Malunya Aku

by Zoul on 06 March 2009

Salam.. rasanya dah tiga empat hari aku tak post apa-apa entry kat sini.. bukan sibuk.. tetapi menyibuk.. aku menyibuk dengan apa yang berlaku sekarang ni. Sebagai rakyat malaysia sejati {bukan PATI tau} aku sekadar ingin meluahkan apa yang berbuku di dalam hati aku ni..

Aku kan rakyat yang perihatin.. jadi tak salah rasanya kalau aku nak meluahkan rasa hati aku ni kan...

Betul aku malu...









Aku malu ...

  • Bila pemimpin yang kita pilih 'bertumbuk' sesama sendiri di Dewan yang sepatutnya dihormati {Inilah namanya kepimpinan melalui tauladan.. kan kan} Kalau dulu aku gelak bila tengok ahli parlimen korea atau taiwan bertumbuk.. sekarang orang gelakkan kita pulak..
  • Bila rakyat lebih dengar cakap pengulas di TV... dari apa yang perdana menteri beritahu.. apa nak jadi ni.. TV lagi 'power'?
  • Bila rakyat lebih pandai melawan sultan tapi macam tikus bila berdepan dengan boss jepun mereka {di tempat kerja}
  • Bila rakyat malaysia dah ramai jadi kaya dengan bercerai, sekali saman tak cukup sejuta..
  • Bila pemimpin dah tak anggap pentingnya pandangan rakyat, sedangkan kita yang pilih mereka {lupa daratan betul}
  • Bila orang Islam lebih ramai yang miskin kedegaq sedangkan kutipan zakat berbillion..
  • Bila pemandu disaman kerana tak pakai tali pinggang keledar oleh 'pak polisi' yang sama tak pakai tali pinggang keledar.
  • Bila perempuan 'bercouple' dengan perempuan sedangkan ramai lelaki yang belum penuh pun 'kuota'..
  • Bila lelaki 'bercouple' dengan lelaki sedangkan ramai perempuan yang 'terpaksa' cari perempuan buat 'couple'..
  • Bila perempuan lebih ramai yang masuk universiti.. sampai orang kata lelaki di malaysia dah 'pupus'..
  • Bila budak-budak dah pandai kurang ajar sebab tengok menteri pun cakap dengan cara yang sama..
  • Bila menteri sibuk pasal 'kerusi' sedangkan rakyat yang kerja berdiri sekarang ni pun lebih banyak 'diberi cuti' dari kerja..
  • Bila orang sibuk kutip derma untuk palestin tapi tak ada yang nak kutip derma untuk rakyat malaysia yang tinggal dalam pondok dibuat dari buluh..
  • Bila kena bayar duit parking tapi tak tau duit tu untuk perkhidmatan apa yer..
  • Bila dalam perniagaan memang orang melayu 'agak' ketinggalan.. dan yang 'pedihnya' sekarang ni dalam sukan pun kita dah 'hanyut'..
  • Bila aku dah tak dengar lagi ulasan tentang 'review' harga minyak yang katanya akan di'review' sebulan sekali.. sebab minyak dah murah sangat ke atau aku yang jarang tengok TV..?
  • Bila video lucah remaja melayu seminggu lebih banyak diproduksikan {bluetooth aja} dari filem-filem melayu setahun..
  • Bila lebih ramai bertudung yang berpeluk-peluk dikhalayak ramai dari yang pakai skirt..
  • Bila aku lebih banyak baca entri orang dari buat entry sendiri.. hik hik hik