"Berita terkini... Seorang rakyat Malaysia menjadi wira kebanggaan dunia Islam amnya dan rakyat Palestin khususnya bila beliau menjadi pencetus kepada tumbangnya rejim israel..." Itu di antara intipati berita terkini yang aku dengar melalui CNN. Aku tersenyum sendiri mendengar berita itu.."aku dah jadi pahlawan.." bisik aku.
Waktu ini aku sedang menghadiri persidangan negara-negara islam yang dihadiri ketua-ketua kerajaan bagi setiap negara. Aku telah dijemput khas bagi membincangkan isu pembangunan ekonomi negara-negara islam. Aku merupakan orang yang bertanggung jawab menyatukan semua negara-negara islam kembali kepada matlamat yang satu. Satu matlamat, iaitu "negara islam mesti berdikari". Aku tekankan begitu kerana penindasan yang berlaku terhadap umat islam dan negara islam adalah disebabkan kebergantungan negara-negara islam dengan negara barat atau sekutunya.
Dengan berdikari juga negara-negara islam telah berupaya meningkatkan ilmu pengetahuan dari bidang ekonomi, astronomi, bioteknologi dan sebagainya hanya dengan menyatukan semua ilmuan dari negara islam dan hasilnya digunapakai oleh semua negara-negara islam dan barat.
Dalam bidang ekonomi, negara-negara islam telah berjaya menidakkan dominasi dollar dengan menggunapakai satu matawang pengantara iaitu Dinar dalam urusan yang melibatkan antara negara. Ini telah dapat menghalang pengaliran keluar matawang masing-masing yang mana akhirnya akan dikawal oleh amerika dan sekutu baratnya. Ketidakbergantungan kepada dollar telah menyebabkan kerapuhan kepada dollar dan menyebabkan kemerosotan ekonomi yang teruk dikalangan negara pengguna dollar. Ini telah menyebabkan penyumbang dollar telah mengalami kerugian termasuklah israel.Negara islam juga telah berjaya menubuhkan bank utama negara islam yang berfungsi sebagaimana bank dunia.
Kekuatan ketenteraan termasuklah kajian teknogi yang terkini bagi semua negara-negara islam telah dipertingkatkan. Ini juga hasil usaha dan kajian dari pakar-pakar negara islam yang ramai disumbangkan oleh al-qaeda. Pemodenan dalam kekuatan ketenteraan telah juga diserapkan ke Palestin dan ia telah menyebabkan israel tidak lagi berani mengangkat muka walau seinci. srael juga telah meninggalkan kawasan-kawasan yang diduduki termasuklah memulangkan semula Baitulmaqdis kepada rakyat palestin.
Hasil kajian yang dibuat, tidak ada lagi negara-negara islam yang mundur dan miskin di dalam dunia ini. Kesan dari usaha dan hasil yang diperolehi telah menyebabkan banyak negara di dunia telah beralih kepada perbankan islam.
"Sekarang saya ingin menjemput bagi memberi ucapan en......." Baaammm...
"Aduh, aku terjatuh ke lantai...." rungut aku. Rasanya baru tadi aku menonton saluran 501 Astro Awani tetang kekejaman regim yahudi. La rupanya aku bermimpi... Tetapi adakah mimpi aku akan jadi kenyataan...?
cuiit sikit....
Home / Unlabelled / Akhirnya Israel Tumpas
{ 2 comments... read them below or add one }
insyallah ;)
....insyaallah juga... semoga palestin dan seluruh umat islam akan lebih makmur
hadio69.. terima kasih, sudi meninggalkan komen anda
Post a Comment