Cinta Itu Buta
by Zoul on 31 March 2010
Pada hari itu aku terasa ada sesuatu yang aneh pada perasaan aku. Perasaan aku tidak tenteram, apa yang aku lakukan serba tidak kena. Bila aku menonton TV, perasaan aku melayang. Aku asyik teringatkan riak senyum seorang gadis. Ya.. gadis yang baru aku dekati pada hari itu. Sebenarnya telah lama aku memerhatikan gadis itu dari kejauhan. Ayu sungguh....
Takdir telah menemukan aku dengan lebih dekat pada gadis itu. Ketika itu aku sedang leka berjalan dan fikiranku kosong, tidak semena-mena aku terlanggar seseorang.
"Maaf.. aku tak sengaja" kataku sambil memandang ke arah orang itu.
Malunya aku, rupa-rupanya orang ku langgar itu adalah gadis yang selalu renung dari jauh.
"Tak apa, saya pun salah sebab berjalan sambil memandang tempat lain.." jawab gadis itu sambil mengutip kertas yang terjatuh.
"Hrmm... nama saya zoul.." sambil menghulurkan tangan.
"Nama saya Rita .." tanpa membalas tangan yang ku hulur.
"Tak elok perempuan bersentuh dengan lelaki.." katanya lagi.
"Ya..ya.." jawab aku malu.
Itulah detik permulaan perkenalan kami. Detik itulah yang membuat perasaan aku terlayang sentiasa. Aku sentiasa teringatkan wajahnya yang ayu, senyumnya yang manis dan gaya berjalannya yang bersahaja.
"..kau penuh dengan ciri-ciri gadis idaman.." kata hatiku sambil membayangkan paras rupa Rita.
Esoknya, aku ternanti-nanti akan kelibat Rita..
"Mana pulak Rita ni..? keluh aku sendiri.
Termenung.....
"Yes..!!! itu pun dia.." bisik hati aku gembira.
Aku lihat dari jauh Rita tersenyum melihat aku berdiri berseorangan sambil memerhatikannya. Dengan wajah yang 'control mancho', aku membalas senyumannya.
"Assalamualaikum...!" kataku
"Waalaikumsalam.." jawab Rita sambil tersenyum
"Awalnya sampai..?" tanya Rita
"Saja datang awal.." jawab aku sambil menyembunyikan tujuan sebenar aku datang awal.
"Dah sarapan ke belum ni..? tanyaku lagi
"Sudah.. tadi mak buat cengkodok.. sedap.." jawab Rita manis.
"Eh takpe lah ya.. saya nak kena pergi ke sana.." katanya sambil menunjuk ke arah bangunan di hadapan kami.
"Oklah.." jawab aku
Kecewa.. "kenapa sekejap sangat.." bisik aku.
Selepas pertemuan itu, tiga hari aku tidak menemui Rita dan aku tidak tahu kenapa. Aku menunggu di tempat biasa dan seperti biasa, namun bayang Rita tidak juga muncul.
"Ahh.. mana Rita ni..? getus hati aku
mungkinkah dia sakit.. atau mungkinkah dia sengaja mengelak dari berselisih dengan aku?.
Selama tiga hari juga perasaan aku bergolak dan sentiasa tidak tenang. AKu sentiasa merinduinya. Adakah ini yang dikatakan .. jatuh cinta?
"Mungkin..." bisik hatiku lagi.
Selepas tiga hari itu.. aku tidak lagi menunggu kehadiran Rita di tempat biasa. Aku cuma memerhatikan kalau-kalau dia datang dari bilik aku. Aku merenung ke luar tingkap dan sentiasa berharap Rita akan datang.
"Eh.. itu dia.." aku berlari keluar dari bilik menuju ke arah si gadis manis itu.
"Kenapa dah tiga hari Rita tak datang..? tanyaku tidak sabar.
"Kenapa..? tanya Rita pada ku.
"La.. dia tanya pulak, saya risau lah.." jawab aku
"Oh.. saya demam.." doktor suruh berehat.
"Kalau macam tu.. dah ok ke?" tanyaku lagi
"Dah.." jawab Rita pendek.
"Nanti.. boleh tak kita jumpa..?" aku memasang jaring.
"Bila.. kenapa..? tanya Rita dengan muka terkejut.
"Adalah.. nanti pukul 9.50 pagi, saya tunggu kat bangku tu.." jawab aku.
"Oklah.." jawab Rita.
Jawapan dari Rita itu membuatkan aku rasa waktu berjalan dengan amat perlahan. Setiap saat dan minit aku kira.
"Aku mesti luahkan rasa hati aku.." aku bernekad
Seperti yang dijanjikan..
"Dah lama tunggu ke? sorilah saya pergi beli nasi lemak tadi.." kata Rita
"Oh tak apa.." jawab aku dengan muka gentleman.
"Ya ada apa sebenarnya..?" tanya Rita
"Begini..." lidah aku kelu
"Macam ni.. saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak, sudi tak awak jadi teman saya..?" tanyaku tergagap-gagap.
"Hah.. mana boleh..? jawab Rita dengan agak terperanjat.
"Kenapa tak boleh? awak dah ada teman lain ke? atau saya ni tak cukup hensem..? tanyaku dengan kecewa sekali.
Senyap....
"Apalah awak ni.." Rita tidak meneruskan kata-katanya.
Senyap..
"Mana boleh kita bercinta.. kitakan baru darjah tiga.." jawapan Rita yang masih ku ingat sehingga hari ini..