How To Save Your Sidebar Content

by Zoul on 22 March 2009

Anda sudah jemu atau getting bored dengan blog template anda? Anda teringin untuk menggantikannya dengan template yang baru. Tetapi anda ada satu masalah iaitu malas untuk memasukkan semula kandungan sidebar template anda dari yang lama ke template baru. Sebenarnya kita tidak perlu berbuat demikian.

Dengan cara di bawah ini kita boleh tukar template kita sehari 3 - 4 kali pun boleh tanpa mengubah kandungan sidebar. Ok.. ini yang kita perlu buat:

1-Login ke Blogger -> Layout -> Edit HTML

2-Klik pada Download Full Template sebagai langkah berjaga2 jika berlaku sesuatu yang tidak diingini sewaktu kita edit kod HTML template blog {save dengan nama yang senang kita ingat contohnya beri nama sama dengan nama blog kita}













3-Klik atau tanda centang pada Expand Widget Templates

4- Cari kod di bawah ini {gunakan Ctrl dan F bagi pengguna Firefox untuk lebih mudah}

<div id='sidebar-wrapper'>

5-Dan di bawahnya kita cari kod ini

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

6-Kemudian di bawahnya cari kod yang bermula dengan

<b:widget id=........

7-Bermula dari widget id kod yang di atas itu sehingga kod
</b:widget>
</b:section>
</div> (kod ini berada dikedudukan bawah sekali)

hendaklah dicopy dan paste kan di notepad atau wordpad

8-Langkah seterusnya ialah uploadkan template yang baru dan kita akan mendapat mesej seperti di bawah ini.


















9-Jangan savekan template tadi. Apa yang perlu kita buat ialah pada template yang baru kita buat perkara yang sama iaitu cari sehingga jumpa kod

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

dan bermula dari kod

<b:widget id=

hingga

</b:widget>
</b:section>
</div> (kod ini berada dikedudukan bawah sekali)

hendaklah didelete dan digantikan dengan kod yang kita copy dari notepad tadi.

10-Sekarang preview.. kita akan nampak sidebar template kita telah ada kandungan yang sama dengan sidebar template yang terdahulu manakala kandungan sidebar template yang baru telah terpadam.

11-Tetapi jika kita tidak mahu memadam kandungan sidebar template yang baru, kita hanya perlu pastekan sahaja kod html yang lama tadi di atas kod
</b:widget>
</b:section>
</div>
yang terakhir tetapi kita perlu pastikan tidak ada widget id yang sama. Widget id adalah nombor yang terletak selepas kod ini ( <b:widget id= ) jika ada yang sama kita kena tukar kepada nombor yang baru (contohnya dari nombor 1 kita boleh tukar jadi 11 atau apa-apa nombor asalkan tidak digunakan secara berulang)

10-Jika selepas preview semuanya dalam kedaan yang memuaskan hati, maka bolehlah disave template tadi.

Selamat mencuba..