Aku kena guna-guna

by Zoul on 15 January 2010

Semuanya bermula beberapa hari yang lepas. Sedang aku asyik menerjah blog-blog otai, entah kenapa tiba-tiba aku rasa pandangan ku gelap.. Allah! mana pulak keyboard ni? skrin pun aku dah tak nampak. Apa yang dah terjadi.. Aku rasa sekeliling aku jadi gelap, aku berjalan dengan teraba-raba. Aku rasa kepala ku sakit.. ah, aku duduk kejap di sofa dengan harapan aku akan tenang dan dapat berfikir dengan waras. Mungkin disebabkan aku kepenatan.. fikir ku.

Sangkaan ku meleset sama sekali.. perasaan aku bertambah bingung cuma pandangan ku agak semakin jelas. Aku ke bilik air dan ah!! lega.. sambil meninggalkan 'jejak' ku di dalam tandas. Apa hal ni, kenapa aku rasa tak selesa? Fikiran aku kembali bercelaru, aku tak dapat menumpukan perhatian aku. Aku cuba melupakannya dengan menonton TV.. tak berkesan, hendak memandang skrin TV pun aku tak upaya...
Teruskan Membaca

Yang Aib dan Mengaibkan

by Zoul on 09 January 2010


Tahun 2009... banyak perkara yang berlaku di depan mata aku. Kalau aku nak tuliskan ianya akan mengambil masa lebih dari 365 hari. Banyak sangat.. Namun ada beberapa pengalaman yang ingin aku kongsikan di sini.. Aku sendiri tak tahu pengalaman ini dikategorikan sebagai apa, lucu ke atau memalukan..

Pertama... Sembahyang jenazah
Waktu itu ada kematian di kawasan kejiranan aku. Orang yang meninggal itu pula memang dikenali disitu jadi mereka yang datang menziarah sangat ramai sehingga memenuhi segenap ruang yang ada di kawasan tempat tinggal simati. "Pstt.. jom sembahyang jenazah.." bisik kawan aku.

Teruskan Membaca

Masalah Orang Kita

by Zoul on 09 October 2009

Salam buat semua... Macamana aku boleh berbulan terlupa dengan blog aku ni? Hmmmm.. entah lah..
Sebenarnya aku sibuk sejak beberapa bulan yang lalu sampai aku terlupa nak mengucapkan beberapa
"selamat" buat kengkawan.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Selamat Menyambut Hari Raya dan lain-lain selamat lah (aku compile kan sekali).

Sebenarnya sejak beberapa bulan yang lalu aku sibuk membantu member
aku membuka sebuah restoran baru. Aku pun tak tau, nak kata baru bukan baru... nak kata lama pun bukan lama. Aku pun bukannya pandai sangat dalam berniaga ni, setakat tolong tengok aje yang mampu aku buat..hi hi. Orang dah beria-ia mintak tolong.. aku pun bantai je lah.

Aku nak cerita sikit pasal member aku ni.. Dia dah mula berniaga restoran ni dah lama dah. Memula kat gerai kecik dengan menyewa tapak orang kampung...
Teruskan Membaca

Malunya Aku

by Zoul on 06 March 2009

Salam.. rasanya dah tiga empat hari aku tak post apa-apa entry kat sini.. bukan sibuk.. tetapi menyibuk.. aku menyibuk dengan apa yang berlaku sekarang ni. Sebagai rakyat malaysia sejati {bukan PATI tau} aku sekadar ingin meluahkan apa yang berbuku di dalam hati aku ni..

Aku kan rakyat yang perihatin.. jadi tak salah rasanya kalau aku nak meluahkan rasa hati aku ni kan...

Betul aku malu...









Teruskan Membaca

Aku Hangin Satu Badan

by Zoul on 25 February 2009

Grrrr... geram, menyampah... aku rasa macam nak aje aku campak laptop aku nih... {tapi sayang pulak} Sebenarnya dah 2-3 hari aku tak dapat nak melayari internet dengan sempurna... Mula-mula aku sangka PC aku buat hal... aku pun tukar lah ke laptop... Tapi buat hal jugak..
Bila dah keduanya buat hal dah tentulah disebabkan oleh 'strimiks' aku tuh...

Dulu aku guna broadband.. geduak semacam.. lalu cinta beralih arah balik ke 'strimiks'.. Rupanya ada masa dia pun sama geduak... Dahla aku punya blog template memang berat semacam bila loading harus lambat punya lah... So aku buat keputusan tukar template aku yang ringan sikit... rupanya sama gak... Aku tanya dengan member aku, dia kata dia tak de masalah bukak blog aku.. tapi aku ni.. tuan punya nyer pulak yang tak leh nak bukak...

Geram betul la... Dah la bila aku call 'srimiks' punya customer service, macam aku ni anak tiri.. bukan sebab diorang tu tak ramah.. atau garang.. tapi asyik buat janji palsu.. "baiklah encik, aduan encik telah kami terima dan usaha sedang dibuat... dalam pukul 4.00 petang ni encik dah boleh guna lah yer..." Dengar macam best jer.. Tapi bila tiba waktu... huwek... apa pon tarak..
Teruskan Membaca

Untuk Siapa kah Menu ni

by Zoul on 01 February 2009

Hari Sabtu lepas aku pegi ke Tanjung Malim.. ada sikit urusan keje. Sampai aje kat sebuah Pusat Pengajian yang ada kat situ, aku rasa macam ada bubble plak perut aku ni. Aku pun singgah lah kat sebuah restoran yang ada dekat situ. Aku order air ngan roti canai.. sambil tu borak ngan member. Tengah borak-borak tu aku terpandang menu yang dilekat pada dinding depan aku. Sekali aku baca.. tergelak besor aku ngan kengkawan aku.

Korang tau pasal apa aku gelak... korang tengok menu ni...
Teruskan Membaca

aku marah kat budak jawa

by Zoul on 27 January 2009

...tak delah, aku melayu kok..! ayat yang biasa aku dengar bila bercakap tentang orang melayu keturunan jawa kat sini. tak salah pun.. diorang sendiri yang jadi penyebabnya. biasanya orang bangga dengan teras keturunan diorang. tapi muda jawa kat sini tak rasa macam tu. aku sendiri jarang sangat dengar orang muda jawa yang cakap jawa samada jawa yang sempurna atau jawa rojak. memasing cakap melayu walupun sesama bangsa... alasannya mak bapak tak ajar. kalau mak bapak nak ajar, korang nak belajar ker?

pasal apa hah? kalau kita 'born to be' jawa, itu perkara yang sangat memalukan ke? 'jatuh standard' ke kalau orang lain tau kita orang jawa. aku rasa satu hari nanti, jawa cuma tinggal nama aje kat negara kita ni kalau keturunannya tak berbangga dengannya. selalunya orang akan kaitkan jawa dengan indon, itu tak boleh dinafikan sememangnya keturunan jawa yang ada kat malaysia ni asalnya dari indonesia. tapi....
Teruskan Membaca

Mulut Yang Patut Dilaknat

by Zoul on 18 January 2009

Kisah trajis di Gaza belum berakhir.. ratusan nyawa melayang dan ribuan lagi menderita dengan kecederaan dalaman dan luaran. Namun bagi geduak-geduak di bawah ni, semua itu tidak dipandang asalkan matlamat mereka tercapai. Matlamat untuk mewujudkan negara yahudi yang aman kononnya..

Geduak-geduak ini lah yang menjadi penyokong keganasan yahudi
terhadap rakyat palestin. Aku doakan semoga geduak-geduak ini akan sentiasa mendapat LAKNAT dari Allah SAW. Mulut-mulut geduak ini lah yang menjadi punca segalanya.....
Teruskan Membaca