Kawan Aku Kena Sawan

by Zoul on 29 January 2010

"kah..kah..kah!!!" aku dan kawan-kawan aku gelak besar
Waktu itu kami sedang berlibur (berkaraoke lah) di sebuah pusat karaoke (sampai sekarang aku tak tahu kenapa dipanggil 'pusat'). Bila kau dengar Benny (nama kawan aku) menyanyi, aku rasa macam nak pecah perut.

Maklumlah kami semua ni penyanyi yang berbakat terpendam terus, langsung tak timbul-timbul. Memang syok bila sesekali berjumpa kawan-kawan, lepas tu melepaskan perasaan menggila yang ada dalam kepala. Sedang kami dibuai suasana gelap tu.. tring! tring! Telefon bimbit Tajul (nama kawan aku juga) berbunyi...

"Hello..." kata Tajul.
.....senyap....
"Sorilah wrong number" kata Tajul lagi.

Selepas sahaja si Tajul meletakkan telefon.. tiba-tiba dalam gelap tu aku perasan macam ada yang tak kena pada siTajul tu. Dari mula tadi bukan main lagi, dialah orang yang paling banyak mulut. Kalau menyanyi memang boleh buat orang sakit jiwa lah, nasib baik aku bukan juri rancangan Akademi Fantasia. Kalau tak, tentu aku dah bagi ayat pedas pada dia.

"Ah biarlah dia tu.." fikir ku.
Aku meneruskan aktiviti berkaraoke sebab aku tengok kawan yang lain macam buat tak tahu saja. Sedang kami asyik...

"Aku nak baliklah" tiba-tiba siTajul bersuara.
"Eh kalau ko balik, aku nak balik dengan sapa..?" aku bertanya, sebab masa pergi tadi aku menumpang keretanya.
"Suka ati ko lah.. nak balik dengan aku pun boleh.." jawab Tajul dengan kasar.
"Ok lah" kataku.
"Ok guys kitorang balik dulu.." aku menjerit pada kawan-kawan yang lain.

Di dalam kereta, Tajul langsung tidak bercakap dengan aku. Mukanya juga dah jadi kemerah merahan dan berpeluh-peluh.

"Ko kenapa Jul...?" aku bertanya
"Takde apalah!" jawab tajul dengan garang.
"Ni pasal orang yang telefon tadi ke?" tanya ku lagi.
"Nko diam boleh tak...?" Tengking Tajul pada ku.
....senyap...

Aku tengok meter halaju.. "hah.. 160kmj.." bisik aku sambil kaki aku menahan macam menekan brek. Tangan aku berpaut pada pemegang diatas cermin pintu. Zrooommmm....
Laju betul.. maklumlah kereta Imprezza..kan.
Tiba di satu simpang tidak jauh dari rumah siTajul.. tiba-tiba entah dari mana datangnya, sebuah kereta melintas betul-betul di depan kereta yang kami naiki.

Skreeeeetttttt...!!!!!

Nasib baik Tajul sempat membrek keretanya.. dan apa lagi, kereta tu berpusing duakali.. Aku tidak berhenti mengucap..

"Aduh.. dah sampai ajal  aku ni.." bisik aku.

Aku tengok siTajul dengan muka yang tidak tentu arah terus memecut menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di depan pintu pagar, terus diletakkan kereta tu tanpa mematikan enjin. Dia berlari membuka pintu pagar dan terus masuk ke dalam rumah.

"Eh kenapa lampu penggera tu berkelip-kelip" bisik aku sendiri.
"Oh ni lah sebabnya kot.." pada fikiran aku mungkin ada pencuri.
Aku pun berlagak bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan.

Tidak berapa lama kemudian..

"Eh.. ko tolong off kan enjin kereta aku.." jerit si Tajul
"Ok..." kata ku.
kemudian...
"Amacam, ada apa-apa yang hilang ke..? tanya ku
"Apa pulak yang hilang..?" tanya siTajul dengan muka pelik.
"Tu ..tadi aku tengok lampu penggera kat suis tu berkelip-kelip" jawab aku
"Memanglah dia berkelip-kelip.. kan tadi aku dah off kan" jawab tajul dengan kereknya.
"Abis tu yang ko macam kena sawan tadi kenapa..?' aku bertanya.
"Syyyyy....!!!" tajul menunjukkan isyarat jarinya.
"Tadi tu aku sakit perut, memulas sangat sampai aku tercirit sikit masa kat kelab tadi..tu yang aku ajak balik tu"
"hampeh..nasib baik tak mampos" bisik aku.

{ 21 comments... read them below or add one }

farhana87 said...

Adehhhh.. Ingatkan sawan betoi2.. Hahahaha.. Nak tercirit rupenye.. Kesian tajul tetap bertahan.. Hahaha..

blueblack said...

assalam....

apa ke hel tu...
laaa.. t'cirit ke..
muaahaahahaaaa......

aku ingatkan dia kena panggilan hangit(hot fm)..
garang gak kwn ko tue...
ada x mcm aksi 'fast and furious'...

tricksrex said...

kahkahkahkah..mmg sawan abes la

baincardin said...

sawan sampai tercirit. ekekekee....^_^'

lifesaver84 said...

pergh!bawak keta camtu...aku terus x naik dah lepas ni

wanie said...

seyes...gile la kwn u tu..sakit perut pn wat cm tu..x da toilet ke kat pusat tu???

Nazz said...

Bertahan sampai nak hilang nyawa aku rasanya.. he he

Nazz said...

Ha a.. aku nak cakap mcm fast and furious la tadi tu.. tapi lupa lak..

Nazz said...

hi hi hi hi...

Nazz said...

Dia tercirit dulu baru sawan la... har har har

Nazz said...

Aku puunnnn...! tobat...

Nazz said...

Di dah tercirit dulu.. kene kat sluar.. malu nk g toilet..

miss lolly said...

*erk. pegi basuh suar anda sekarang. MUEHEHHEHEH

kuyam said...

hahahahaha...lawak gile si tajul tu.nape x lepaskan hajat kt pusat karaoke tu ja?kah3

Nazz said...

Eh eh.. suar aku tak kena lah.. seat kete dier jer yg kene..

Nazz said...

Dah tak sempat dah.. terlepas dulu rupanya..

milimilo said...

haha..perasaan nak tercirit tgh karoke mmg siksa..tgh tgok wyg atau dlm kelas pun siksa gak..[ceh,mcm ade pengalaman pulak] =P

iznie said...

hehe... ada jugak orang camtu...

engatkan betul2 sawan tadi...

cirittt rupanye..hohoho

mmg orang klu saket prot ske bwk kete camtu ek?? hehe

Khairil Afzal said...

perghhhh
potong betul bila jadi mcm ni...tgh sedap2 karok

Si Labu Labi said...

hampagas..
dia boleh bgtau kot yg die sakit perut..
kalo aku dapat member camni memang sakit jiwa aku..
laju plak tu bawak keta..
aduyai..
seb baik lom ajal ko lagi..
hehe

Anonymous said...

alamak bro.. nasib baik sawan cirit!.. bantai dbuat nyer sawan babi???.. abis, ngan pusattt2 karao tuh, disondol nyer!!!! hihihihi..

Post a Comment