Bahasa Melayu Dekat Pupus

by Zoul on 23 February 2009

{Sabtu lepas di KLIA} Pak.. pak.. ! Bisa bantu saya pak..? Tanya seorang pakcik yang aku rasa baru sampai dari Indon. Apa yang cina indon ni nak dari aku? {aku cakap dalam hati}. Begini, saya baru sampei dari Jakarta ya datang kemari mau ketemu sama temen dari jepang. Katanya dia menunggu saya di sini tapi tiba-tiba ada emergency nggak bisa kemari. Langsung saya udah ketemu bapak di sini, apa bisa bapak membantu saya? {dia panggil aku bapak... aduss dah tua sangat ke aku ni}. Rupa-rupanya pakcik tu sedang mencari rakannya yang tinggal di kawasan mewah di KL. Dengan tak kisah aku pun jelaskan cara untuk pergi ke tempat yang dituju. Sebenarnya aku rasa pelik, punyalah ramai indon ada kat situ, kenapa aku yang ditujunya...?

Ayuh pak kita minum duluan.. Dia ajak aku minum. Oleh kerana aku pun ada sedikit kelapangan, apa salahnya aku layan pakcik indon ni kejap. Kami berborak dengan bahasa itik serati dan angsa. Nasib baik aku takde masalah untuk memahami bahasa indon. Haaa... terlopong mulut aku bila pakcik tu beritahu sebenarnya dia bukan orang indon. Dia berasal dari jepun dan baru tinggal di indonesia selama 9 bulan. Dia kata kalau ke indonesia tanpa boleh bercakap dalam bahasa indon.. satu masalah besar. Dia belajar secara intensif di jepun dan sebulan di jakarta.

Teruskan Membaca

Tanah Melayu Dah Kena Jual

by Zoul on 11 February 2009

Satu hari pada tahun 1921.


Di sebuah surau, seorang lelaki sedang berbincang bersama beberapa orang sahabat untuk bersama-sama meneroka hutan berdekatan untuk dijadikan kawasan untuk bercucuk tanam. Selepas dipersetujui bersama maka mereka yang seramai lima orang pun memulakan kerja membersihkan hutan. Dengan hanya berbekalkan parang dan kapak mereka bertungkus lumus menebang pokok-pokok hutan yang kebanyakannya sebesar dua hingga tiga pemeluk itu. Pada suatu hari tanpa disedari seekor pak belang sedang memerhatikan juadah tengaharinya yang seramai lima orang dan tanpa membuang masa ia telah menerkam salah seorang dari mereka.



Teruskan Membaca

Gay Dan Lesbian, Mana Yang Best

by Zoul on 10 February 2009

Apa dah jadi dengan dunia hari ini. Kalau dulu bila kata lesbian atau gay aku terbayang muka-muka mat saleh atau minah saleh. Tapi sekarang bukan lagi putih yang terbayang, dah ada macam-macam kaler. Kalau kaler tu hitam berkilat, kira ok lagi lah, tapi sekarang ni kaler yang terbayang dah sama kaler dengan aku yang tak berapa putih ni. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Adakah semua ini hasil wujudnya dunia tanpa sempadan atau sebab orang dah tak tengok badan.

Aku sendiri pernah terlihat dua gadis ayu berjalan berpegang tangan sambil berborak. Serta merta fikiran aku menjadi negatif... Kalau dulu bila orang nampak benda macam ni, takkan jadi hal punya. Biasalah pompuan dengan pompuan 'boleh buat apa..'. Kalau sekarang ni, jangan lah cuba buat memang korang akan kena cop lesbian punya lah. Sebenarnya tak salah kalau pompuan rapat dengan pompuan. Korang nak berpeluk pun boleh asalkan korang memang 'genuine' pompuan. Takkan ada rasa apa-apa kan..?

Tapi macamana boleh berlaku dan berleluasanya lesbian kat malaysia ni. Aku rasa pelik betulla... Dah tak cukup lelaki ke kat sini. Atau lelaki kat malaysia ni dah tak 'best'. Kalau gay tu mungkin aku tau la sebabnya.. Sebabnya diorang belajar dengan mat-mat bangla yang selalu berjalan berpegang tangan. Romantik ooiii...
Teruskan Membaca

Surat Dari Setan Untuk Mu

by Zoul on 03 January 2009

Kehadapan manusia sahabat ku.

Wahai sahabat....

Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan solat subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah ' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ke tempat tidurmu...

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama...
Teruskan Membaca