Edisi: aku dah bengang
Dunia tahu sekarang ini sedang berlaku pergolakan yang belum berkesudahan diantara kerajaan China dan Google. Semuanya gara-gara penyalahgunaan Gmail oleh rakyat China. Disebabkan oleh tindakan kerajaan China, Google bercadang untuk menghentikan perkhidmatannya di China.
China juga telah pun menyekat penggunaan Facebook dan Twitter di negara itu, semuanya bertujuan untuk mengelakkan penentangan dikalangan rakyatnya dengan menggunakan media yang berasaskan internet. Begitu tegasnya negara China menangani masalah yang dianggap penyalahgunaan internet.
Bagaimana dengan negara kita?...
Meskipun kerajaan pernah berjanji tidak akan menutup, mengetat atau menghalang rakyatnya dari menggunakan segala kemudahan yang terdapat di internet, ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh melakukannya jika semakin ramai yang berjinak-jinak dengan Facebook bagi mencaci, menghamun, memalukan dan 'menelanjangkan' individu, organisasi, kaum serta agama tertentu.
Jika kita masih ingat satu ketika dahulu, kita dikejutkan oleh penghinaan terhadap lagu Negaraku melalui youtube dan tindakan diambil. Namun, sebelum itu memang telah kedengaran cakap-cakap yang negatif terhadap Malaysia oleh rakyatnya sendiri, tetapi tidaklah secara terang-terangan. Namun hari ini segalanya boleh 'dinikmati' dengan mudah samada di laman blog, facebook, twitter atau apa sahaja medium yang terdapat diinternet.
Dari penghinaan terhadap institusi raja, pemimpin, agama dan rasul, segalanya berlaku di laman blog dan facebook. Sewaktu heboh gereja dibakar, begitu banyak blog yang secara 'rakus' dan terang-terangan menghina Islam, Melayu dan Nabi Muhammad yang aku jumpa melalui Nuffnang Innit. Bukannya mereka tidak sedar bahawa hasil penulisan mereka itu akan dapat ditatapi oleh semua bangsa termasuk bangsa yang mereka hina, tetapi apakah motif mereka?
Ada yang menggunakan kaedah yang digunakan pakai di Indonesia untuk dijadikan contoh (dalam kes penggunaan kalimah Allah) dan 1Malaysia yang dipersalahkan. Namun kaedah satu bangsa, satu bahasa, satu nama, satu sekolah yang digunakan oleh pemerintah Indonesia tidak pula disebut. Bukan sekadar entri mereka yang pedas, malah komen mereka juga menunjukkan yang mereka itu seperti bukan rakyat Malaysia. Adakah mereka ini sememangnya buta dan dungu atau buat-buat buta dan dungu dengan sejarah?. Beraninya mereka ini adakah kerana bangsa Melayu sekarang sudah lemah? sudah tidak mampu untuk berkata-kata? atau kerana mereka beranggapan tiada siapa yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka?
Itu jika perkara tersebut secara langsung melibatkan kerajaan. Bagaimana pula halnya dengan perkara yang melibatkan individu-individu tertentu. Tidak mustahil jika satu hari nanti anak-anak murid atau pelajar mungkin akan menggunakan facebook atau blog untuk menghina guru-guru mereka atau yang lebih serius, ibu bapa mereka. Bayangkan kalau yang dihina atau dimalukan itu adalah kita..
Aku yakin walau kerajaan yang mana yang memerintah, sudah tentu tidak mahu sesuatu atau seseorang cuba mencalar keharmonian negara. Tanpa mengira siapa dan kedudukan orang itu, sudah tentu kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya (Aku ambil contoh kes Raja Petra dan Aduka Taruna). Namun jika perkara ini semakin berterusan atau berleluasa, apakah alternatif lain yang akan diambil oleh kerajaan?
Pada aku hanya ada satu cara sahaja yang mungkin diambil iaitu tutup, halang atau sekat sahaja mana-mana platform yang diguna sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan China. Ini tidak mustahil boleh berlaku, jika kita masih berterusan menggunakan medium ini untuk perkara-perkara yang sensitif. Bayangkan jika ia benar-benar berlaku..
Tiada lagi buat duit melalui blog atau tiada lagi klik-klik Nuffnang. Aku percaya orang yang paling terasa kesannya ialah orang yang bergantung pada blog atau yang sealiran dengannya untuk sumber pendapatan.
Jadi, apa yang boleh kita sumbangkan bagi mengelakkan perkara negatif ini dari berterusan? Adakah kita perlu membuat laporan polis setiap kali kita menemui blog atau facebook yang menulis tentang perkara yang sensitif? Membalas dengan dengan menggunakan medium yang sama? Atau kita hanya membaca dan ketawa sinis?
Renung-renungkan.
*Nota
Entri ini dibuat mengikut pandangan dan pendapat aku tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau cuba untuk mempengaruhi mana-mana pihak atau invidu.
{ 24 comments... read them below or add one }
salut laa same pemimpin China!!!!
bagus beb.. satu perbincangan yang patut dipikirkan bersama ni. kalau pro blogger idea pon bergeliga. pada pendapat aku, masalah macam ni sebenarnya kene dipikirkan secara mendalam sebelum tindakan terburu-buru dibuat.
bagus...nice entry...
tapi tak tau nak cakap apa..
speechless...! hohooho
neway, awk di tagged!!! heheh
dasat
entry ni bgs. good~
setuju~
China mmg strict.. Huhu..
Ade pros and cons wat camtu..
Nak sekat terus mcm China wat tu mustahil laa..
Tapi nak biar berleluasa mcm skang pn payah sbb dah parah..
Banyak pihak kene stat pikir.. Stat wat tindakan.. Sepatutnya.. Huhu..
~ thanx sbb mngajak readers berfikir.. ;)
good entri,
berpandangan jauh dan isi yg bernas..
betul apa yg dikata tapi di malaysia mgkin isu penggunaan internet x diambil berat lagi kot
omigod,xnak la nanti nikmat berblog di sekat.huhu
kalau malaysia tutup gak,
taktau laa nak cakap..
nampak macam kerajaan tak mampu menerima kritikan..
setiap manusia berhak berkata-kata..
mungkin bg kita ianya satu cacian dan makian,
bagi mereka itu satu luahan perasaan..
semua orang berhak bersuara..
orang yg terasa perlu berfikir kenapa orang itu berkata sedemikian,
ianya utk kebaikan bersama.
bukan terus mengata orang tu pengkhianat atau menabur fitnah..
pandanglah secara ilmiah sesuatu yg berlaku.
isu yang bijak...
sebab tu perlunya adab dan sopan... sebab tu perlunya sempadan dan timbang rasa...
good point...
Blog takleh sekat :)
ramai politik semua gunakan blog sebagai medium penghataran jgak :)
no no no.. blog xbleh nak sekat okeh. kalau kita nak bersuara di parlimen siapakah kita dan apakah semua orang boleh bersuara dan persoalan yang paling penting apakah suara kita didengar, mungkin belum smpt kita nak ckp dah dihalau keluar.. huhu
weh, kau memang bijak laah dari memberi pandangan dan ulasan niy.
aku takde idea nak bg pendapat apa2 sekarang.
otak tgh jem. haha.
gua salute sama lu!!
:D
susah lah kalau blog disekat..takut nanti banyak perkara yang kita nak buat susah
uiks...
berat gak isu nyer..
hurm, satu je ley ckp (kdg3 due)
sejarah...
semua jawapan ade disitu....
sekirenye seseorg itu tiada patriotisme dlm diri..
blajo le setinggi bulan,
haremmmmm...silap3 digulingkan negara sendiri
(nothing is impossible)
apabila ramai yang mengutuk2 menyebabkan kerajaan semakin bertegas didalam penggunaan internet nih.. itu hanya segelintir kecil yang buat tapi yang kena ramai pulak.. bak kata pepatah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.. good point dalam entry nih..
disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..
kalau Malaysia pun amik tindakan macam China gak.. ntah la..
aku pun ada terbaca yg menghina tu semua
ntah ler. nak salahkan diorg sepenuhnya x blh gak
semua salah diri sendiri kan.
kalau betul malaysia wat gitu..
aq siku ang mula2 dulu..
SEBAB
mulut ang masinnnn
:P
sekat je semua.........
Wow.Jangan la sekat2 ni berlaku sebab susah la hidup takde internet ni
KERAJAAN MALAYSIA HARUS SEKAT YOUTUBE, PORNHUB, REDTUBE, XNXX dan juga BLOG.
Banyak negatif dari positif. Balik idup zaman x der internet lagi bagus. Rakyat jadi makin baik. Tak jadi taik mcm sekarang.
hehehehe... :)
Saya rasa perbuatan kerajaan china adalah tidak perlu. Bagaimana jika saya mengatakan yang kemalangan jalan raya sering berlaku, dan mengambil maut, mungkinkah kerajaan china menamatkan sistem penggankutan jalan raya? Pada pendapat saya, saya rasa polis sepatutnya mengambil tindakan untuk menangkap orang-orang yang tidak bertanggungjawap.
I'm more than happy to discover this site. I wanted to thank you for ones time for this particularly fantastic read!! I definitely appreciated every bit of it and i also have you book marked to check out new information on your web site.
Also visit my page : free iphone 5
Post a Comment