Apahal Contest Aku Tak Laku

by Zoul on 30 April 2009

Aku percaya anda mesti selalu terjumpa blog-blog yang mengadakan pertandingan atau contest. Kalau hadiahnya best atau contestnya best.. aku rasa anda memang tak lepaskan peluang punya. Tetapi.. perasan tak, dalam banyak-banyak blog yang mengadakan contest bukan semuanya mendapat sambutan. Ada yang disertai oleh para pengunjung dengan meriah sekali manakala ada yang sebaliknya.. kenapa ini berlaku? Adakah disebabkan oleh hadiah yang ditawarkan atau contest tersebut kurang menarik.
Ada juga rakan blogger yang berpendapat bahawa mengadakan contest ini cuma membuang wang dan waktu sahaja. Sebenarnya pendapat ini kurang tepat, jika anda adalah blogger yang mahukan traffic atau pengunjung yang tinggi ke blog anda salah satu cara yang disarankan adalah dengan mengadakan contest. Ini kerana jika contest tersebut dilakukan dengan cara yang terbaik blog anda akan:

1- Menghasilkan traffic dan backlink

2- Membina dan mengembangkan komuniti serta pembaca blog anda

3- Anda akan lebih rapat dengan pengunjung atau pembaca blog anda

Itu jika contest anda berjaya.. bagaimana pula jika sebaliknya? Baik, untuk memulakan pertandingan atau contest juga tidak boleh dilakukan secara membabi buta (orang buat contest aku pun nak juga...). Ia hendaklah dirancang dengan baik walaupun tidak perlu terlalu teliti. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum melancarkan contest anda:

1-Rancangkan apa jenis contest yang hendak dilancarkan itu.

2-Rancangkan kriteria contest tersebut

3-Rancangkan jenis hadiah dan kosnya

4-Baca blog lain yang juga sedang mengadakan atau telah mengadakan contest untuk mendapatkan idea.

5-Tulis entry yang menarik tentang contest anda (perlu diingat salah satu sebab orang tidak mahu menyertai contest adalah penerangan atau marketing untuk contest tersebut kurang mantap)

6-Buatkan sticky post untuk contest anda samada di sidebar, header atau post header.

Apakah kaedah contest yang popular?
Biasanya sesuatu contest yang disertai menghendaki peserta menulis post tentang contest tersebut di blog masing-masing dengan meletakkan sekali link kembali ke blog yang mengadakan contest.. itu yang paling popular. Tetapi anda juga boleh menggunakan kaedah yang berbeza..
contohnya:

1-Pembaca perlu membuat komen yang terbaik dan meletakkan link blog anda dalam blog mereka.

2-Buat pertandingan top commentators untuk satu-satu jangkamasa

3-Menggunakan twitter sebagai contest medium dan sebagainya.. (dengan idea anda)

Berapa kerap perlu mengadakan contest?
Ini bergantung pada tujuan anda membuat contest.. jika sekadar untuk suka-suka, anda boleh mengadakannya pada bila-bila masa.. tetapi jika untuk traffic:
-Periksa traffic yang mengujungi blog anda secara berkala dan perhatikan adakah ianya mula menurun jika ya.. anda boleh memulakan contest yang baru.

Berapa nilai hadiah yang sepatutnya ditawarkan?
Ianya bergantung kepada jenis contest anda.. adakah ianya sangat senang, agak susah dan sukar. Jika contest anda itu kategori sukar, pastikan hadiahnya juga agak lumayan atau tiada siapa yang akan menyertai contest anda.
Ini akan menyebabkan anda rasa.. berblogging itu 'boring..'

Oklah itu sahaja rasanya karutan ku.. kalau ada kekurangan atau yang tertinggal atau ada contest idea, sila bantu aku dengan menulisnya di ruangan komen..