Encik Blogger Mintak Tolong

by Zoul on 01 May 2009

Korang baca tak artikel dari BLOGGER BUZZ? Sekarang ni Blogger sedang meminta pendapat dan cadangan dari semua Blogger bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Pada mereka yang sebelum ini kurang berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh BLOGGER, boleh lah meluahkan perasaan korang pada mereka. Aku tahu ramai blogger yang menggunakan platform BLOGGER ada perasaan kurang puashati dengan apa yang disediakan oleh BLOGGER pada masa ini.

TEAM BLOGGER tengah serius tu.. jadi ambil lah peluang ini untuk menyampaikan idea korang pada mereka. Mereka mahukan idea tanpa mengira dari aspek mana pun. Kalau nak, korang boleh bagi idea tentang feature baru pada mereka. Atau mungkin idea tentang widget atau gadget baru untuk diletakkan sebagai BLOGGER GADGET. Caranya, sign in ke akaun Google korang lepastu
masuk ke product idea page dan hantarlah idea korang dan korang juga boleh mengundi idea orang lain yang korang suka.
Senang aje kan caranya.. tapi seperti yang telah dijangka, memang banyak idea yang telah dihantar oleh blogger seluruh dunia. Ada diantara idea mereka memang sepatutnya telah dilakukan oleh BLOGGER sejak lama dulu kerana ia memang perlu dan berguna untuk blogger.
Tengok SINI kalau tak percaya... dan apa yang aku perasan, kebanyakan idea mereka banyak menjurus kepada ala-ala Wordpress.

Jadi.. apa tunggu lagi.. masuk SINI dan luahkan perasaan korang.. mintaklah apa pun untuk BLOGGER sediakan.. Kalau aku.. aku nak mintak semua yang ada pada wordpress disediakan pada BLOGGER... (mau mengamuk BLOGGER...)

Pos Idea dan Vote sekarang...