Selepas memperkenalkan komen dan borang komen di bawah posting, pihak Blogger telah mengumumkan penampilan avatar atau imej profil disamping pengomen. Bagi blogger yang menggunakan template standard apa yang diperlukan hanya perlu masuk ke Dashboard klik Setting kemudian klik Comments dan tandakan Yes pada ruangan Show profile images on comments? dan sepatutnya avatar pengomen akan terpapar.
Jika tidak, masuk ke Layout klik Edit HTML pada dashboard dan click Revert widget template to default yang terletak di bahagian bawah. AWAS! ini hanya sesuai jika anda menggunakan template yang standard atau yang bukan customised. Bila langkah ini dilakukan, sepatutnya avatar akan mula terpapar.
Tetapi jika anda menggunakan template pihak ketiga atau customised template mungkin foto atau avatar pengomen anda tidak terpapar. Ada satu cara untuk mengatasi masalah ini...
Ini langkah-langkah nya:
1-Masuk ke Layout dan Edit HTML pada Blogger dashboard dan tandakan centang pada kekotak Expand widget templates.
2-Gunakan kedah carian dan cari kod di bawah ini
<dl id='comments-block'>
3-Gantikan kod tadi dengan kod ini
<dl expr:class='data:post.avatarIndentClass' id='comments-block'>
Nota: Jika template anda menggunakan dv dan bukannya dl, tinggalkan kod dv tetapi gantikan kod yang lainnya
4-Kemudian cari kod ini
<a expr:name='data:comment.anchorName'/>
5-Di atas kod tadi.. tambahkan kod di bawah ini
<b:if cond='data:comment.favicon'>
<img expr:src='data:comment.favicon' height='35px' style='margin-bottom:-2px;' width='35px'/>
</b:if>
<a expr:name='data:comment.anchorName'/>
<b:if cond='data:blog.enabledCommentProfileImages'>
<data:comment.authorAvatarImage/>
</b:if>
Jika anda menggunakan author comment highlighting pada template anda, cari kod ini
<a expr:name='data:comment.anchorName'/> dan letakkan kod tadi sekali lagi di atasnya.
6-Sekarang save kan template anda dan avatar sepatutnya telah kelihatan pada ruangan komen.
Salam dan selamat mencuba...
{ 5 comments... read them below or add one }
terima kasih kerana memberikan input2 dan ruangan ilmu kepada pembaca. Tahniah
oh..bukan smeua mcm tu ke?
Fly
Terima kasih di atas komen anda...
Lifesaver
Tidak pada semua template.. tapi kalau dah buat cara yg standard tp tak jadi... maknanya kena buat cara manual seperti di atas.
Your information is really very useful for me because i m also a web designer. Thanks.......
Post a Comment