Ayuh pak kita minum duluan.. Dia ajak aku minum. Oleh kerana aku pun ada sedikit kelapangan, apa salahnya aku layan pakcik indon ni kejap. Kami berborak dengan bahasa itik serati dan angsa. Nasib baik aku takde masalah untuk memahami bahasa indon. Haaa... terlopong mulut aku bila pakcik tu beritahu sebenarnya dia bukan orang indon. Dia berasal dari jepun dan baru tinggal di indonesia selama 9 bulan. Dia kata kalau ke indonesia tanpa boleh bercakap dalam bahasa indon.. satu masalah besar. Dia belajar secara intensif di jepun dan sebulan di jakarta.

Tapi di Malaysia..... semuanya jadi terbalik. Budak-budak dah bercakap dalam bahasa campuran indon sebab 'maid' dari indon. Jika melayu bercakap dengan bangsa cina atau india, yang melayu pulak lebih bunyi cina atau india. Itu tak termasuk bahasa penulisan ringkas macam yang biasa aku guna {sms dan blog nih}. Aku rasa orang malaysia sendiri tak menghormati bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Tapi apa puncanya? Adakah disebabkan oleh orang melayu sendiri? Kita tengok papan iklan yang terpampang di bangunan sekitar kita. Kenapa perlu ada lebih dari bahasa melayu? Kalau kita kata ia untuk bangsa cina atau india, mereka ni dah berapa lama tinggal di sini? Takkan sampai sekarang masih tak reti membaca atau menulis dalam bahasa melayu?
Kalau pakcik jepun tadi, baru 9 bulan dan fasih berbahasa indonesia.. takkan diorang yang dah berkurun tinggal di sini masih bengap lagi. Aku juga sedar, kita sebagai melayu ni lebih senang berbahasa inggeris dari bercakap dalam bahasa melayu. Kenapa? sebab bahasa melayu ni tak de standard ke? Sepatutnya kita yang kena berbangga dengan bahasa melayu.. barulah orang lain boleh ikut kita dari belakang...
Malang sungguh bahasa melayu ni.. hingga di mahkamah pun perlu ada jurubahasa cina dan india sebab mereka tak fasih bahasa melayu. Kalau mereka tu orang luar negara.. boleh la diterima. Lagi satu yang aku bengang, ahli politik sendiri mencungap-cungap bila ditanya dalam bahasa melayu sewaktu temuramah. Cuba kita guna google search dan cari dengan perkataan melayu.. apa yang muncul? Bandingkan dengan siam, cina, india dan sebagainya, apa bezanya?
Huh.. alangkah baiknya kalau di malaysia cuma ada satu bahasa perantara. Unesco kata ada lebih kurang 2500 bahasa dalam dunia ni yang sedang diambang kepupusan. Ada diantaranya cuma tinggal 10 orang sahaja yang menuturkannya.. Kalau kita biarkan fenomena yang melanda bahasa melayu ni.. kemungkinan bahasa melayu akan menjadi sebahagian dari yang 2500 bahasa tadi....
Renung-renungkan....