Hadiah Yang Paling Perempuan Suka

by Zoul on 08 March 2009

Aku tak taulah samada anda, lelaki diluar sana telah ada yang punya, sedang cari untuk dipunya atau tak ada siapa yang sudi untuk dipunya. Tetapi untuk mereka-mereka yang sudah berpunya {isteri, tunang, aweks atau sedang mengusya}, pernah tak anda terfikir untuk memberi hadiah buat pasangan anda. Tidak kiralah untuk sambutan apa hadiah tersebut. Selalunya.. buat yang sedang bercinta, waktu ini lah kaum lelaki rajin memberi hadiah. Sanggup makan maggie selama setengah bulan semata-mata untuk membelikan hadiah yang 'grand' buat sidia.

Tetapi bila dah berumah tangga, jangan kan hadiah.. tarikh lahir isteri pun silap haribulan boleh terlupa. Ho ho buat kaum Adam jangan marah he.. ni kenyataan yang perlu diakui tau.. Tetapi, ada juga yang baik, hingga isteri/awek tak tau hadiah yang diberi tu sempena apa, sebab setahun hingga 14 kali beri hadiah {ayat nak jaga hati ni}.

Ok.. bercakap tentang memberi hadiah buat gadis/wanita yang tersayang, selalunya silelaki ni kurang peka apa hadiah yang patut diberi. Lelaki selalu beranggapan hadiah yang mahal merupakan pilihan sidia.. betul ke? Kita cuba lihat, kalau soalan ini ditanya pada lelaki dan wanita.. apa jawapan mereka.. {aku kutip dari sebuah forum} Aku buat kepada dua bahagian, lelaki dan perempuan..

Soalannya: Apakah hadiah dari pasangan anda yang paling anda impikan?

Jawapan perempuan:

1-Barang kemas atau bunga, terutamanya bunya rose

2-Novel cinta

3-Ciuman, pelukan, cinta, pendengar yang terbaik, dapat berbual dengan selesa, bunga dan cokelat atau pun rantai leher

4-Barang kemaslah..!!

5-Bunga.

6-Jangan anggap semua gadis atau wanita itu suka dengan bunga atau cokelat, bagi saya lebih baik barang kemas melainkan wanita yang dikenali tu memang tak suka barang kemas.. pelik sikit tu.. ha ha

7-Semuanya bergantung pada seseorang gadis atau wanita itu tapi saya belum pernah jumpa gadis yang menolak bila diberi barang kemas..

8-Kredit kad yang saya tak perlu fikir tentang nak bayar balik.

9-Kad ATM pun tak saya tak kisah..

10-Frame gambar, lilin yang diukir, losyen atau apa-apa barang untuk gadis.

11-Tiket konsert pun ok kan.

12-Shopping tanpa had..


Soalannya: Pada pendapat anda apakah hadiah kepada pasangan anda yang paling sidia impikan?

Jawapan Lelaki

1-Bagi hadiah kereta.. mesti dia suka

2-Aku hantar bunga setengah kedai pada dia

3-Saya takkan membelanjakan lebih dari RM20.00 untuk membelikannya hadiah.

4-Teddy Bear atau keychain

5-Saya belikan apa yang saya mampu pada waktu itu.. saya tak mahu sebab nak berlebih kemudian saya nampak macam papa kedana makan maggie jer.

6-Saya belikan barangan Gucci, chanel.. coach atau apa-apa saja lah.

7-Bagi bunga yang masih fresh dan wangi

8-Aku pernah belikan makwe saya kucing sebab dia suka kucing..

9-Tak mahu belikan apa-apa yang bernyawa atau mahal

10-Ipod, mp3.... pun boleh juga

11-CD...kot

12-Kenapa mesti nak beri hadiah.. dia tak pernah bagi aku hadiah pun..

Ok sekarang boleh tak anda bayangkan, yang mana satu jawapan di atas tu sesuai dengan anda atau pasangan anda? Atau mungkin ada yang lain...