
Aduyai sakit kepala aku bila seorang kenalan aku yang berbangsa mat saleh minta aku jadi cikgu.. hu hu cikgu tu.. bukan cikgu sekolah tetapi cikgu untuk dia seorang saja. Jadi cikgu mengajar bahasa melayu.. Kalau setakat mengajar secara verbal tu boleh la, tapi apa yang dia minta lebih lagi wo.. Dia nak aku mengajarnya dari kosong sampai jadi pandai cakap dan membaca dalam bahasa melayu. Memang pening aku, maklumlah aku ni cuma layak jadi murid saja bukan cikgu. Kalau aku ni macam chekgu banihasim tu boleh la.
Sebenarnya, dia mintak aku beri sikit tunjuk ajar sebab dia nak kena berucap dalam satu majlis 'keparat'.. Dia ni nak bergaya sikitlah berucap dalam bahasa melayu.. kira bagus lah tu kan..
Bedezup...
Waktu aku mula 'mengajar' mat saleh ni macam-macam perkara lucu dan menyakitkan hati yang terjadi. Kali pertama sewaktu aku mengajar dia menyebut perkataan-perkataan mudah untuk membiasakan lidah keju dia ni. Macam mengajar budak pelat..bercakap betul pulak rasanya.
Dah pulak tu bila aku suruh baca.. diulangi, baca majalah dalam bahasa melayu.. sampai senak perut aku ketawa bila dengar dia baca.. langsung tak paham apa yang dibacanya. Maklumlah perkataan atau huruf kita disebut secara bulat bukan meleper. Kalau A kita sebut AAAA tapi dia sebut EEEE.. Perg macamana nak ajar sigedut nih.
Oleh kerana susah sangat dia ni nak ingat bunyi pelat melayu ni, aku buat contoh perkataan mat saleh untuk sebutan melayu biar dia boleh ingat.. contohnya macam ni.. 'sirwarktoo sirdung saryear burrjarrlund dee tarmund saryear turpeejuck tarhee boowrong'... walawe jenuh aku nak menulisnya.. Tapi aku terfikir, bagus juga cara ni kalau nak buat mat saleh berucap dalam bahasa melayu walaupun dia tak paham. Dia baca ajerlah kan.. tentu audience ingat dia tau baca...
Teruskan Membaca