Setiap hari aku akan dihujani dengan email yang bertanyakan tentang template blogger dari kengkawan. Insyaallah aku akan jawab satu persatu mana yang aku tau. Mana-mana yang aku tak tau atau belum tau aku akan link kan jawapan pada mana-mana blog atau web yang berkaitan soalan yang diberi melalui email.
Diantara soalan yang aku terima:
S: Kenapa aku selalu tukar-tukar template?
J: Sebenarnya aku tak tukar template, maksud aku platform tempatenya masih sama tapi aku cuma tukar latar belakang, header dan posisi sidebar. Lagi satu aku nak beritahu yang aku ni mudah jemu dengan paras rupa template aku jadi aku edit sikit-sikit la rupa dia. Sebenarnya tak lah sesusah mana kalau nak menukar paras rupa template atau theme blogger blog ni. Asalkan ia tak mengubah skrip bagi posisi sidebar, main dan footer.
S: Kenapa aku suka guna 2 column bukan 3 column?
J: Sebenarnya aku suka juga guna 3 column kalau aku guna blog untuk bisness. Sebab banyak iklan dan link yang boleh aku letakkan. Masalahnya kalau aku guna 3 column ni blog akan jadi sangat lambat untuk loading. Terutamanya kalau banyak hidden script kat blog aku tu.
S: Kenapa aku punya template tak ada dijumpai dimana-mana untuk di download?
J: Ha ha ha...Sebenarnya template aku tu customised.. maksudnya kalau aku suka satu-satu template standard yang ada di mana-mana laman web, aku akan cuba buat bentuk template yang seakan sama. Kena ingat kita tak boleh tiru 100% kerana ada template yang diregister dibawah creative common (nanti boleh kena saman) jadi kalau nak tiru boleh tapi kena letakkan link pereka template yang asal.
S: Boleh tak tolong saya buat template?
J: Kalau buat template dari scratch, mintak maaf aku tak mungkin berkesempatan tapi kalau nak modify template... insyaallah.
S: Boleh tak saya tiru template cuiit?
J: Tak ada masalah.. aku boleh bagi html code nya.. tapi dengan syarat link yang ke cuiit.blogspot tu janganlah di delete...
S: Kawan saya cakap template blog cuiit cantik.. tapi bila saya bukak kenapa senget jer?
J: Sebab template aku ni kawan karib dengan Mozilla Firefox bukan dengan internet explorer atau lain-lainnya.
S: Sama tak template Blogger dengan template Wordpress
J: Kod untuk Wodpress theme tak sama dengan Blogger template jadi dia tak boleh diupload ke Blogger. Tapi kalau berminat dengan wordpress theme untuk Blogger (maklumlah theme utk Wordpress memang banyak yang cantik) ada banyak terdapat diwebsite jadi kena cari. Cara nak cari, pegi kat bahagian bawah blog tu dan cari nama theme tu. Kemudian buat carian dengan menggunakan nama theme tu dan tambah blogger dibelakangnya. Kalau theme tu dah ada yang convert laman webnya akan terpapar. Tapi kalau belum kita boleh mintak sesiapa convertkan untuk kita... biasanya kalau kita yang mintak, ada sedikit bayaran yang akan dikenakan.
Cukuplah aku dah penatlah.. lain kali sambung lagi... Oh ye.. sebelum tu aku nak beritahu mulai dari hari ini aku akan post kan blogger template yang aku suka kat sini bersama dengan download linknya. Kalau Korang berkenan bolehlah download dan gunakan. Fail kod nya dalam bentuk zip file jadi kena buka dan upload pada template korang. Kalau ramai yang tak tahu macamana nak upload sila tinggalkan komen.. kalau ramai sangat aku buatkanlah tutorialnya. Bukan nak tunjuk pandai cuma kita sesama blogger kenalah saling bantu membantu.
Ok template hari ini.. template ni dah agak lama, namanya art-imagination-template, 3 column template...
Ini screen shot dari template test aku..
Kalau nak download klik SINI
Selamat mencuba....
{ 7 comments... read them below or add one }
i cdg nk tukar background blkg...
tp x jumpe yg seswai la..
ade idea x??
n dr mne i bleh dpt background tu??
Minat dengan apa.. bunga ker, graphic ker, orang ker... salah satu cara yang orang biasa guna ialah diaorang cari kat web. Kalau suka bunga taip flower wallpaper... kmdian search. Kebanyakan background blog diorang ambik dr wallpaper..... tq
ade gak soklan di atas tu yang menjadi tanda tanya aku.Hehehe.
Baru ku paham yg wodpress len dr blogger nya.
Tapi mmg wordpressnya banyak yg cun melecun+menawan kalbu.
Thanx ye bagi link template tu.=]
byk pulak soalan dorg ni kan??
dah ghupe pakar motivasi lak...
aku pun suka tukar... tp tak pandai coding2 ni... ambik jer yg ada... huhuh..
aku pon nak try tukar templat..tp x jadi..huhu
ya... aku sudah pening kembali.. mahu tukar itu background.. tak pe lah..mata sudah penat.. lain kali aje...
bagus betol ada entry sebegini... tgk lah ye.. kalau bisnes menjadi cuit akan ku hadiahi dengan sesuatu dari julat barangan yang akan aku jual.. huhu
aku suka 3 column.. suka di apit gitu!!!
Post a Comment