Blogging.. ramai yang berminat untuk berblog dan ramai juga yang kecewa dengan blog. Ada yang pernah berblog kemudian kecewa tetapi kembali berblog atas sebab-sebab yang tertentu. Ada yang berblog sekadar mengisi masa lapang, mencurahkan perasaan dan menambah pendapatan dengan menggunakan blog.
Walau apa pun sebab untuk kita berblog, tidak ada gunanya kalau hanya 'syiok sendiri'.. maksud aku, takkan aku menulis hanya untuk tatapan aku sendiri. Sudah tentulah aku mahukan pembaca atau sekurang-kurangnya dikunjungi mereka yang sekadar menjadi 'silent reader'.
Aku sendiri merupakan pengunjung tetap beberapa blog (sekadar menjadi silent reader) dan aku tahu bagaimana rasanya 'diseksa' oleh tuan punya blog
sewaktu aku mengunjungi blog mereka. Jadi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku pada pengunjung blog aku yang tak seberapa ini, aku kerap melakukan perubahan.
Biar aku senaraikan perkara-perkara yang ada pada blog aku yang aku rasa 'menyiksa' sebahagian pengunjung blog aku...
1-Chatbox.
Aku pernah 'menggantung tak bertali' chatbox aku gara-gara ianya menyebabkan blog aku jadi slow loading. Memang kalau ada chatbox blog kita jadi nampak meriah kerana adanya komen-komen, spam-spam, iklan-iklan dan lain-lain pada shout box. Tetapi itu semua berlaku kerana kita malas untuk meninggalkan komen pada comment form yang disediakan.
Namun atas permintaan dari beberapa orang sahabat blogger, aku letakkan kembali chat box tu dan korang lenjanlah cukup-cukup. Aku cuma berharap chatbox tu tidak mengganggu loading blog aku.
2-MP3 dan Youtube.
Dua benda ini memang menarik jika diletakkan pada blog tetapi, dua benda ini lah diantara yang paling berat. Terutamanya jika diletakkan pada sidebar, jadi aku buat keputusan.. hapuskan dari blog ini.
3-Javascript.
Sebelum ini banyak aksesori yang aku letakkan 'didalam kod' template aku, kononnya supaya blog nampak 'profesional'. Kebanyakan kod tersebut menggunakan javascript yang sudah tentu 'memakan' banyak masa untuk loading. Jadi aku buat keputusan "you are been erased.."
4-Comment Approval
Pada asalnya untuk mengelakkan spam comment kononnya maka aku letakkan setiap komen perlu mendapat approval dulu sebelum disiarkan (publish). Macamlah blog aku ni terkenal sangat nak buat sebegitu. Lagi pun orang yang meninggalkan komen ni, dia rasa seronok bila melihat komennya tersiar. Jadi aku pun buat keputusan.. off kan sahaja.
5-Comment Varification
Satu lagi yang aku tidak sengaja ialah aku aktifkan varification code untuk komen. Kalau aku masuk blog orang lain kalau ada verification code tu, aku menyampah nak komen dan lain kali aku tak komen lagi dah.
Lain lah kalau blog aku ni blog selebriti yang mungkin kena spam. Jadi aku disablekan function nya.
6-Imej pada blog template.
Ini kelemahan pada template blogger. Kalau kita nak rupa blog kita nampak canggih sikit, perlu gunakan imej yang dihostkan diluar seperti Photobucket atau pada Blogger sendiri. Imej inilah selalunya yang berat untuk loading dan mengambil masa panjang. Jadi aku gantikan imej dengan html color.
7-Disqus Comment Form
Sebenarnya aku pernah menggunakan Disqus, JS Kit dan Intense Debate pada blog-blog Blogger aku. Semua ni gara-gara Blogger tidak menyediakan thread comment system. Memang lambat dan menjengkelkan bila nak tinggalkan komen.
Kali ini aku letak lagi Disqus Comment System dalam blog ni. Kalau anda rasa ianya menyesakkan fikiran vote saja di sidebar. Aku akan bebaskannya kalau ianya menyusahkan.
8-Tidak membalas kunjungan.
Inilah masalah shoutbox.. Bila komen yang ditinggalkan menjadi banyak ianya akan pergi ke page yang 'hidden' jadi kerap kali aku terlepas pandang dan aku tidak membalas kunjungan. Jadi untuk mengelakkan ini, sila lah tinggalkan komen pada komen form.
9-Iklan Nuffnang
Iklan Nuffnang memang aku letakkan kononnya nak cari sikit duit poket. Mana-mana yang diletakkan pada sidebar, kurang sedikit masalahnya tetapi.. jika diletakkan di atas header.. dan pada waktu itu internet slow connection, memang menyakitkan hati.
Kadang-kadang ada blog kawan-kawan yang langsung blank kerana adanya Nuffnang di atas header. Oleh kerana sebab yang tertentu maka terpaksalah aku biarkan saja Nuffnang bertapak di situ. Kalau boleh buat tuan punya Nuffnang, banyakkanlah lagi saiz iklan supaya mudah kita memilih tempat untuk diletakkan.
10-Entri yang mengarut
Pada asalnya blog ini aku buat sebagai tapak kenangan selama hidup aku, tetapi adanya permintaan supaya aku buat entri tentang tips dan blogging. Aku tak nak kecewakan pembaca aku jadi aku buatlah.
Bukan tak nak buat blog lain.. tapi aku dah ada banyak blog (kebanyakannya pada platform wordpress dengan ID yang lain) , aku takut tak boleh nak manage. Sebab itu aku muatkan sekali entri mengarut dalam blog ni.
11-Tidak update blog
Pernah blog aku tidak berusik selama beberapa bulan dan aku menerima email serta pesanan dari shoutbox oleh rakan-rakan blogger yang bertanyakan "Kenapa dah lama tak update blog...?" Maaf lah .. waktu itu arwah mama aku sakit dan aku terpaksa melupakan blog ni untuk sementara. Aku harap kali ini aku akan sentiasa update blog ni walaupun dengan cerita-ceriti mengarut.
Eh.. dah pukul 3:25 pagi.. aku nak tidur dulu lah.
Lain kali aku sambung lagi kalau ada yang nak baca..
{ 53 comments... read them below or add one }
bagus la bila kita prihatin terhadap readers kita sendiri
Wahhhh.. Mesra pelanggan.. Heehee.. Tapi ku sokong kalau disqus diteruskan sbb wlpn dia lmbat sket loading, tapi mesra pengguna.. Mengeratkan kita ngan readers gak.. Heehee.. ;)
heee.
good point there ^^
anywhere apa kaitan u dgn kapten luffy?
cara penulisan kalian mcm same but yet still best utk digelak kuat2.
hahahahaha :D
ah la.. blog kamu cpt loading.. ehehe
Wah bro.. gravatar baru yer..
Sebenarnya apa yg aku buat dlm blog ni semuanya ikut suka aku tapi, aku care kalau ada yg komplen...
Hi hi.. thanks.. salah satu sbb aku pilih disqus sbb dia boleh intergrate komen dgn Blogger..
Cis.. Kapten Monkey D Luffy tu..
Kaitan ku dgn dia cuma satu jer.. dia lelaki aku pun lelaki gak (tak tau lah kalau dia gay kan.. hik hik). Jgn mare ha Ah Fatt...
Blog dia sentiasa menghiburkan aku dan aku suka jengok blog dia tapi dia bukan aku...
Sila kunjungi Ah Fatt kalau anda sedang mengalami kemurungan... he he
Ala.. betul ke perli ni.....?
betul ar.. ehehhee
2010/1/23 Disqus <>
Uih cepatnya reply.. thanks anyway.
bro, Nuffnang xde hal lah malah teknik yg betul ialah guna tiga2 jenis iklan tu dlm blog
Thank you.. memang aku letak tiga-tiga pun.. hi hi
salam,
heeeeeeeeeee
macam2 sebab org berbelog nih
depens masing2 la kan
kepanjangan yg menguji kesabaran sejagat kekekeke
*abes bce gak* ahaks
wawawawaaaa
aku mule mersekn blog aku syiok sdrik gegegegege
xpe la....janji aku hepi kn kn kn?
al-fatihah wat arwah mama nazz
yup2 saye pon prihatin terhadap reader.. takot oo kalo org bace menyampah! sgt2 takot! ki3x. tapi..ape yg mampu kite ikotkan.ki3x~
betul dan setuju dengan sebahagian daripada points tu, lagi banyak javascript lagi jenuh reader menunggu, tak semua reader ada broadband yg berkapasiti tinggi..paling boring bila ada word verification..adeeeeh
hehe...aku stuju sume ape yg ko list kn tu...bagus en3 ko ni...
hehe,,,
aku tak pernah kecewa pon..
haha..
bagus gak kalau mesra pembaca nih... tetapi kadang2 tuh kita juga perlukan masa untuk diri kita sendirikan...
Ya betul tu..
Betul tu.. blog kita, kita punya.. tp org lain yg baca.. hi hi
terima kasih..
Kita buatlah sekadar yg kita mampu.. selebihnya terserah pada readers
Ko sama dengan aku... ha ha
Aduyai.. mr bisnesman ni.. mana sempat kecewa.. sibuk manjang..
Bro.. amacam bisnes?
Betuuull... sgt tu.. harap2 readers boleh faham..
insyaallah pembaca akan paham tapi ade juga yg kurang paham gak.. hehehehehe
akhir tahun lepas banyak tak bagus..
macam2 hal..
maybe tahun ni nak reconstructed semula.
elyana.. nape tak de link?
Walaweyh,Terasa sikit la part comment varification dan approvel sebagainye.wakaka.Aku buat mcm tu sebab aku takut tak perasan ade komen,nanti aku tak reply komen mereka.Mereka kata aku sumbung laks.=(
blog tips campur mengarut lah aku suka,tak lah full of tips.Bosan la nanti.Thumb up untuk anda.
blog ni dah ok ..
apa yg nak risau lagi
kalo line internet kat malaysia ni power, letak bnyk mana script pon tak jadi hal :)
p/s: menulis bukan kerana nama, hanya berkongsi apa yang ada
caya lah, memang corcern habis kat readers (:
Wakaka.. sebenarnya dalam megarut ada tips tu.. hihi thanks
Ha.. tu memang di akui 200%..
bila la agaknya nak power ya?
Oh ya.. sebab korang semua baik ati ...
entah tak tau..herm.. haah la nape ye?? aikk?? hadeyh~
Masa wat komen ada letakkan linktak..?
tulah, rasa gak mcm nk delete je msjbox sbb nk suh readers komen post.. tp itulah, kdg2 komen pun sangkut gak....hoho...
me pun perasan loading giler lmbat tp still not hv time to change template...huhuh
aku ada semua itu dlm blog ku...blog aku lambat load ke?
nampak cam wp lak blog ko nazz...loading mmg best blog ko selama aku kenal ko..
tips n entry ko pun mmg menarik di baca...tu aku suka..:=)
a ah dulu lama gak ko tak update, tahun lepas tak silap aku dalan bulan 5..
Good luck bro..
Tulah masalahnya.. kita berapa suka nak komen kat entry..
Tentang template tu .. tak pe take yr time..
Masih ok lg tu.. tp bleh check kat internet berapa berat blog kita..(loading time)
Ni yg aku malu nih.. bila org puji aku.. hi hi
anyway, thanks...
sama jg bro.. akupun rasa aku dah mengecewakan pengunjung blog aku.. blog berat, kadang langsung x dpt buka... entripun x power sgt... tp cara yg bro buat atas tu dah menunjukkan yg bro beri perhatian pada pengunjung... tu yg bagus utk dicontohi.. lepas ni akupun nak kurangkn lagi harta karun di sidebar dan hidden script yg lain...
adus.. entri ni bukan nak mengata sesapa tau.. cuma mungkin kebetulan ada persamaan..
memg ko pnye blog sng loading ler..
salam,
aku on je comment approval...supaya aku leh follow up apa yang readers comment...huhu
aku x minat sgt nk guan DisqUs ni, tp better dr blogger (blogspot) yg x bagi option utk name/URL kt ruangan komen. Susah nak komen.
aku slalu buat blogwalking dsb, mmg chatbox ni lembap gle nak load. kdg2 nak tinggalkan mesej failed je memanjang. kdg2 rs give up pun ada. tp sabar, refresh 5,6 kali pun xpe.
iklan nuffnang kalo letak kt byk tempat baru ada byk possibility utk keluar iklan, xlah asyik zzz.. tp itulah blog jd lambat nak load.
hoho... pisyek punye blog baru 3 hari lepas kuar post baru, da ade org tnye bile nk update lagi... haha...
blog pisyek xde la feymes sgt, tp ade gak org yg menanti tulisan pisyek...
terharu2.. T__T
EEEE... malu la aku... jgn la puji2.. aku malu ehek..
Hihi..selalunya komen yg tak best .. tak di approve.. hi hi
Tp disqus..buat blog jd slow loading..
chatbox.. banyak tak baik dr baiknya..
Nuff.. yg paling lambat atas header...
Jgnla cam tu.. kekadang ada secret visitor tau.. atau silent reader..
tak feymes mende.. trafik semacam jer.. visitor online sentiasa ada..
Post a Comment