Chedet Saing Aku

by Zoul on 26 February 2009

Semalam aku menjenguk kat chedet.. aku baca chedet memperkatakan tentang situasi politik di perak. Ringkas dan padat isi entry chedet dan komen yang datang dah hampir 300 komen. Fuhh.. kalau jadi chedet jenuh aku nak baca komen yang lagi panjang dari entry tu. Memang tak dinafikan blog chedet ni memang terkenal {boleh dipanggil the most famous blogger di malaysia} disebabkan oleh siapa chedet itu sendiri... dan aku terfikir macamana agaknya orang macam aku nak jadi blogger terkenal macam chedet. Ada yang berpendapat blogger ini ada dua jalan yang perlu dilalui sebelum menjadi famous blogger..




























Bagi aku, cara itu senang nak tulis dari buat.. Namun begitu memang untuk jadi blogger yang terkenal akan ambil masa terutamanya kalau kita ni bukan dari kalangan yang punya nama yang popular.

Aku juga sempat perhatikan apa perbezaan blog chedet dengan blog aku... mungkin aku boleh jadikan inspirasi untuk aku jadi famous blogger {tak habis-habis berangan}

Blog Chedet: Dipunyai oleh Tun Dr Mahathir {bekas perdana menteri yang terkenal}
Blog Cuiit: Dikendalikan oleh seorang rakyat malaysia yang tak dikenali

Blog Chedet: Pangkal nama blog "C"
Blog Cuiit: Pangkal nama blog "C" juga

Blog Chedet: Background putih
Blog Cuiit: Background hitam

Blog Chedet: Platform Berbayar
Blog Cuiit: Platform Percuma

Blog Chedet: Berjuta pengunjung
Blog Cuiit: Berjuta yang tak mengunjung

Blog Chedet: Ada sediakan iklan mahal
Blog Cuiit: Iklan free pun tak ada

Blog Chedet: Dikomen oleh beribu orang
Blog Cuiit: Dikomen oleh kengkawan jer {I luv you lah}

Blog Chedet: Blog yang simple dan agak tak tersusun terutamanya bahagian header
Blog Cuiit: Cantik sikit dari Chedet {Perasan}

Blog Chedet: Blog yang berkisar tentang politik semasa
Blog Cuiit: Blog yang merapu {nanti kalau tulis pasal politik kena ISA pula}

Blog Chedet: Tuan punya blog ni memang aku kenali
Blog Cuiit: Tuan punya blog Chedet tak kenal aku pun {walaupun aku dah kenal dia berpuluh tahun lamanya}

Blog Chedet: Tuan punya blog ni tak penah pun singgah blog aku
Blog Cuiit: Tunya punya blog ni selalu pergi blog Chedet {siap register lagi tau}

Blog Chedet: Tak nampak pun link blog cuiit.
Blog Cuiit: Ada link blog Chedet

Dan ada banyak lagi yang tak sama dari yang sama...
Dari apa yang aku tengok cuma satu saja yang sama.. pangkal nama blog nya bermula dengan huruf "C".. yang lain semuanya tak sama... huh macamana nak jadi famous blogger ni...
{tak habis berangan lagi rupanya aku nih...}

{ 9 comments... read them below or add one }

julietANNA said...

hahah.
kalau blog mcm ko ni xfamous,blog aku jauh lagi laa ;)

Ikaa said...

uishhh
gile ar
aku da jengok blog chedet tuh
bapak manyakkkk komengg
jeles tuuu
har har
rilex la cuiit
aku tao ko akan bejaye 1 ari nnti*ayt na sdapkan ati
hahah
smoge success lam dunia blogger yer
trafik ko pon tggi
dri trafik blog aku
haremmm
;P

Anonymous said...

hoho jgn risau, klu ada usaha lbh, blog ni pasti femes

:::jillian de jill::: said...

kelakar lah bila baca.... ko ni suka buat bandingan eh... ce ko buat cerita yang menarik perhatian org,.... kompem ramai dtg blog ko...

blog aku tak trafik tinggi pun tak kisah...heh?... skang dah kisah dah... nak duit dari adsense n nuffnang... kene kesahhhhhhhhhhh...

tapi malas nak cite pasal dunia politik... malas nak cite pasal ekonomi... macam kamu jugek.. takut kena ISA...

siapa la aku...

alien said...

giler ah..
sama la dedua setat C..
xlama lagi kene r tempias kepopularitian tue..
xlama lagi

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

hehehe.. macam-macam la awak ni cuitt..hahaha..

Blog Chedet: Tuan punya blog ni tak penah pun singgah blog aku
Blog Cuiit: Tunya punya blog ni selalu pergi blog Chedet {siap register lagi tau}

hehehe.. berjaya buat lemang tersengeh..

Kapten Luffy said...

ko jadi famous cara jahat pun blh... famous gak,... hahaha

Anonymous said...

haha..
ape ko tulis kat atas tuh semuanya betul..
hehe..part blog ko lagi cantik dari chedet tuh pun betul gak..
hehehe..
pic ko tuh smart dan penuh berinformasi..
kalo aku nak amik boleh?
hehe..
satu gambar terangkan segalanya..

Sheikh said...

salam Bro ! Traffic light di Kajang nie jauh lebih banyak berbanding traffic yg datang ker blog aku... !

Tapi syukurla daripada hanya kenal batu block... dah reti berblog hehehe !

Post a Comment