Salam buat semua... hampir dua bulan aku kehilangan mood untuk meng-update blog ini.. bukan kerana aku malas... bukan kerana aku ketandusan idea... bukan kerana aku sibuk main game di 'facebook'... Semuanya telah ditentukan oleh Ilahi untuk aku meghadapi semua ini. Jika sebelum ini abah aku menghadapi masalah kesihatan sehingga terpaksa dirawat di hospital HTAR Klang. Selepas dirawat dan sehingga kini abah perlu berulang alik 3 kali seminggu ke pusat dialisis.. atau ayat mudahnya 'pergi cuci darah..' kerana masalah buah pinggang. Itu ujian yang perlu dihadapi oleh kami sekeluarga, terutamanya abah dan mama aku.
Dalam tempoh dua bulan yang lepas, sekali lagi aku 'hadapkan' pula dengan satu lagi ujian.. kali ini penyakit mama aku pula bertambah teruk. Sebenarnya aku ni 'manja' sikit dengan mama aku (walaupun janggut dah putih..). Jadi apa yang berlaku pada mama aku banyak memberi kesan pada aku, hingga untuk meng up-date blog pun jadi malas. Ada tak ada.. untuk sesekali aku tukar template blog aku tanpa aku up-date kandungannya.
Mama aku banyak berkorban untuk abah.. sebenarnya sebelum abah sakit.. mama terlebih dulu menderita masalah sendi. Bila kami adik beradik bercadang menghantarnya ke hospital, mama menolak dengan alasan "nanti sapa nak jaga abah korang..!". Bila abah masuk wad, setiap hari mama datang menemankan. Bila abah dah keluar dari wad.. sekali lagi mama menolak bila kami ajukan hasrat kami untuk membawanya ke hospital. Alasannya.. "nanti sapa nak jaga abah korang..!" Kami terpaksa beralah lagi..
Beberapa bulan selepas itu penyakin mama semakin teruk.. kadang-kadang mama langsung tidak boleh berjalan. Sekali lagi kami dengan sedikit 'keras' hendak membawa mama ke hospital. Mama tak mau! Penyakit mama bertambah teruk. Kami jemput doktor datang ke rumah.. Kata doktor.."kena bawak ke hospital ni.. untuk rawatan rapi.." Kami cuba paksa mama.. tapi mama menangis dan menolak mentah-mentah. Kami kalah lagi.
Sehinggalah tarikh 15hb Disember 2009... kami berjaya membawa mama ke hospital.. itu mungkin disebabkan mama sudah tidak dapat menanggung sakit. Mama sendiri yang meminta supaya dibawa ke hospital. Sekali lagi aku adik beradik menjadi pengunjung HTAR Klang. Abah tidak dapat menjenguk mama kerana abah sendiri sudah tidak begitu 'kuat'. Jadi kami adik beradik bergilir menjaga mama. Pada 19hb Disember 2009 pada pukul 12.00 tengahari.. adik menelefon dari hospital. "Abang.. mama tanya kenapa hari ni abang tak datang?" Aku cakap "Insyaaalah esok abang datang.. abang baru perasan road tax kereta abang dah kong.. motor pulak tengah semput". Sebenarnya aku tak beritahu yang aku pergi hantar kereta untuk dibaiki kerana masalah over heating dan road tax sememangnya baru 'kojol'.. 'Macamana aku boleh tak perasan road tax dah nak 'mati nih'.." bisik aku.. Jadi, hari itu aku tidak menjenguk mama...
Pada 20hb Disember 2009, pukul 3:00 pagi... adik aku telefon dari hospital. "Bang! mama ada masalah jantung.." sekarang doktor tengah 'buat keje'.. Aku telefon semua adik beradik aku minta mereka doakan keselamatan dan kesihatan mama. Aku bersiap untuk pergi ke hospital. Sudah satu hari aku tak menjengok mama. Tiba-tiba.. sekali lagi handphone aku berdering.. Waktu itu lebih kurang pada pukul 3.30 pagi.. "Hello..!" kataku.. "Bang.." dengan nada sayu dan teresak-esak.. "bang.... mama dah tak ada...". Aku tergamam.. ah.. tak mungkin. Aku minta adik aku ulang sekali lagi. Kali dengan meraung.. "BANNNGG! MAMA DAH TAK ADA BANG...!". Walaupun aku sendiri rasa tak keruan.. aku terpaksa menenangkan adik aku supaya bersabar dan menerima ketentuan Ilahi. Rupanya mama telah mengalami komplikasi jantung dan doktor tidak dapat menyelamatkan mama.
Aku beritahu semua adik beradik dan saudara mara yang lain... Aku buat segala urusan untuk membawa pulang jenazah mama. Lebih kurang pada pukul 8.00 pagi aku sampai kerumah mama dengan menaiki van jenazah bersama-sama arwah mama dan dua orang adik aku. Hujan gerimis mula turun.. perkarangan rumah mama telah dipenuhi orang ramai. Abah dengan bersusah payah dengan dipimpin membuka plastik penutup jenazah mama. Abah menangis.. ini kali kedua aku lihat abah menangis selepas kematian atuk. Innalillahiwainnailaihirajiun... tak apa abang dah relakan 'yang' pergi.. Kemudian abah terduduk.. Segala urusan menguruskan jenazah diteruskan.
Lebih kurang pada pukul 11.30.. mama telah selamat disemadikan ditanah perkuburan yang terletak satu setengah kilometer dari rumah mama. Aku kini anak yatim.. Aku tetap sayangkan mama.. dan aku kagum dengan mama.. walaupun sakit, mama tetap berusaha menjaga abah tanpa menghiraukan dirinya... Ya Allah, jauhkanlah dari ibuku seksaan kubur, kau tempatkanlah roh ibuku dikalangan mereka yang beriman, mudahkanlah urusan ibuku sewaktu dipadang mahsyar, tetapkanlah dan selamatkanlah ibuku sewaktu di titian siratalmustakim dan tempatkanlah ibuku di dalam syurga bersama-sama mereka yang Engkau sayangi... Amiiinnn..!
Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang telah bersama-sama membantu menguruskan jenazah ibuku dari mula hingga akhir. Aku juga memohon maaf pada mereka yang terpaksa berkumpul di bawah khemah kerana rumah mama telah dipenuhi orang ramai. Aku memohon ampun dan terima kasih pada mereka yang bersama-sama menyembahyangkan mama dan terpaksa berhimpit-himpit. Terima kasih juga pada mereka yang membantu dalam urusan kenduri arwah mama...Hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa kalian.....
{ 11 comments... read them below or add one }
takziah, semuga roh ibu saudara dicucuri rahmat. Relakan pemergiannya. Entry ni buat saya sebak..walaupun saya masih ada kedua orang tua, rasa takut untuk mengalami kehilangan buat selama2nya, walaupun saya tahu itu sudah pasti. Al Fatihah untuk arwah ibu saudara.
tabahkan ati..alfatihah utk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat..
Innalillah...semoga roh ibu anda dicucuri rahmat...sebak gila baca post nih...sob sob...
sedih aku baca..aku pun tak tahu nak bygkan cmne kalau situasi ni berlaku kat diri aku..bawak sabar byk2 ye
takziah...
makkkk..... :(
al fatihah! tabahkan diri...takziah buat keluarga!
takziah..
semoga tempat yang terbaik Allahyarham mama kamu di tempatkan.. AMin..
Salam buat..
Kak Lela, Selamburb, EiNS, x-po, Khai, alhakimi, si tEDI..
Terima kasih di atas komen dan nasihat kalian..
smg cepat sembuh!
Cik Cookie xtaulaa hidup cik Cookie tanpa diorg.
susah sanagt.
diorg laa tmpat nak ngadu
Salam..
Lifesaver:
Ammmiiiiinnnnn....!!
Cik Cookie
Tak boleh bayangkan.....
Post a Comment