
Baiklah...
Hasil pemerhatian aku, Twitter merupakan laman jaringan sosial yang kecil di mana kita boleh mengemaskini atau menghebohkan aktiviti berjadual atau tanpa jadual pada sesiapa yang mengikuti kita. Senang kata ianya umpama chatroom tetapi dalam skala yang agak besar yang mana sesiapa pun boleh mengikutinya.

Facebook.. sebagaimana asal penubuhannya merupakan laman jaringan sosial bagi mengesan kembali rakan-rakan lama atau saudara mara yang lama terpisah atau menambah kenalan yang mempunyai minat yang agak sama (pada asalnya ia bertujuan mengumpul dan menghebahkan aktiviti-aktiviti jaringan Yahudi sedunia). Di Facebook, aktiviti yang biasa dibuat ialah meletakkan gambar (foto) atau video aktiviti dan akan di komen oleh rakan-rakan. tetapi yang paling digemari ketika ini ialah game yang terdapat pada Facebook.
Blog.. umpama kita ini mempunyai website kita sendiri (samada host yang berbayar atau percuma) yang mana kita boleh mengemaskini (update) secara berkala atau tidak dengan post atau entri yang lebih panjang. Ada yang mengatakan bahawa blog ini umpama diari dalam talian. Secara peribadi aku mengatakan ya dan tidak, memandangkan pada kandungan blog hari ini yang banyak berkisar pada semua perkara.. Dari foto, video, berita, buat duit, pemberitahuan dan sebagainya.. ini telah secara langsung mengubah fungsi blog kepada skala sasaran yang lebih besar (diseluruh dunia). Blog juga boleh dipunyai oleh lebih dari seorang penulis (author) dan memberi lebih kesan kepada pembaca hasil kepelbagaian idea.

Oleh itu.. jika kita perhatikan dari definisi Twitter, Facebook dan Blog, adakah kita boleh membuat perbandingan antara ketiganya?. Ia umpama kita membuat perbandingan antara rambutan dan durian... mana mungkin boleh dibandingkan. Apa yang sama, antara ketiganya merupakan laman jaringan sosial. Oleh itu gunakan ketiganya mengikut keperluan atau tujuannya dengan bijak...
Salam....