Home / Tips / Pendapatan Aku Lebih RM6000 Sebulan Dengan Blog
Pendapatan Aku Lebih RM6000 Sebulan Dengan Blog
by Zoul on 17 January 2010
Edisi kenal siapa aku sebenarnya.
Maaf, mungkin bunyi tajuk entri ini agak keterlaluan tetapi itu realitinya. Aku terdetik untuk mendedahkan siapa aku sebenarnya setelah aku terbaca satu entri dari sebuah blog yang dengan bangganya menceritakan pendapatannya dari blog. Benar pendapatan aku lebih dari RM6000.00 sebulan dan kadangkala sehingga mencecah RM8000.00 sebulan. Mungkin ada diantara anda yang terfikir "mana mungkin blog yang baru setahun jagung ini boleh menghasilkan pendapatan sebegitu rupa". Sebenarnya kadangkala kita lupa bahawa kita boleh mempunyai lebih dari satu blog. Itu yang aku lakukan, blog ini adalah blog peribadi aku.. dan blog 'duit' aku akan aku dedahkan sebentar nanti.
Kejayaan aku dengan blog membolehkan aku berhenti dari tempat kerja lama aku tanpa aku kerugian sedikit pun. Malah aku boleh menjana pendapatan lebih dengan hanya duduk dan menghadap PC atau laptop aku. Pada awal dulu memang aku perlu menghabiskan masa berjam-jam lamanya di depan PC untuk mengembangkan sayap aku dan membolehkan blog aku dikenali.
Tetapi kini tidak lagi, aku punya lebih masa yang terluang. Blog aku hanya menggunakan Adsense sebagai sumber pendapatan dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dengan ID aku yang berbeza dari blog ini. Aku juga pernah dihubungi Yaro Starak melalui YM, bertanyakan tentang kejayaan aku. Siapa aku.. sabar..akan aku dedahkan nanti.
Terus terang aku kata, komen di blog aku biasanya terpaksa di tutup dalam tempoh 2 - 3 hari selepas aku postkan satu-satu entri kerana 'overloaded'. Jika diperiksa pada Technorati atau Alexa anda tentu terperanjat dengan kedudukan blog aku. Siapa kata blog orang Malaysia tidak boleh menyaingi blog antarabangsa yang lain? Apakah rahsia kejayaan aku..?
Backlink.. Sentiasa berusaha untuk mendapatkan backlink yang baik dari lain-lain blog yang ber PR tinggi tetapi jangan lupa, kandungan entri yang baik juga memainkan peranan. Kerana dengan sentiasa menyediakan isi yang baik kita akan membina satu jaringan atau rangkaian blogger yang besar.
Merancang.. Perlu membuat perancangan yang baik dalam berblog bukan hanya sembrono sahaja. Baca atau dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang telah terlebih dahulu berjaya dalam berblog.
Jangan malas.. atau berputus asa. Tidak ada blogger yang berjaya tanpa usaha. Gunakan segala kemudahan samada yang berbayar atau percuma yang terdapat di internet. Ini termasuklah Nuffnang Innit.
Theme atau template yang tampak menarik walaupun percuma. Ini merupakan salah satu perkara selalunya tidak diambil kira oleh blogger. Kita sendiri pun malas hendak menjenguk blog yang nampak tidak tersusun, bercelaru dan terlebih iklan dari entri. Oleh itu susun semula rupa blog anda kerana ianya mempengaruhi pembaca.
Komen.. Salah satu cara untuk mendapatkan backlink. Cuba belajar untuk meninggalkan komen di ruang komen form dan kurangkan penggunaan shoutmix atau shoutbox dan yang sewaktu dengannya.
Promosi.. promosikan blog kita walaupun sekadar meninggalkan komen pada blog yang baru sehari dibuat.
Itu diantara aktiviti yang aku lakukan dari awal aku berblog sehingga kini dan aku telah mendapat hasilnya. Jadi adakah kita masih lagi mahu berblog sekadar bersuka-suka atau bersuka-suka sambil buat duit. Semuanya terserah pada kehendak masing-masing dan perlukan bantuan aku sedia membantu dengan menghubungi aku melalui email.
Damnnnn... eh ye ye boss!
Berapa kali saya nak beritahu awak.. jangan tidur waktu bekerja!
Maaf boss malam tadi saya tak cukup tidur sebab say siapkan kerja yang boss suruh tu... sorry boss yer..
Inilah aku.. yang kuat berangan.. he he