek lagilah aku ni.

3-Kandungan Sidebar.. Nampak gayanya aku kena susun semula ni. Berselerak pulak rasanya.

4-Kandungan entri.. aku recode balik aku punya auto read more supaya nampak kemas sikit. Hrmm.. letak thumbnail sekali lah..

5-Check page rank... Huiyooo.. PR Cuiit dah naik satu mata lah.. dulu 2 sekarang 3.. entahlah ia entah tidak, lantaklah..

6-Plan nak jenguk rakan-rakan Cuiit.. nantilah bila aku dah tenang sikit. Lagi pun ramai yang dah menjenguk aku kat Oolat.com.

Hrmm.. rasanya ni dulu yang sempat aku buat, nanti aku nak kemaskan balik Cuiit ni. Kesian.. ini lah blog yang nombor dua aku buat. Bila aku buka blog ketiga Oolat.com aku macam dah lupa pulak dengan Cuiit.
Lupa daratan betullah blogger sorang ni...

Chiaooo...!!!
Teruskan Membaca

Aku Pindah!!!

by Zoul on 04 February 2010





Beberapa hari yang lepas aku ada masalah dengan aku punya Celcom Berokben.. kemudian ada masalah dengan Blogger pulak...

Aku dah malas nak pikir lagi pasal blog ni...

Aku dan buat keputusan... aku nak PINDAH!!! rumah baru.
Alamat rumah baru aku kat SINI..
Jadi.. kalau masih ada yang nak menziarah aku.. aku tengah lepak kat SINI sekarang..
Dah penatlah... jumpa DISIIINNNIIIIII...!!!!

bai.....
Teruskan Membaca

Penggunaan Blog Mungkin Akan Disekat

by Zoul on 29 January 2010

Edisi: aku dah bengang

Dunia tahu sekarang ini sedang berlaku pergolakan yang belum berkesudahan diantara kerajaan China dan Google. Semuanya gara-gara penyalahgunaan Gmail oleh rakyat China. Disebabkan oleh tindakan kerajaan China, Google bercadang untuk menghentikan perkhidmatannya di China.

China juga telah pun menyekat penggunaan Facebook dan Twitter di negara itu, semuanya bertujuan untuk mengelakkan penentangan dikalangan rakyatnya dengan menggunakan media yang berasaskan internet. Begitu tegasnya negara China menangani masalah yang dianggap penyalahgunaan internet.

Bagaimana dengan negara kita?...
Teruskan Membaca

Simptom Ketagihan Blog

by Zoul on 18 January 2010

"Alamak trafik aku menurun.. kena kerja kuat ni"
"Apa ni trafik tinggi, klik sikit.."
"Aduh.. biol, apa entri nak buat ni..?"

Mungkin ada diantara kita yang pernah mengucapkan perkataan di atas. Sewaktu mula berblog, pening macamana hendak mengenalkan blog pada semua orang. Bila orang dah kenal, pening apa entri nak buat. Bila dah 'akil baligh', pening macamana nak buat duit dengan blog kta. Bila dah dapat duit, pening macamana nak tambah lagi duit yang kita dapat.

Hasil dari semua yang di atas, cuba nilai semula adakah kita masih lagi normal dari sebelum kenal blog? Jika aktiviti harian kita masih lagi berjalan seperti biasa, itu tandanya anda punya 'antibodi untuk blog' masih lagi kuat. Tetapi jika ada perubahan.. fikirkan sejauh mana perubahan tersebut.
Teruskan Membaca

30 Jenis Blog dan Blogger

by Zoul on 16 January 2010


Blog orang aku Terjah!! itu kerja aku bila ada masa lapang atau masa tak berapa lapang. Kenapa aku terjah blog orang? Sebab aku 'dahaga'kan ilmu dan maklumat, sambil tu aku belajar cara-cara berblogging yang betul. Maklumlah aku bukan jenis yang suka beli atau download ebuku lepas tu baca.. tak masyuk. Dari blogger otai, blogger tegar, blogger sambilan atau blogger baru, dah pernah aku terjah. Blogger lelaki, perempuan, gadis, teruna, janda, duda dan sebagainya, pun aku terjah juga.

Dalam aku menerjah tu aku perasan, rupanya dalam begitu punya ramai blogger mereka punya banyak persamaan. Kadangkala persamaan tu negatif tetapi banyak juga yang positif. Jadi kalau anda rasa anda tu blogger, cuba lihat ada atau tidak persamaan tu dengan anda..

Teruskan Membaca

Foto.. Apa yang anda nampak?

by Zoul on 11 January 2010

Malam ni aku menonton Anugerah Juara Lagu sambil menghadap PC. Buat pemenang aku ucapkan tahniah dan buat yang kurang menang.. biasalah tu.. kalau ada yang menang haruslah ada yang tak menang kan..?

Disebabkan sebelah mata aku menonton TV dan sebelah lagi memandang PC.. dua-dua kerja tak menjadi. Daripada aku buang masa, baik aku kongsikan dua foto aku jumpa di internet yang menarik perhatian aku malam tadi..




























Teruskan Membaca

Amaran buat Kapten Luffy atau Ah Fatt

by Zoul on 06 January 2010

Maaf.. tapi aku memang marah betul dengan blogger tegar seorang ni.. sapa lagi kalau bukan si Luffy atau Ah Fatt..  Dulu aku tak lah marah sangat dengan dia ni. Selalu jugak aku pergi terjah blog dia...Tapi sejak dia buka blog baru ni hati aku menggelegak rasanya. Apa dia ingat dia tu femes sangat ke? Aku tau lah kadar penerjahan blog dia memang boleh lah tahan cuma kurang sikit je dari chedet. Kalau nak dibandingkan dengan blog aku ni.. mau jaraknya antara Windows 95 dengan Windows 7.. jauh tu. Tapi itu bukan ukuran untuk buat aku sakit hati.. Semua ni bermula bila aku start dapat menjejaki blog baru dia tu la.. blog lama dia dah di hantar ke Pusat Sains Negara buat bahan kajian dan Bahan Pameran. Korang tau.. 2 hari aku demam, sakit kepala dan tak boleh tidur gara-gara si Luffy tu....

Teruskan Membaca

10 Most Popular Facebook Games

by Zoul on 02 January 2010

Salam..

Sejak kebelakangan ini Facebook telah menjadi buah mulut kebanyakan orang dari ahli politik hinggalah kanak-kanak (yang tahu menggunakan internet). Walaupun Facebook telah  agak lama 'berkeliaran' di web, ia hanya mula menjadi buah mulut sejak kebelakangan ini bila ahli-ahli politik dan bisnesman mula menggunakan Facebook sebagai laman sosial mereka.

Berbanding dengan Friendster, yang hanya dikenali oleh remaja dan ke atas.. Facebook pula dikenali oleh semua lapisan. Hasil pemerhatian, mendedahkan salah satu sebabnya kerana adanya permainan di Facebook. Aku yakin ramai diantara kita yang pernah melihat atau bermain permainan di Facebook.. dan kalau kita perhatikan kesemua permainan yang disediakan merupakan permainan yang menyebabkan pengguna menjadi ketagih. Maklumlah kebanyakan permainan yang disediakan mempunyai 'jangka hayat'.. jadi ini menyebabkan pengguna seboleh mungkin akan mengakses Facebook setiap hari.

Baik.. aku bukannya nak komen permainan yang terdapat di Facebook (ketuklah keyboard tanya screen..) tetapi, tahukah anda apakah permainan di Facebook yang paling popular? Sila lihat list ini..
Teruskan Membaca

2009 Keyword paling popular

by Zoul on 31 December 2009

Selamat menyambut tahun baru 2010 masehi. Tahun 2009 akan pergi dan takkan kembali lagi.. jangan haraplah 'dia' akan mengintai lagi. Semuanya akan tinggal coretan dan kenangan yang mungkin boleh kita jadikan teladan atau sempadan. Sebelum aku berceloteh ditahun yang berbeza, biarlah kita mengimbas kembali apa yang menusia sedunia cari (search) pada tahun 2009 dilaman-laman web atau blog-blog sedunia.

Baik.. apakah tajuk yang paling popular yang di layari atau dibaca pada tahun 2009. Twitter blog telah menyenaraikan tajuk-tajuknya. Aku copy semula dari Twitter Blog mengikut kategori:

Teruskan Membaca

2010 Blog Melayu Masih Di Takuk Lama

by Zoul on 29 December 2009

Salam...

Kalau kita lawati laman Technorati dan klik "Technorati Top 100" apa yang kita akan jumpa? Ok check dulu di SINI. Adakah kita menjumpai blog yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sini? Jawapannya..he he. Bagaimana kita hendak meletakkan blog yang berbahasa Melayu dalam kedudukan ini di situ? Jawapannya.. boleh ke?.  Bagaimana mereka meletakkan ranking pada satu-satu laman web atau blog? ...Semuanya adalah mengikut pada jumlah pengunjung satu-satu laman tersebut dan berapa banyak kali ianya di 'favouritekan' oleh pengunjung. Inilah dia kekurangan besar yang berlaku pada laman atau blog yang berbahasa Melayu..
 
Kalau kita perasan, pada kebanyakan blog yang kita lawati kita akan jumpa bahagian 'Share This', 'Add This' atau 'Twitt This'', biasanya pada bahagian footer atau post title. Atau mungkin dalam blog kita sendiri ada diletakkan pilihan 'Share This', 'Add This' atau 'Twitt This' untuk pembaca atau pelawat yang meminati post kita. Aku yakin semua blogger tahu apa itu 'Share This', 'Add This' atau 'Twitt This'... iaitu satu cara dalam 'social sharing'. Aku juga yakin para blogger tahu apakah kegunaannya... iaitu salah satu cara kita berkongsi entry atau post dengan 'membookmark' post tersebut ke laman social seperti Digg, Stumbleupon, Facebook, Delicious, Furl, Reddit, Technorati dan banyak lagi.

Persoalannya.. berapa ramai diantara kita yang mengguna pakai kemudahan tersebut atau secara mudahnya, pernah tak kita 'membookmark' entri rakan blogger kita supaya ianya dipaparkan di laman social? Boleh aku katakan di sini bahawa terlalu sedikit blogger Melayu yang melakukan ini. Buktinya, jika kita lawati laman social yang terdapat di internet..
Teruskan Membaca

Wordpress Themes convert ke Blogger Templates

by Zoul on 26 December 2009

Salam buat semua...
Seperti yang telah kita sedia maklum, selain entri yang menarik template atau theme blog juga memainkan peranan dalam 'menghidupkan' blog kita. Bagi mereka yang bernaung di bawah Wordpress perkara ini tidak lah menjadi masalah yang besar memandang pilihan theme untuk Worpress sememangnya agak luas, profesional serta terkini (samada yang percuma atau yang premium). Berlainan pula ceritanya dengan Blogger, ramai yang kurang berkenan dengan paras rupa templates yang boleh didapati di web pada ketika ini dan mula mencari yang 'customise' bagi menggantikan yang sedia ada. Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan belanja dengan melantik sesiapa untuk membina template khas atau meniru apa yang ada pada Wordpress.

Baiklah jika ada diantara kita yang berniat untuk memberi 'muka baru' pada Blogger blognya.. dan belum menjumpainya, aku ada beberapa cadangan laman web yang boleh kita lawati bagi mendapatkan template idaman. Sebenarnya hasil pemerhatian aku.. ada beberapa orang pereka atau pembuat template bermutu yang berasal dari Malaysia dan aku memang tertarik dengan hasil kerja mereka. Walaupun aku tidak dapat hendak 'menjejaki' kesemua mereka ini namun,  aku rasa apa yang telah ditemui ini pun mungkin dapat menyediakan template mengikut apa yang kita inginkan. Satu lagi... ianya percuma, hanya perlu download, upload dan guna...
Teruskan Membaca

Sah.. Wordpress pun tidak berguna

by Zoul on 25 December 2009

Salam...

"Buat rakan-rakan semua... ini merupakan post aku yang terakhir di sini.. dengan bangganya aku memaklumkan bahawa aku akan berpindah ke alamat yang baru di bawah naungan Wordpress.."

"Salam.. aku akan mula berkarya di Wordpress... selamat tinggal Blogger.."

"Aku dah upgrade ke Wordpress dengan hosting yang berbayar...!"

"Hello kawan-kawan... aku dah kembali ke Blogger..."

Dan lain-lain lagi...

Maaf ya.. post ini bukan untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar luahan hati aku dan di atas itu tadi hanyalah diantara petikan rakan-rakan blogger yang telah berusaha 'meng-upgrade' kan diri mereka dari menjadi blogger percuma ke blogger yang berbayar (atau mungkin yang percuma juga). Di sini apa yang aku kurang faham ialah, kenapa mereka berpindah setelah bertahun di platform Blogger ke platform lain (terutamanya Wordpress) atau sebaliknya?. Aku bukannya anti Wordpress atau...
Teruskan Membaca

Perbandingan Blog, Facebook dan Twitter

by Zoul on 23 December 2009

    Sebenarnya aku tak begitu teringin untuk memperkatakan atau membuat perbandingan antara ketiga-tiga laman ini, sehingga aku terbaca satu artikel (rasanya tidak perlu disebut di mana) tentang betapa megahnya Facebook. Hari ini ramai yang percaya bahawa Twitter dan Facebook merupakan satu titik perubahan dan ancaman kepada blog (terutamanya Wordpress dan Blogger). Maksudnya, jika sebelum ini orang ramai akan menggunakan blog sebagai medium perantara bagi menyampaikan maksud atau pendapat secara peribadi atau umum akan beralih arah menggunakan Twitter dan Facebook sebagai cara baru untuk berblog. Secara peribadi, saya mengatakan ini kurang tepat.
    Baiklah...
Teruskan Membaca

Senarai Pautan Blogger Templates

by Zoul on 27 October 2009

Teruskan Membaca

Senarai Online Photo Editor

by Zoul on 08 May 2009

Anda tidak biasa dengan Photoshop, GIMP, Photoscap dan sebagainya? Anda ada foto, gambar atau imej yang perlu di edit? Anda hendak kongsikan foto anda tetapi tidak tahu dimana? Hendak berkongsi ilmu dan menambah pengetahuan tentang foto dan fotografi?

Baik.. aku ada senaraikan site atau laman yang ada menyediakan perkhidmatan ini. Jadi jangan pening-pening lagi..

Editor Foto dan Imej Secara Online

Alilg.com
Aviary Phoenix
DrPic.com
FlauntR.com
FotoFlexer.com
Lunapic.com
MyImager.comOnline-Image-Editor.com
OnlineImageEditor.info
Photoshop.com
Picture2Life.com
PikiPimp.com
Fauxto
XmgImg
OnlinePhotoTool
MyImager
Pixenate
Webresizer.com
Phixr
Snipshot.com
Splashup.com
Pixer.us
Picture2Life
Cellsea
Preloadr
Picnik
Pixelmator

Teruskan Membaca

Twitter Followers Buttons

by Zoul on 07 May 2009

Aku letih betul hari ni.. banyak kerja! Apa nak buat.. carik makan beb. Walawe.. apa aku mengarut nih. Ok, back to the entry, sebenarnya bila aku melawat blog rakan-rakan kebanyakan mereka ada meletakkan widget untuk twitter follower. Ada yang sekadar gambar burung, ada juga juga yang meletakkan sekali twitter up-date mereka dan tak kurang juga yang meletakkan widget yang canggih siap foto follower mereka. Hari ni Twitter telah menjadi salah satu medium yang berkesan untuk blog trafik terutama nya untuk si online money maker.

Macamana nak buat duit dengan Twitter.. lain kali lah aku post kan. Aku cuma nak tanya dalam banyak-banyak twitter buttons di bawah ni, yang mana menarik?

Twitter Button from twitbuttons.com

Twitter Button from twitbuttons.com

Twitter Button from twitbuttons.com

Teruskan Membaca

Encik Blogger Mintak Tolong

by Zoul on 01 May 2009

Korang baca tak artikel dari BLOGGER BUZZ? Sekarang ni Blogger sedang meminta pendapat dan cadangan dari semua Blogger bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Pada mereka yang sebelum ini kurang berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh BLOGGER, boleh lah meluahkan perasaan korang pada mereka. Aku tahu ramai blogger yang menggunakan platform BLOGGER ada perasaan kurang puashati dengan apa yang disediakan oleh BLOGGER pada masa ini.

TEAM BLOGGER tengah serius tu.. jadi ambil lah peluang ini untuk menyampaikan idea korang pada mereka. Mereka mahukan idea tanpa mengira dari aspek mana pun. Kalau nak, korang boleh bagi idea tentang feature baru pada mereka. Atau mungkin idea tentang widget atau gadget baru untuk diletakkan sebagai BLOGGER GADGET. Caranya, sign in ke akaun Google korang lepastu
masuk ke product idea page dan hantarlah idea korang dan korang juga boleh mengundi idea orang lain yang korang suka.
Teruskan Membaca

Shout Box Tak Guna (Bah 2)

by Zoul on 11 April 2009

Apa ni lagi-lagi pasal shout box, dah tak ada tajuk lain ke? Agaknya tu lah yang korang fikirkan.. Sebenarnya sejak dari mula aku berkecimpung dalam bidang 'duduk dan mengadap monitor' ni aku selalu memerhatikan shout box blog kawan-kawan. Ada pro dan kontranya.. Ada satu ketika aku dapat sikit duit dengan klik pada iklan yang diletakkan pada shout box. Maksud aku, bukan klik aja dapat duit tetapi itu merupakan salah satu jalan untuk buat duit. Sebab itu shout box itu masih lagi digunakan sebagai salah satu 'marketing strategy' oleh mereka yang menjalankan online business. Ok lah tu kan... tapi yang tak bestnya...SPAAAMMMM..

Aku ada satu cerita yang aku sendiri tak tahu nak klasifikasikan sebagai lucu atau menarik atau apa-apa lah. Ini tentang seorang sahabat aku yang baru nak berjinak-jinak dengan berblog (kira-kira setahun setengah yang lalu). Aku gelarkan dia ni mat tunduk... sebab kalau dia dah baca buku atau sedang buat apa-apa.. dia akan tunduk tak toleh kiri-kanan lagilah. Senang cerita orang yang tekun bila buat apa-apa pun. Begitu jugalah dengan berblog ni. Sebelum dia pegang PC dia dah berulang berjumpa dengan kawan-kawan bertanya itu dan ini tentang blog.

Teruskan Membaca

Free Blogger Templates (Bah 1)

by Zoul on 08 April 2009

Ada sesiapa yang nak tukar template tetapi kebanyakan yang ada tu semua template lama? Nah di bawah ni ada aku senaraikan diantara Blogger template yang baru.. Korang bolehlah preview dulu kalau berkenan download lah yer..












Demo
Download














Demo
Download















Demo
Download


Teruskan Membaca

Argghhh Inilah Akibat Marah

by Zoul on 25 March 2009

Hari ni aku memang marah betul dengan seorang mamat tu.. Pagi tadi aku terserempak lah dengan mamat sorang ni sedang bersarapan kat restoran. Mamat ni memang aku kenal dan memang biasa berborak dengan dia. Biasanya kami berborak kosong saja.. ala mengumpat sikit-sikit la.. hi hi. Tapi entah angin apa yang dah kena kat mamat ni pagi tadi.. tak habis-habis dia mengutuk aku. Mula-mula dia kutuk aku pasal MU the red giant... okey lah memang MU dah kalah beberapa kali.. so what? Aku bukan pengurus MU pun, kalau MU menang pun bukan aku yang kaya. Aku cuma peminat, dia kalah ke, menang ke.. aku tetap minat. Tak apa, bola tu kan bulat.. tunggu lah aja lah.. hey game tamat lagi lah.

Aku sangka habis cerita MU dia senyap.. rupanya dia masuk pulak bab politik UMNO.. bersempena perhimpunan agung UMNO. Dia punya kutuk mengalahkan Karpal Singh tau... Aku rasa Karpal Sign pun tak buat macam tu. Dia terlupa agaknya yang dia tu pun Melayu.. Kalau nak marah, nak menghina, nak mengutuk pun agak-agak lah. Aku jenis yang tak suka dengar sangat pasal politik la. Bagi aku semua politician tu sama.. yak kira lah siapa pun, kalau dah memegang kuasa kena lah dia ikut resam semasa. Sepanjang perjalanan omelan dia, aku cuma jadi pendengar yang 'setia'. Kalau ikut hati aku.. nak aku bidas balik apa yang dia cakap tetapi, aku tak suka kalau jadi kecoh. So.. aku buat keputusan...
Teruskan Membaca