Aku Tak Nak Kereta Proton

by Zoul on 17 February 2009

Ni kereta Proton MPV yang akan berada di jalan raya malaysia tak lama lagi. Harga yang aku diberitahu memang berbaloi. Nama dia ada nama pompuan sikit... Tak payah lah aku nak cerita panjang pasal asal usul atau identiti kereta ni.. aku rasa rata-rata orang malaysia dah tahu.. Salah satu kereta yang aku pakai sekarang ni adalah kereta proton. Aku memang menyokong slogan belilah barang tempatan...

Memandangkan kereta proton mpv ni pun akan berada depan mata kita tak lama lagi... kat sini aku mengimbas beberapa perkara yang melibatkan kualiti kereta keluaran proton yang telah lalu {yang aku ingat aje}. Bukan apa.. tujuan aku supaya proton tidak mengulangi perkara yang sama. Cuba kita tengok kereta mpv kat atas nih, dari segi rekabentuk luaran memang boleh dikatakan proton boleh berbangga lah.. maklumlah kalau nak dibandingkan dengan jenama lain yang ada di pasaran, proton ni masih dikira budaklah {budak tua}.

Walaupun masih budak, janganlah buat kesilapan yang berulang-ulang.. orang dah naik muak lah.. nasib baik kereta proton ni agak murah sikit jadi, adalah orang yang beli. Tapi kalau harganya sama dengan jenama lain yang lebih popular... mau hancuss.. Okay lah.. cuba kita ingat beberapa masalah dengan model kereta proton yang lepas yer..

1} Kereta Perdana: masalah yang besar pada gear boxnya.. sapa yang pakai kereta ni memang banyak duit punya sebab maintenance dia memang boleh tahan. Ini tak termasuk kuat metekedarah minyak tu..

2}Kereta Waja: masalahnya pada power window, tak habis-habis sangkut.. lepas tu masalah oil pumpnya yang kerap rosak.. jadi pada sesiapa yang menggunakan kereta waja, tetiba padam tengah jalan.. start tak boleh.. itu tandanya oil pump korang dah kondem... Tapi tak per aku ada satu tempat yang jual pump ni lebih murah dari harga pasaran {promosi plak}. Lagi satu absorber dia bunyi klekung klekang.. heh apala..

3}Kereta Gen2: masalah dia, absorber depan sangkut pada body waktu korner... ni lagi satu hal.. aku tak tau camne diorang ukur masa develop model ni sampai spring absorber boleh sangkut..
Pastu orang komplen seatnya macam kayu... keras

4}Kereta Persona: masalah dia, ada bunyi pelik kat bahagian depan waktu membelok ke kiri.. ada rasa drup drap kat stereng. Pastu ada bunyi decit-decit kat bahagian tempat duduk belakang.. ada masalah dengan aircond {tak silap aku ada kena mengena dengan hose yang digunakan}.. Lagi satu ada bunyi yang pelik waktu membrek....

5}Kereta Savy: masalahnya rekabentuk yang entah hapa-hapa.. pastu absorber belakang ada masalah bocor..

6}Kereta juara: Kereta robot transformer ala-ala townbox.. masalah pada brek drum dengan gear box... spare part mahal bagai nak rak...

7}Kereta wira: Yang ni kurang sikit masalah sebab mitsubishi masih jadi rakan kongsi katil proton .. cuma yang selalu jadi.. power window tak function dengan baik... cermin dah turun tak leh naik..

8}Service Center: Layanan kat servis center proton edar ker atau eon, sama ajer... tak mesra pengguna langsung...

Itu beberapa masalah kecik tapi menyakitkan hati yang aku harap tak akan jadi pada kereta mpv baru proton tu nanti... kalau korang ada lagi nak tambah {atau nak marah kat aku} silakan.....