Dua benda yang mesti aku tatap dan pegang setiap hari, handphone dan laptop. Sehari kalau aku tertinggal salah satu, aku rasa macam ada 'something wrong' jer. Macamana pun mesti nak ada punya.. kadang-kadang tu aku tengok handphone cuma nak tengok jam jer. Mengada betul.. jam tangan ader tapi tengok gak kat handphone.. prrgg. Eh apa fungsi handphone har? Betul ke gunanya untuk bertalipon ngan sms jer selain dari untuk bergaya.
Ok.. sekarang kita pegang dan tengok handphone masing-masing, cuba check apa yang ada dalam handphone kita. Jangan cakap eksesorinya la.. kalau yang pompuan tu kadangkala key chain pun digantungkannya sekali... Kita activate dan tengok skrinnya, ada gambar siapa? Gambar korang, gambar awex, gambar aboy, gambar pasangan, gambar anak atau mungkin gambar kucing.. tapi yang pasti gambar yang peribadi kot. Lepas tu check gambar dalam simpanan handphone korang.. gambar siapa? Rasanya tentu yang ada kena mengena dengan peribadi kan.. Takkan korang simpan gambar boss atau guru disiplin sekolah korang?
Kemudian check simpanan lagu-lagu yang ada dalam handphone tu.. Sekali dengar dah tau dah korang ni jenis sentimental jiwang, hard rock, brutal ataupun jenis hip hop. Bukak pulak sms yang tersimpan. Dari siapa yang paling banyak dan korang sayang nak delete. Apa? sms dari taukey jual gas yang banyak.. takkan ia lah kan... tentu dari sidia atau dari sesiapa yang korang sayang dan kenang, betul tak?
Ada buat reminder kan.. Ha reminder apa yang kat bahagian kalendar tu? Biasanya... birthday bucuk ku.. atau selamat hari ulang tahun perkahwinan atau apa-apa yang peribadi buat korang kan... Terus tekan pegi bahagian note atau nota. Apa yang ada kat situ? Aku rasa ada diantara korang yang letakkan no akaun bank, no sijil beranak, no akaun astro, no akaun streamyx dan silap haribulan no pin atm kad pun ada...
Ha yang paling best, cuba buka short video yang ada kat dalam tu. Silap haribulan video XXX yang paling banyak.. he he
Ok.. tak payah cerita panjang.. aku rasa handphone ni dah jadi macam sesuatu yang sangat peribadi buat semua tuan punya nya. Banyak rahsia yang tersimpan dalam handphone. Sebab tu kadangkala bila kita nak beli handphone baru, kita kena sehari menggodek handphone lama nak bagi habis semua yang tersimpan kat dalamnya atau mungkin kita kena transfer out.
Soalannya, wajar ke kita simpan semua tu dalam handphone. Aku tau la handphone senang nak dibawak ke sana ke mari. Tapi cuba bayangkan kalau handphone kita tu tercicir. Apa, ada password? Korang yakin ke password tu tak boleh digodam atau di pecah masuk. Kalau nak yakin tanya towkey kedai handphone.. boleh tak password tu digodam.
Pernah juga sebelum ni kawan aku terjumpa handphone kat kedai makan. Oleh kerana tak tau siapa yang empunya handphone tu dia pun bawak balik. Dengan bangganya dia tunjuk pada aku... Bila kitorang bukak jer.. mengekek-ngekek kitorang baca sms nya. Macam-macam adaaaa... Tempat kedua kitorang buka tentu folder gambar lah, serta merta kitorang tau tuan punya handphone tu pompuan. Punya lah cun siap gambar tak berbaju pun ada... bertuah betul kitorang.. he he. Tapi bayangkan kalau tuan punya handphone tu jantan.. pergg suwey jawabnya...
Jadi apa yang aku nak bagitau.. beringatlah yer, jangan lah simpan yang bukan-bukan dalam handphone korang. Jangan lah jadikan handphone tu sebagai penyimpan peribadi korang. Bila-bila masa ajer handphone tu boleh bertukar tangan tau...
Renung-renung kan....
{ 2 comments... read them below or add one }
haish~
manusia mudah lupa..
aku ada gak simoan no akaun dlm hp..
heheh~
hahhaaha!
nasib baik aku pose yg berbaju!kah3
Post a Comment