HTML Code At Blog Posts

by Zoul on 21 March 2009

Ini post bidan terjun.. ada kawan kita yang nak letakkan kod html dalam blog post beliau tetapi, bila publish post sahaja kod tersebut telah ghaib. Jadi terpaksalah beliau menunda post tersebut sehingga masalahnya selesai. Sebenarnya tidak ada apa yang berlaku pada blogger atau template nya ya bro ******. Sebenarnya kod html kalau diletakkan pada blog post akan dianggap sebagai sebahagian dari kod posting jadi ia takkan kelihatan dalam blog post.

Oh ya ini contoh kod HTML

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<p><data:post.body/></p>

Untuk memastikan kod ini kelihatan pada blog post, kita perlu..
buangkan semua simbol < dan > yang terdapat dalam list kod tersebut dan gantikan semuanya kepada & g t ; dan & l t ; barulah kod tersebut boleh kelihatan pada blog post anda.

Atau jika anda rasa simbol tersebut terlalu banyak dan letih untuk menukarkannya, copy semua kod tersebut dan masuk ke sitecentricle, kemudian paste kod tersebut di page yang disediakan. Apa yang anda perlu buat seterusnya adalah menekan butang Encode dan kod tersebut akan di convert secara online. Jika anda menekan butang Decode, kod tersebut akan kembali kepada bentuk kodnya yang asal. Centricle merupakan site yang menyediakan perkhidmatan Encode / Decode HTML Entities secara percuma. Sebenarnya selain Centricle, ada banyak lagi site yang menyediakan perkhidmatan yang serupa.

Copy dan paste kan kod tersebut pada post anda.

Ini rupa site centricle.