Shout Box Tak Guna (Bah 2)

by Zoul on 11 April 2009

Apa ni lagi-lagi pasal shout box, dah tak ada tajuk lain ke? Agaknya tu lah yang korang fikirkan.. Sebenarnya sejak dari mula aku berkecimpung dalam bidang 'duduk dan mengadap monitor' ni aku selalu memerhatikan shout box blog kawan-kawan. Ada pro dan kontranya.. Ada satu ketika aku dapat sikit duit dengan klik pada iklan yang diletakkan pada shout box. Maksud aku, bukan klik aja dapat duit tetapi itu merupakan salah satu jalan untuk buat duit. Sebab itu shout box itu masih lagi digunakan sebagai salah satu 'marketing strategy' oleh mereka yang menjalankan online business. Ok lah tu kan... tapi yang tak bestnya...SPAAAMMMM..

Aku ada satu cerita yang aku sendiri tak tahu nak klasifikasikan sebagai lucu atau menarik atau apa-apa lah. Ini tentang seorang sahabat aku yang baru nak berjinak-jinak dengan berblog (kira-kira setahun setengah yang lalu). Aku gelarkan dia ni mat tunduk... sebab kalau dia dah baca buku atau sedang buat apa-apa.. dia akan tunduk tak toleh kiri-kanan lagilah. Senang cerita orang yang tekun bila buat apa-apa pun. Begitu jugalah dengan berblog ni. Sebelum dia pegang PC dia dah berulang berjumpa dengan kawan-kawan bertanya itu dan ini tentang blog.

Setelah dia yakin yang dia telah benar-benar faham.. dia buka satu blog dengan Wordpress. Dia cuma buka aja.. sebab tiba-tiba hilang idea apa yang nak diisinya. Jadi untuk menyelesaikan masalah dia, apa lagi blog hopping la.. Dia buka dan baca blog orang lain untuk mendapatkan idea.. sehingga lah dia terjumpa sebuah blog yang menarik minatnya. Macam biasalah bila kita masuk blog orang dan ada shout box.. "salam singgah..." itu ayatnya. "Singgahlah..." tiba-tiba ada respon sebab tuan rumah tengah online rupanya. Dia pun mula lah bertanya itu dan ini.. dipendekkan cerita.. dari shoutbox dia ber 'YM'... lepastu bertelefon dan sms....... sehinggalah bulan lepas aku dapat kad jemputan kawin dari dia... Hebatkan... dari shout box hingga berumah tangga..

Itu yang aku kira positif.. Yang tak bestnya bila ada unsur negatif yang keterlaluan pada shout box kita. Contohnya ada yang mengutuk blog kita secara terbuka dan keterlaluan dan tanpa meninggalkan link. Memang benar blog itu adalah blog kita dan kita berhak untuk buat apa pun.. tetapi perlu diingat blog kita itu umpama sampah kalau tak ada yang hendak membaca atau menghargainya. Oleh itu mungkin kita akan menjadi serba salah untuk menjawab segala tuduhan atau kutukan yang dibuat sebab ia boleh menyebabkan suasana yang kurang selesa buat pengunjung yang lain (kerana shoutbox adalah terbuka). Jadi apa perlu kita buat? Biasanya tuan rumah akan block atau blacklistkan mereka.. tetapi perlu diingat shoutbox ada banyak cara untuk kita ekses sebab ia tak perlukan id atau register untuk komen.

Jadi untuk mereka-mereka yang tak berpuashati dengan satu-satu blog gunakan cara yang lebih berhemah samada kita hubungi terus tuan rumah dengan email atau YM atau apa-apa kaedah asalkan bukan secara terbuka. Ada juga yang gunakan blog dia sendiri untuk kutuk atau komen atau membuat tuduhan terhadap blog orang lain. Terserahlah itu blog korang dan korang yang bertanggungjawab dengan segala isi kandungnya. Dan untuk tuan rumah yang kena kutuk, kita kena layan mereka-mereka yang seperti ini secara bijaksana.. jangan layan sangat melalui shout box.. ini akan menyebabkan pengunjung blog kita terbahagi kepada dua bahagian... yang Pro dan yang Kontra... fikirkanlah...