Korang dah tak de keja atau kuat ngular.. ini ada tips utk korang supaya bos tak perasan semua tu..
1. buat timbunan buku-buku di atas meja. Lagi tebal buku itu, lagi bagus.
2. Jangan kemaskan meja. Buatkannya seselerak yang mungkin. Kalau boleh,
sepahkan lagi dengan kertas-kertas projek, surat-surat rasmi yang
sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda..
3. Jika ditangkap sedang browse ke laman web yang tidak berkenaan dengan
kerja, sila beritahu yang anda sebenarnya sedang belajar software baru.
4. Bawa 2 sweater/kot yang serupa ke pejabat. 1 tinggalkan di kerusi, dan
1 lagi untuk anda ketika pulang. Ini untuk memperlihatkan yang anda
seolah-olah masih ada di pejabat ketika lewat petang, walhal pada masa itu
anda sudah tiba di perkarangan rumah.
5. Sentiasa kerutkan muka dan buat catitan di kertas jika menerima
panggilan henpon, meskipun panggilan itu dari bini anda atau mertua yang
menanyakan perkara yang tiada kaitan langsung dengan kerja.
6. Sentiasa mengeluh dan memicitkan dahi ketika waktu pejabat untuk
meyakinkan bos yang anda sebenarnya sedang memikirkan penyelesaian kepada
masalah pejabat, sedangkan sebenarnya anda tengah berfikir nak makan apa
malam nanti.
7. Buat muka garang dan serius ketika menulis artikel TKO atau email yang
tidak berkaitan dengan kerja, supaya rakan sekerja di depan anda
menyangkakan yang anda sedang sibuk gila dengan tugas.
8. Sentiasa off henpon ketika waktu pejabat (seboleh mungkin) supaya semua
semua call masuk ke voicemail dan jangan lupa meletakkan voicemail yang
berbunyi 'Sila tinggalkan pesanan anda dan saya akan membalasnya dengan
seberapa segera kerana sekarang saya sedang menghadiri mesyuarat penting.'
--- Tip di atas cuma berlawak sahaja. Kerja lah dengan penuh attitude dan
ikhlas supaya mendapat gaji yang 100% halal. ---
{ 3 comments... read them below or add one }
Miahahaha....kdg2 je wat pe'el camni...xpecially time tgh serabut otak...
=p
ahahaha..
berkhidmat untuk opis
:)
hahahha... nak buat cm2 bley.. tp jangan slalu.. gunakan banyak2 taktik...
Nota utk nazz: x baik taw wat cm2... :-)
Post a Comment