Masalah Orang Kita

by Zoul on 09 October 2009

Salam buat semua... Macamana aku boleh berbulan terlupa dengan blog aku ni? Hmmmm.. entah lah..
Sebenarnya aku sibuk sejak beberapa bulan yang lalu sampai aku terlupa nak mengucapkan beberapa
"selamat" buat kengkawan.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Selamat Menyambut Hari Raya dan lain-lain selamat lah (aku compile kan sekali).

Sebenarnya sejak beberapa bulan yang lalu aku sibuk membantu member
aku membuka sebuah restoran baru. Aku pun tak tau, nak kata baru bukan baru... nak kata lama pun bukan lama. Aku pun bukannya pandai sangat dalam berniaga ni, setakat tolong tengok aje yang mampu aku buat..hi hi. Orang dah beria-ia mintak tolong.. aku pun bantai je lah.

Aku nak cerita sikit pasal member aku ni.. Dia dah mula berniaga restoran ni dah lama dah. Memula kat gerai kecik dengan menyewa tapak orang kampung...
adalah dalam setahun setengah. Bila tuan tanah kedawong tu tengok kat situ ada potensi buat untung, dia pun apalagi, mintaklah member aku tu keluar cari tempat lain sebab dia pulak nak berniaga kat tapak tu. Cis tak guna punya tuan tanah! Dengan berat hati, member aku tu cari lah tapak lain pulak.

Alhamdulillah.. dapat tapak baru... kali ni dia menyewa kedai separuh batu separuh papan. Memang betul apa yang dikata, rezeki tu ada dimana-mana asalkan kita mahu berusaha. Kali ni dapatlah member aku tu berniaga selama dua tahun lapan bulan. Senang cerita.. dah ada pelanggan tetap lah. Tetapi malang sungguh.. pisang berbuah dua kali. Kali ni anak tuan kedai pulak buat hal... tak boleh tengok orang lebih sikit. Mungkin sebab dia rasa kalau berniaga sendiri boleh buat untung... budak tu pun cucuk bapak dia supaya member aku tu berpindah...

Memang betul-betul haru dibuatnya. Tuan kedai cuma bagi tempoh tiga hari supaya kedai dikosongkan. Memang malang sungguh sebab member aku tu tak buat sebarang perjanjian bertulis dengan tuan kedai. Jadi.. apa lagi berpinar mata member aku tu cari kedai baru. Peh! memang dah rezeki dia.. kebetulan ada kedai kosong tak jauh dari situ yang nak disewakan. Sewa pulak boleh tahan RM800 aja sebulan.

Berpindah lah lagi member aku tu... Kali ni member aku tu ada masalah lagi dengan tuan kedai. Masalahnya, baru sebulan berniaga, tuan kedai dah naikkan sewa dari RM800 melompat ke RM1300. Bukan tu aja, tiap-tiap hari dok datang kacau. Member aku tu cubalah bertahan... Tapi selepas tujuh bulan berniaga kat situ..pisang berbuah tiga kali. Tuan kedai nak batalkan perjanjian sebab dia pulak nak berniaga kat kedai tu. Alasannya, anak jantannya dah tak ada kerja (baru kena buang kerja)...

Berpindah lah lagi member aku tu... Kali ni berpindah ke sebuah kedai setingkat dengan sewanya RM1200 sebulan. Aku pun tak tahu berapa lama dia dapat bertahan kat kedai baru tu. Entah-entah bila kedainya dah maju... nenek tuan kedai pulak suruh dia pindah.. tak tau lah. Itulah orang kita, bila tengok orang lain senang.. mula pakai akal setan...

Aku dah berpakat dengan member aku tu... kali ni kalau kena pindah lagi.... KITORANG BELI KEDAI SENDIRI....

Salam.....

{ 15 comments... read them below or add one }

said...

selamat muncul kembali ke alam blog

^_^

kak lela said...

itulah ..metaliti orang kita, sampai bila2 takkan berubah, susah untuk berubah atau sengaja tak mau berubah, btw selamat kembali berblog,

:::jillian de jill::: said...

lm x blog!!!

chekgu Bani Hassim said...

busuknye hati...
takpe, selagi masih tekun berusaha semuanya akan bagi pulangan yg baik...

Nine said...

selamat kembali Nazz..

patut la lama tak on9..bz tolong bisnes rupanya...

aku plagiat skit ritu artikel ko..

sori ok...

Anonymous said...

jual apa member ko?

Zoul said...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠

Mekasih yer..

Zoul said...

kak lela

Sedih... sedih... bila bangsaku nak berubah jadi baik nih? Walau apa pun mekasih.

Zoul said...

kak lela

Sedih... sedih... bila bangsaku nak berubah jadi baik nih? Walau apa pun mekasih.

Zoul said...

:::jillian de jill:::

He he.. sibuk la, mengalahkan presiden AS.. hik hik

Zoul said...

chekgu BaniHassim

Ye betul.. dan jangan lupa memohon keberkatan dari Allah taala..

Zoul said...

Nine

Mekasih.. yg tu bleh jer takde masalah..

Zoul said...

Lifesaver

Restoran apa jer.. dari nasik campur, sea food, burger, roti canai dll (belasah jer)

Zul said...

serius...
mmg 2 sifat orang melayu..
x boleh tgk orang senang skit..
bukan nak tanya atau minta pendapat..
tapi wat taik lagi ada..

Zoul said...

Zul..

Macamana agaknya hendak mengubah semua ni..?

Post a Comment