Aku kena guna-guna

by Zoul on 15 January 2010

Semuanya bermula beberapa hari yang lepas. Sedang aku asyik menerjah blog-blog otai, entah kenapa tiba-tiba aku rasa pandangan ku gelap.. Allah! mana pulak keyboard ni? skrin pun aku dah tak nampak. Apa yang dah terjadi.. Aku rasa sekeliling aku jadi gelap, aku berjalan dengan teraba-raba. Aku rasa kepala ku sakit.. ah, aku duduk kejap di sofa dengan harapan aku akan tenang dan dapat berfikir dengan waras. Mungkin disebabkan aku kepenatan.. fikir ku.

Sangkaan ku meleset sama sekali.. perasaan aku bertambah bingung cuma pandangan ku agak semakin jelas. Aku ke bilik air dan ah!! lega.. sambil meninggalkan 'jejak' ku di dalam tandas. Apa hal ni, kenapa aku rasa tak selesa? Fikiran aku kembali bercelaru, aku tak dapat menumpukan perhatian aku. Aku cuba melupakannya dengan menonton TV.. tak berkesan, hendak memandang skrin TV pun aku tak upaya...
Teruskan Membaca

Tuhan Bagi pun Kita Bersungut

by Zoul on 02 January 2010

Salam...
Sekadar renungan...


Pertama
Aku sedang menunggu giliran di bank.. "lama betul nombor aku nak naik ni.." detik hati aku. Inilah masalahnya kalau berurusan di CIMB.. memang lambat macam kura-kura. Pelanggan tidaklah ramai, tetapi urusan tetap lambat berbeza dengan berurusan di AmBank atau Public Bank.. memang 'jempol' lah. Sambil menuggu tu aku melayan perasaan sambil memerhatikan orang yang ada di sekeliling. Ada berbagai gelagat dan jenis manusia tetapi yang menarik hati aku dua orang 'anak dara' yang sedang bersembang di kerusi baris belakang aku. "Ko tau tadi aku test baju yang hari tu kita beli tu.. dah tak fit dah" kata salah seorang. "Iyalah aku punya punggung sekarang ni pun dah makin over size dah.." jawab rakannya. "Aku boring betul bila tengok cermin..." Selepas itu perbualan mereka terus berkisar tentang pipi tembam, punggung besar. peha besar, bulu kaki lebat dan dagu berlapis.

Kedua..
Teruskan Membaca

Hai Boss Dengar Aku Nak Cakap (18 SXG)

by Zoul on 16 April 2009

Pernah tak korang masuk mana-mana tandas lepas tu jumpa puisi, pantun, cerpen dan karikatur yang terpampang pada dinding dan pintu tandas? Kalau korang pernah jumpa, itu tandanya dah sah memang korang masih lagi berada di Malaysia.. hi hi. Aku sendiri selalu terjumpa luahan perasaan, perasan dan kelucahan di dalam tandas. Sehinggalah siang tadi pun aku masih jumpa, kali ini luahan hati seorang pekerja buat bossnya. Aku cuba snap photo tapi gambar tak clear sebab dinding tandas tu dari marmar jadi berkilat. Anyway diantara isinya

Cilaker punya bos(ia)

Lu sial memang diantara orang yang paling bangang yang belum penah gua jumpa.. hati busuk mengalahkan hati babi yang diorang buang kat dalam kolam taik. Tiap hari apa yang lu tau bebel bebel bebel jer. Apa lu ingat suara lu tu merdu peke hah? suara lu tu kalau kalau nak bandingkan dengan kentut david becham lagi sedanp kentut dia to. Telinga gua ni kalau doktor check gerenti gegendangnya dah kene virus ibola sebab selalu dengar lu bebel tau tak.. Tak bolehke pagi tu kalau sampai je tempat keje terus aje baca yassin ker, nasyid ker tak pun nyanyilah lagu keroncong. Ini tak bebel bebel bebel aje..
Teruskan Membaca

Gempar.. tiada internet untuk 10 tahun

by Zoul on 12 April 2009

Baca berita yang baru disebarkan
"Satu gempa bumi yang kuat telah melanda sebahagian besar lautan pasifik hari ini. Di samping itu juga puting beliung juga telah mula menerjah beberapa kawasan di Amerika Utara dan Selatan dan dijangka akan menyebabkan beberapa puting beliung yang agak kecil saiznya akan melanda beberapa bahagian dunia. Di Asia, susulan dari kejadian itu telah mula menunjukkan perubahan iklim. Kesan dari kejadian tersebut kabel telekomunikasi diseluruh dunia telah terjejas teruk dan dijangka akan mengambil masa 10 tahun untuk pulih sepenuhnya. Oleh itu juga talian internet tidak akan dapat beroperasi selama itu juga..."


Gambar H
iasan Jer


Bertenang... itu cuma olok-olok aja.. aku cuma bayangkan kalau itu yang berlaku dan benar-benar talian telefon dan internet terputus hubungan. Apa yang akan aku buat ya? Tiada internet bermakna tiada Blogger atau Wordpress. Mesti boring gila tahap gaban punya lah.. Nak YM member pun tak boleh, nak calling-calling atau SMS dah tak ada harapan. Apa aku nak buat ni? Aku kena belajar dengan eira macamana nak buat diari manual ni..
Teruskan Membaca

Kecik-Kecik Tak Nak Mampus

by Zoul on 06 April 2009

Ini kisah benar yang baru berlaku...

Siapa lelaki itu? Itu yang bermain di dalam fikiran aku. Apa kerjanya? Mesti kerjanya best punya lah... Itu yang aku fikirkan tentang seorang lelaki yang kerap terserempak dengan aku sewaktu aku dalam perjalanan ke office. Aku naik kereta cabuk dia pula naik BMW 7 Series warna hitam lagi. Aku tak kenal siapa dia tu...

Ada juga aku bertanya pada rakan-rakan.. masing-masing tahu dan pernah nampak lelaki itu, tetapi tak ada siapa yang mengenalinya. Macam-macam andaian yang kami buat (mengumpat lah tu). Aku rasa lelaki tu mesti bisnesman punya lah atau paling tidak pun dia tentu berjawatan tinggi. Ada sekali dua aku ternampak dia minum di kedai kopi... berseorangan saja. Kenapa dia tak ada kawan ya?

Cara pakaian.. memang hebat. Kalah datuk-datuk punya dressing. Aku ada dengar cerita, kalau dia minum di satu-satu kedai kopi.. habis semua dibelanjanya. Wah banyak duit dia ni. Dah jadi perangai aku, kalau aku berminat dengan satu-satu perkara aku akan cuba mendalaminya. Jadi aku merancang untuk 'terserempak' dengannya di kedai kopi. Yes..! aku berjaya.

Teruskan Membaca

Gus Dur murtad

by Zoul on 03 April 2009

Sahih ker berita ni..?


Teruskan Membaca

Melampau

by Zoul on 02 April 2009

Aku tak tau apa jenis aku nak panggil video ni.. Lawak ke.. atau .....
Terserahlah pada persepsi masing-masing.....


Teruskan Membaca

Kelly Clarkson Kencing Berdiri

by Zoul on 12 March 2009

Hari aku nak cakap sikit tentang seorang pemenang American Idol.. Memang macam-macam hal dia nih. Memang tak dinafikan muka dan body dia ni memang cute lah. Terutamanya sewaktu awal kemunculannya selepas memenangi American Idol. Waktu itu dia ni slim lagi.. tapi sekarang agak 'berat' nampaknya. Sudah menjadi kebiasaan di Amerika, pemberita dan paparazzi memang selalu membuat mereka tak senang duduk. Biasanya ada sahaja perkara yang selama ini menjadi rahsia tiba-tiba menjadi hak public. Itulah juga yang terjadi pada si Kelly ni..

Baru-baru ini sewaktu ditemuramah oleh Blender Magazine Kelly telah secara terbuka mengaku dia suka 'peeing' waktu sedang bershower. Senang cerita, sambil mandi kencing berdiri lah tu.. dan yang bestnya lepas buang tu di kesat dengan tisu dan dia check pulak apa warnanya.. huih itu pun nak cerita juga ker..?

Teruskan Membaca

Apa Citer Ni

by Zoul on 07 March 2009

Layaannn..




Teruskan Membaca

Aku Hangin Satu Badan

by Zoul on 25 February 2009

Grrrr... geram, menyampah... aku rasa macam nak aje aku campak laptop aku nih... {tapi sayang pulak} Sebenarnya dah 2-3 hari aku tak dapat nak melayari internet dengan sempurna... Mula-mula aku sangka PC aku buat hal... aku pun tukar lah ke laptop... Tapi buat hal jugak..
Bila dah keduanya buat hal dah tentulah disebabkan oleh 'strimiks' aku tuh...

Dulu aku guna broadband.. geduak semacam.. lalu cinta beralih arah balik ke 'strimiks'.. Rupanya ada masa dia pun sama geduak... Dahla aku punya blog template memang berat semacam bila loading harus lambat punya lah... So aku buat keputusan tukar template aku yang ringan sikit... rupanya sama gak... Aku tanya dengan member aku, dia kata dia tak de masalah bukak blog aku.. tapi aku ni.. tuan punya nyer pulak yang tak leh nak bukak...

Geram betul la... Dah la bila aku call 'srimiks' punya customer service, macam aku ni anak tiri.. bukan sebab diorang tu tak ramah.. atau garang.. tapi asyik buat janji palsu.. "baiklah encik, aduan encik telah kami terima dan usaha sedang dibuat... dalam pukul 4.00 petang ni encik dah boleh guna lah yer..." Dengar macam best jer.. Tapi bila tiba waktu... huwek... apa pon tarak..
Teruskan Membaca

Gatal Lebih Sikit

by Zoul on 21 February 2009

Eh.. jantan tu pantang kalau tengok pompuan dahi licin... huh merenyam..! Lelaki ni bukan cukup sorang, kalau boleh dia nak pasang 10 orang sekali gus.. Playboy betul la dia tu.. hari ni pompuan lain... esok pompuan lain lagi... huh dasar buaya.. Antara perkataan 'manis' yang selalu dilemparkan kepada kaum adam.. Apa nak buat..huk huk

Kalau lelaki ada gelaran yang 'sedap-sedap'... apa gelaran yang kita nak bagi kat pompuan nih? Tengok foto kat bawah ni..

Teruskan Membaca

Dah Maju Pun Tak Guna

by Zoul on 19 February 2009

Beberapa orang remaja lelaki sedang mengerumuni sebuah komputer di cybercafe. Biasanya suara diorang ni riuh rendah, maklum lah cybercafe tu dah jadi macam rumah kedua diorang. Tapi entah kenapa hari ni diorang bercakap dengan nada yang agak berbisik. Namun, aku yang berada di PC yang bersebelahan masih dapat mendengar butir-butir perbualan diorang {sebenarnya aku ada kat situ sebab streamyx kat rumah aku ada problem}.

Cuba korang nilai apa yang diorang katakan ni...
{ayatnya bukan seratus-peratus tepat tau..}







Teruskan Membaca

Gay Dan Lesbian, Mana Yang Best

by Zoul on 10 February 2009

Apa dah jadi dengan dunia hari ini. Kalau dulu bila kata lesbian atau gay aku terbayang muka-muka mat saleh atau minah saleh. Tapi sekarang bukan lagi putih yang terbayang, dah ada macam-macam kaler. Kalau kaler tu hitam berkilat, kira ok lagi lah, tapi sekarang ni kaler yang terbayang dah sama kaler dengan aku yang tak berapa putih ni. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Adakah semua ini hasil wujudnya dunia tanpa sempadan atau sebab orang dah tak tengok badan.

Aku sendiri pernah terlihat dua gadis ayu berjalan berpegang tangan sambil berborak. Serta merta fikiran aku menjadi negatif... Kalau dulu bila orang nampak benda macam ni, takkan jadi hal punya. Biasalah pompuan dengan pompuan 'boleh buat apa..'. Kalau sekarang ni, jangan lah cuba buat memang korang akan kena cop lesbian punya lah. Sebenarnya tak salah kalau pompuan rapat dengan pompuan. Korang nak berpeluk pun boleh asalkan korang memang 'genuine' pompuan. Takkan ada rasa apa-apa kan..?

Tapi macamana boleh berlaku dan berleluasanya lesbian kat malaysia ni. Aku rasa pelik betulla... Dah tak cukup lelaki ke kat sini. Atau lelaki kat malaysia ni dah tak 'best'. Kalau gay tu mungkin aku tau la sebabnya.. Sebabnya diorang belajar dengan mat-mat bangla yang selalu berjalan berpegang tangan. Romantik ooiii...
Teruskan Membaca

Isi Perut Handphone Korang

by Zoul

Dua benda yang mesti aku tatap dan pegang setiap hari, handphone dan laptop. Sehari kalau aku tertinggal salah satu, aku rasa macam ada 'something wrong' jer. Macamana pun mesti nak ada punya.. kadang-kadang tu aku tengok handphone cuma nak tengok jam jer. Mengada betul.. jam tangan ader tapi tengok gak kat handphone.. prrgg. Eh apa fungsi handphone har? Betul ke gunanya untuk bertalipon ngan sms jer selain dari untuk bergaya.

Ok.. sekarang kita pegang dan tengok handphone masing-masing, cuba check apa yang ada dalam handphone kita. Jangan cakap eksesorinya la.. kalau yang pompuan tu kadangkala key chain pun digantungkannya sekali... Kita activate dan tengok skrinnya, ada gambar siapa? Gambar korang, gambar awex, gambar aboy, gambar pasangan, gambar anak atau mungkin gambar kucing.. tapi yang pasti gambar yang peribadi kot. Lepas tu check gambar dalam simpanan handphone korang.. gambar siapa? Rasanya tentu yang ada kena mengena dengan peribadi kan.. Takkan korang simpan gambar boss atau guru disiplin sekolah korang?

Teruskan Membaca

Teknik sentuh usap dan urut

by Zoul on 03 February 2009

Tips buat 'sidia' bahagia {buat langkah demi langkah}

1-Usap dibelakang telinga kanan, ini akan memberikan 'sidia' perasaan yang tidak berbelah bagi.

2-Gosok keseluruhan telinga - sedikit cuitan di sekitar lubang telinga akan memberikan keseronokan buat 'sidia'.

3-Usap bahagian kepala {macam kurang ajor jer}

4-Teruskan kebahagian telinga kiri pula

5-Usap dibahagian sebelah kanan muka 'sidia'

6-Usap dibawah dagunya.

7-Usap pula dibahagian sebelah kiri muka 'sidia'

{Perhatikan 'sidia' akan mula 'cair'}

8-Usap lagi telinga nya... perlahan-lahan {mesti mengerang punya..}

9-Kembali mengusap bahagian atas kepalanya.

10-Posisi berbaring, usap secara berterusan dan perlahan dari belakang kepala hingga keseluruhan belakang badan.. {fuhh...}

11-Usap bahagian belakang badannya sahaja selama beberapa kali dan dengan tangan yang terbuka supaya dapat dirasai seluruh tubuh.

12-Usap pula di bahagian belakang tubuh sehingga atas tongkeng (punggung).

13-Usap bahagian atas punggung beberapa kali {dengan tangan tau}.

14-Sekarang 'sidia tentu dah 'cair' punya..

15-Jika 'sidia' masih berbaring, pastikan 'sidia' dekat dengan mu dan usap bahagian kaki perlahan-lahan {mula dengan kanan kemudian kiri}

16-Usap lah dimana-mana bahagian melainkan perut kerana ini akan menaikkan nafsunya dan biasanya 'sidia' akan teringin untuk 'bermain'.

17-Sekarang 'sidia' takkan meninggalkan kamu... seterusnya...
Teruskan Membaca

aku marah kat budak jawa

by Zoul on 27 January 2009

...tak delah, aku melayu kok..! ayat yang biasa aku dengar bila bercakap tentang orang melayu keturunan jawa kat sini. tak salah pun.. diorang sendiri yang jadi penyebabnya. biasanya orang bangga dengan teras keturunan diorang. tapi muda jawa kat sini tak rasa macam tu. aku sendiri jarang sangat dengar orang muda jawa yang cakap jawa samada jawa yang sempurna atau jawa rojak. memasing cakap melayu walupun sesama bangsa... alasannya mak bapak tak ajar. kalau mak bapak nak ajar, korang nak belajar ker?

pasal apa hah? kalau kita 'born to be' jawa, itu perkara yang sangat memalukan ke? 'jatuh standard' ke kalau orang lain tau kita orang jawa. aku rasa satu hari nanti, jawa cuma tinggal nama aje kat negara kita ni kalau keturunannya tak berbangga dengannya. selalunya orang akan kaitkan jawa dengan indon, itu tak boleh dinafikan sememangnya keturunan jawa yang ada kat malaysia ni asalnya dari indonesia. tapi....
Teruskan Membaca

Pengalaman Menghadiri Majlis Gay

by Zoul on 06 January 2009

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut...

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

Teruskan Membaca