Gurbaksh Chahal Jutawan Termuda

by Zoul on 17 January 2010

Edisi Inspirasi

Gurbaksh Chahal, mungkin anda pernah mendengar nama ini atau mungkin tidak. Namun nama Gurbaksh Chahal merupakan antara nama yang cukup dikenali dikalangan tokoh korporat di dunia. Beliau merupakan salah seorang jutawan termuda dimuka bumi ini. Menjadi jutawan dalam usia 25 tahun dan mengasaskan dua buah syarikat pengiklanan yang bernilai lebih dari USD340 juta.

Siapa Gurbaksh Chahal? Berbangsa India Amerika, seorang usahawan, penulis dan jutawan (dengan usaha beliau sendiri). Beliau gagal sewaktu di sekolah tinggi di usia 16 tahun dan memulakan usaha sebagai online ClickAgent, ia merupakan rangkaian pengiklanan yang menumpukan kepada pengiklanan CPA.
Kemudian beliau menubuhkan pengiklanan Blue Lithium dan telah dibeli oleh Yahoo pada 2007 dengan nilai USD300 juta. Namun beliau masih kekal memegang jawatan CEO sewaktu tempoh peralihan tersebut.

Beliau ada menulis sebuah buku yang diberi nama The Dream.  Jika anda berminat untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut, cari beliau di bawah ini:

Laman Web: http://www.chahal.com/ 














Blog :  http://blog.chahal.com/














Facebook: http://www.facebook.com/officialGChahal














Twitter: http://twitter.com/gchahal














Pada mereka yang masih mencari idola atau inspirasi.. cuba baca kisah beliau..

*Aku cuma kaya dalam mimpi...