Nama ku 'pusti'. Aku kucing kesayangan tuan aku, sehinggakan tempat tidurku diperbuat dari bantal empuk yang berisikan kekabu burung. Aku bebas ke sana dan kemari di dalam rumah atau pun di luar rumah tuan aku ini. Waktu pagi aku pergi ke bekerja bersama-sama rakan-rakan kucing ku yang lain. Aku bekerja demi mencari sesuap makanan untuk perutku. Namun begitu tuan aku tak pernah mengabaikan aku. Setiap pagi dan petang aku akan diberi makanan yang enak-enak belaka...
Balik dari bekerja aku akan berehat di depan rumah tuan aku atau aku akan bersembang dengan rakan-rakan aku. Ianya berlarutan hinggalah ke malam. AKu ada satu hobi yang aku sedar dari aku kecik sampailah aku dah besar panjang. Hobi aku... menonton TV. Tapi bukan semua rancangan yang aku minat, aku hanya suka menonton rancangan gusti dari WWE. Dahulu ia dipanggil WWF, tapi entah kenapa tiba-tiba mereka menukarkannya ke WWE.
Dahulu sewaktu ia digelar WWF, jangan sembang besar la dengan aku sebut sahaja siapa penggustinya aku boleh ceritakan dari A sehinggalah Z tentang penggusti itu. Sebut siapa.. Hulk Hogan, King Kong Bundy, The Under Taker, The Ultimate Warrior... ada ramai lagi lah.
Sebenarnya aku suka menonton rancangan gusti ni kerana aku hendak menimba ilmu mengganyang. Aku akan meniru segala pergara yang aku telah tonton sewaktu 'bergaduh' dengan kucing-kucing yang lain. Tapi itu dulu lah... Sekarang aku rasa aku dah tertipu oleh rancangan gusti ni. Aku merasa jelik, benci, menyampah dan meluat bila saja aku dengar perkataan WWE.
AKu nampak semuanya sudah tidak masuk akal, walaupun aku hanya berakal kucing. Mana mungkin orang yang sudah dibelasah separuh nyawa boleh jadi kuat semula dengan hanya penonton menjerit memanggil namanya. Kucing pun tak boleh buat semacam itu walaupun kami ada tujuh nyawa (kata orang). Lagi satu yang aku meluat.. Mr Mc Mahon, bos WWE tu. Kereta dah kena letup pun tak mati-mati lagi... logik ke?
Dalam WWE juga, ada sahaja cara yang dibolehkan supaya satu-satu penggusti tu boleh menang. Dengan syarat, mesti baik dengan keluarga Mc Mahon. Sekarang aku dah tak menonton WWE lagi sebab aku tahu aku ni dah kena tipu hidup-hidup. Sekarang aku dah ada rancangan yang aku suka dan lebih baik dari WWE. Nak tahu apa dia... rancangan Mari Mengaji. Untuk kucing-kucing di luar sana tu, mana yang masih tergila-gilakan Edge, Jeff Hardy (yang baru-baru ini kemalangan.. katanya..entah betul entahkan tidak) atau lain-lain penipu tu, lupakan aja lah. Buat lah kerja yang lebih berfaedah ya..
Cuiit sikit..
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment