Bila dah tak ingat hari

by Zoul on 29 August 2010

Salam..

Aku terjaga pagi itu... sunyi, sepi dan hanya kedengaran ibu-ibu ayam sedang memarahi anaknya kerana tidak tahu berkais di halaman rumah ku.
"Eh.. mana perginya semua orang ni.. kenapa aku basah lencun ni?"
Aku pergi ke dapur... emak, abah dan adik-adik semuanya tak ada..
Aku terlihat nota di atas meja makan..

"Kami semua pergi ke rumah atuk sebab ada hal..." kata-kata di dalam nota itu dari arwah ibuku.
"La.. patutlah semua orang tak ada.." bisik aku.

Aku membuka tudung saji....
"Mak ai... apa makanan pun tak ada.." aku bersungut.
"Aduh lapar..."

Aku turun dan mandi dengan sepuas-puasnya. Kemudian aku bersiap untuk mencari sarapan dikedai makan berdekatan.
Seperti biasa, aku 'tojang' basikal...

"Ala.. kenapa warung Kak Semah tutup ni.." aku kecewa.
"Mana la pulak geng-geng aku, semuanya dah jadi alaim ulamak ke..?" soal aku sendiri.
"Ah.. aku pergi warung Che Mat lah.."

Aku menojang basikal sejauh satu perpuluhan lima kilometer. Cuaca pada waktu itu agak mendung jadi aku tidak lah berpeluh sangat. Bila aku sampai ...

"Eh hari hari apa ha..? Kenapa semua kedai tutup?

Tiba-tiba... hujan turun setitik demi setitik.. lama kelamaan menjadi lebat. Terpaksalah aku berteduh sementara diwarung Che Mat.

"Bila lah agaknya hujan nak berenti ni..." aku bersungut.
"Perut aku dah lapar ni.. dari  malam tadi aku tak makan.." tambah sungut aku.

Setlah hampir sejam aku menunggu dan aku tengok tak ada tanda-tanda hujan hendak berhenti. Aku membuat keputusan untuk meredah hujan balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, pakaian aku habis basah dan aku mandi sekali lagi. Aku tengok jam telah hampir pukul dua petang. Keluarga aku belum balik lagi dan perut aku semakin berkeroncong.

"Ah.. goreng telur buat sandwich lah.." aku mendapat idea menghilangkan lapar.

Aku cari telur serata dapur.. sebiji pun aku tak jumpa. Akhirnya aku terpaksa 'mencilok' dua biji telor dari reban ayam di bawah rumah. Dengan keadaan masih renyai-renyai aku gagahkan juga demi memenuhkan perut aku yang tidak berhenti bernyanyi.

Aku goreng dan goreng kedua-dua biji telur tersebut. Aku letakkan di atas meja makan bersama-sama roti 'benggali' sebuku. Aku lapiskan telur dan roti serta aku tambah sos cili aminah hassan. Bila siap sahaja..

"Assalamualaikum...!!!"
Keluarga aku balik dari rumah atuk..

"Ha... buat apa tu.. ." sergah arwah mak
"Goreng telur la mak..." jawab aku.
"Haaaaaa......" arwah mak terlopong.
"Kenapa mak buat macam tu.. macamlah takpernah tengok orang goreng telur." aku buat muka kelat.

"Bukan apa.. kan hari ni kita dah start PUASA..." jawab arwah mak pula.
"La puasa ke.. kenapa tak kejut sahur..?" tanya ku  dengan kecewa.
"Sapa kata tak kejut... berpuluh-puluh kali kejut.. tapi tak nak bangun, siap abah simbah pun tak bangun takkan nak tembak dengan senapang gajah.." arwah mak menjelaskan.

Pada hari itu aku tetap berpuasa... tetapi keadaan aku mengalahkan anak somalia yang dah berhari-hari tak dapat makanan...

Kenangan sewaktu berumur 10 tahun cuti penggal persekolahan.....