Cikgu dan Tandas

by Zoul on 20 March 2010

 Entri ini di tulis di cuiit{dot}blogspot

Aku juga boleh dijumpai di oolat{dot}com


Atas kehendak beberapa orang pembaca jadi aku teruskanlah tulisan aku di cuiit{dot}blogspot..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam buat semua pembaca.


Kisah ku sewaktu darjah satu..


Entah apa salah aku, selepas pemilihan kelas dibuat aku telah diletakkan di kelas 1 D.. ingat tu satu D.. aduh bebal sangat ke aku ni. Bila aku dah dewasa baru aku tahu rupanya aku diletakkan di kelas satu D sebab aku ni murid yang bijak jadi tugas aku ialah membuatkan murid-murid yang lain menjadikan aku sebagai idola dan masing-masing menjadi pandai.. (amacam ok tak alasan aku..? ha ha)

Dalam kelas aku ada lebih kurang 30 orang murid (aku pun dah tak berapa ingat jumlah sebenar) dan nama cikgu aku ialah Cikgu Sabariah. Sewaktu mula-mula masuk kelas tu aku lihat semua murid-muridnya baik-baik belaka... senyap aje. Apa yang paling bestnya ialah aku ni sekelas dengan sepupu dan mak saudara aku.. Aku jadi murid femes sebab akulah murid yang paling riuh.

Untuk dijadikan cerita, pada hari pertama tu adalah seorang murid perempuan terkencing dalam kain (seluar dalam) sebab takut nak beritahu cikgu. Kemudian cikgu beri kebenaran pada murid tersebut balik ke rumah setelah ibu bapanya dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Dalam kelas aku tu ada seorang murid lelaki yang bernama Misli (bukan nama sebenar). Dia ni lebih nakal dari aku dan lebih agresif. Sedang semuanya senyap tiba-tiba..

"Cikgu.. " jerit misli sambil mengangkat tangannya.
"Ya.. ada apa misli..?" jawab cikgu.
"Saya nak pergi kencing ya.." kata misli
"Lain kali cakap.. saya hendak membuang air kecil.. tau.." jelas cikgu
"Baik..cikgu." jawab misli (macam baik aja)

Misli terus berlari keluar..
Tidak berapa lama selepas itu..

"Cikgu.. saya dah balik.." kata misli yang kelihatan termengah-mengah sebab kepenatan.
"Ha.. misli, kenapa berdiri di pintu tu? pergilah duduk." arah cikgu
"Tak boleh cikgu.." jawab misli
"Kenapa pulak ni.." kata cikgu sambil mendekali misli
"Saya terkencing dalam seluar.. cikgu." jelas misli sambil menunjukkan seluarnya yang basah.
"La.. macamana boleh terkencing ni..?" tanya cikgu
"Tadi masa saya nak masuk tandas.. tiba-tiba saya ternampak hantu.." kata misli
"Hantu.. biar betul kamu ni.." tanya cikgu lagi
"Iya cikgu.. tu sebab saya terkencing dalam seluar ni." jelas misli lagi.
"Dah la.. nanti saya beritahu ayah kamu untuk ambil kamu ya.." pujuk cikgu
"Tak payah la.. cikgu, saya boleh balik sendiri naik basikal." kata misli
"Baiklah.. tapi jalan elok-elok tau.." nasihat cikgu.

Tidak berapa lama kemudian sewaktu kami sedang belajar, seorang lelaki bersama-sama misli masuk kelas kami.

"Kenapa cikgu benarkan anak saya balik.." tanya lelaki tu yang aku kira ayah misli.
"Misli terkencing dalam seluar." jelas cikgu.
"Cikgu.. anak saya ni nakal sikit cikgu, dia menipu tu.." jelas lelaki tadi
"Menipu macamana..?" soal cikgu
"Tadi masa dia balik saya tanya dia kenapa dia balik.." terang lelaki tadi
"Dia beritahu kat kelas dia kalau sesiapa terkencing dalam seluar boleh balik, sebab dia nak balik dia buatlah cerita.." kata lelaki tadi lagi.
"Sebenarnya dia nak kencing dalam kelas, tapi tak terasa nak kencing.. jadi dia ambik air dalam tandas dan basahkan seluar dia supaya boleh balik.." terang lelaki tadi panjang lebar.
"La ia ke..." kata cikgu.

Empat tahun kemudian...

"Cikgu..!"
"Ya... zoul.." jawab cikgu
"Saya nak pergi tandas ya..." jawab zoul
"Baiklah.." jawab cikgu
Tidak lama kemudian...
"Cikgu.."
"Ha.. zoul.. kenapa tu?" tanya cikgu.

Cuba teka apa yang berlaku pada zoul...... hi hi