Gay Dan Lesbian, Mana Yang Best

by Zoul on 10 February 2009

Apa dah jadi dengan dunia hari ini. Kalau dulu bila kata lesbian atau gay aku terbayang muka-muka mat saleh atau minah saleh. Tapi sekarang bukan lagi putih yang terbayang, dah ada macam-macam kaler. Kalau kaler tu hitam berkilat, kira ok lagi lah, tapi sekarang ni kaler yang terbayang dah sama kaler dengan aku yang tak berapa putih ni. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Adakah semua ini hasil wujudnya dunia tanpa sempadan atau sebab orang dah tak tengok badan.

Aku sendiri pernah terlihat dua gadis ayu berjalan berpegang tangan sambil berborak. Serta merta fikiran aku menjadi negatif... Kalau dulu bila orang nampak benda macam ni, takkan jadi hal punya. Biasalah pompuan dengan pompuan 'boleh buat apa..'. Kalau sekarang ni, jangan lah cuba buat memang korang akan kena cop lesbian punya lah. Sebenarnya tak salah kalau pompuan rapat dengan pompuan. Korang nak berpeluk pun boleh asalkan korang memang 'genuine' pompuan. Takkan ada rasa apa-apa kan..?

Tapi macamana boleh berlaku dan berleluasanya lesbian kat malaysia ni. Aku rasa pelik betulla... Dah tak cukup lelaki ke kat sini. Atau lelaki kat malaysia ni dah tak 'best'. Kalau gay tu mungkin aku tau la sebabnya.. Sebabnya diorang belajar dengan mat-mat bangla yang selalu berjalan berpegang tangan. Romantik ooiii... Tapi korang kena paham la.. bini diorang jauh, nak balik selalu tak cukup duit tambang. Jadi gunakan lah segala 'kemudahan' yang ada dengan sebaik-baiknya. Itu kalau mat bangla.. ni yang mat malaysia nak ikut sama pehal..? Dah tak de pompuan dah ker?

Aku bukannya nak mengeji, memang semua itu adalah kehendak yang Maha Esa. Tapi kita juga disuruh berusaha untuk berubah. Kalau dah tau adanya perasaan 'pelik' sesama jantina dalam diri tu, berusahalah untuk menghindarinya. Aku tau itu bukan kerja senang dan bercakap lebih senang dari membuat, tapi itu kan salah... kenapa masih nak pertahan kan. Tak rasa jijik ker?

Heh.. terover pulak aku nih... sebenarnya benda ni timbul waktu petang tadi. Aku tengah melepak kat tepi padang bola {letih lepas main bola la kononnya}. Waktu tu ada ramai budak-budak kecik tengan bermain sesama diorang kat tepi padang yang sama. Dengan tak semena-mena datang dua orang budak, lelaki dan perempuan dekat pada aku. "..pakcik..pakcik {tuanya aku}, kitorang nak tanyalah.. yang mana best, jadi lesbian ke jadi gay ?..." Aku terkejut.. sampai tak boleh nak jawab. Mana diorang dapat idea tu... aku tak tau lah. Tapi yang aku tengok budak lelaki tu kata jadi gay best... budak pompuan tu kata jadi lesbian laaagi best.

Aku cuba bayangkan... Malaysia pada tahun 2021... kad jemputan yang aku dapat berbunyi......Walimatulurus.. kami menjemput Datuk/Datin/Encik/Cik/tuan/puan ke majlis perkahwinan anak perempuan kami sherrymah binti amboi dengan pasangannya rosylieanna binti wah pada 15 hb Ogos 2021 bertempat di.......
Semoga kehadiran Datuk/Datin/Encik/Cik/tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis ini..


{nama yang tersebut hanya rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dalam ini pilem}

Renung-renungkan....

{ 20 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

klu nk tgk aksi lesbian,
dtg ke skola sume pompuan,
blambak kt sana.
=.="

FARYN said...

BISEX gi best...ahhaahah....

Unknown said...

salam nazz... aku mintak ampon mintak
maap... lame bebenor aku cume menjadi
silence reader kat blog ni tanpa meninggalkan
sebarang komen. maklumla aku sebok menyiapkan
projek. alhamdulillah. sekarang ni dah sampai
ke final step. lagi pon hari ni boss tadak...
hahaha... sukenye aku.

P/S:- hari ni aku nak buat rekod membuat komen
untuk semua link yang ade kat blog aku
start dari A-Z.

Salam ceria dari aku untuk mu sekeluarga~
AzmanIshak.Com

Jard The Great said...

huhuhu.... why oh why??? aku tak fhm la kenapa ade golongan ini.. huhu..

ps: thanks bertandang ke 'rumah' ku

Ikaa said...

har har har
skola aku lu rmai lesbo
almaklumlar skola fomfuan sumer
rosak mate.rosak mate.
dunia da akhir zman..
hee~

Kapten Luffy said...

gila ah... budak2 pun tau benda tu skang ni...

GeNeRaSi MaLaYSia said...

sungguh bahaya keadaan di malasyia jika perkara seperti ini dibiarkan begitu sahaja..
adakah kite mahu bangsa kite menjadi seperti kaum nabi lut..
nauzubillah..
jauhkan lah mende ini dari tanah air ini..

Anonymous said...

huh!mmg xleh disangkal lagi.lelaki kalo tgk skali..mcm tulen.tgk2 gay or nyah. pompuan tgk skali ladies giler tp les rupanye.dunia akhir zaman

Beli Domain said...

tah ler nazz.. sedey kalo tgk cm2.. tp nafsu ni kter sukar nk jangka.. kn??
bergantung pada niat msing2 jugak.. yang penting kuat iman...

astaghfirullahalazimm... mntak simpang...

psnan --> rajin sungguh naz ni wat entry panjang2..

mr.syazwan said...

FUUYOOOOO tajuk GEMPAK SEYH..
ermm skrang ni da byk daa kes2 mcm ni..
bg WAN lantak p dorang nk kwn ngan sesama jenis sekali pun JANJIIIII BERPADA...tu je kot..
sekian.. ('',)

Anonymous said...

salam nazz, ini cubaan menulis komen kali ke-2...

pada zul, isu ni mesti ditackle dengan berhemah... sbg masy kiter takleh nak pinggirkan golongan ni.. tindakan ni akan menyebabkan mereka lebih terasing dan akhirnyer mencipta dunia mereka sendiri... sebaiknya, kiter menghampiri golongan ini dan memahami mereka... insyaAllah dengan tunjuk ajar yg baik, mereka boleh berubah...

Anonymous said...

dua2 pun xbest!
muahaha
jadi normal kn lagi best...
xde la nak tambah dosa yg dah mmg bnyk tuh...

sirap oren said...

dunia dah akhir zaman.... aku tak tau la kenapa perempuan kat malaysia macam tu. dulu sibuk isu perempuan muda memilih lelaki tua, pastu isu pengkid @ lesbian lastly isu pempuan m'sia minat lelaki seberang. salah sapa larh ni?

a.b geldofg said...

tk dpt aku byg kan :(

Ir. hydir said...

Salam nazz...

Isu ni mmg wujud dan byk faktor penyebabnya..

1. Naluri manusia mmg hendak kepada perasaan kasih syg dan jika ada pihak yg ambil berat akan dirinya maka lama-kelamaan perasaan [cinta] boleh muncul.

2. Dasar langit terbuka sekarang ni [internet] memberi kesan kpd golongan remaja sekarang. Capaian kepada perkara yg baik n tidak baik amat mudah diperolehi. Rm 3/jam di CC cukup murah untuk golongan remaja n dewasa cari maklumat yg tidak dikehendaki itu.

3. Kita disogokkan dgn gaya hidup yg [open minded], lelaki keluar dgn perempuan - biasa, kluar tgk wayang mlm2 buta - biasa, kiss2 - biasa, ringan2 - biasa, gi sekolah pakai tudung, gi kedai bukak tudung - biasa, gi konsert - biasa, etc.

4. anak2 tak diasuh tentang hubungan lelaki dan perempuan oleh ibubapa mereka semnjak kecil. Tanggungjawab bnyk di lepaskan pada guru.

5. Ilmu agama tak diterapkan dgn baik dalam diri kita. Kita tahu tapi tak buat. Perempuan pakai tudung tapi baju lengan pendek. Lelaki rajin main bola tapi pakai short!

Kesimpulannya, kita perlu kepada Agama untuk mejadi benteng iman kita daripada anasir2 ini.

[Jika kita hendakkan dunia, kita perlu kpd Ilmu;
Jika kita hendakkan Akhirat, kita perlu kpd Ilmu;
Jika inginkan kedua2nya, kita perlu kpd Ilmu]

p/s: Saya sekolah lelaki shj dari sekolah rendah sampai menengah, takde masalah pun, kawan2 kepala hotak gila2 jugak tp xde timbul isu lesb n gay ni... sibukkan diri dgn aktiviti untuk jauhi anasir ini!

[Mulia aku kerana ISLAM!]

Ana Syanaz said...

lesbo??gay???napa ekk terjadi???aku rasa la sbb aku pon xdpt rr sbb dia,,huhuhu,,mgkn ikut ati muda sgt kot,,doakan aja yg terbaik,,

Anonymous said...

hahah ... tx for coming to my side .. tajuk nie ..sungguh menarik minat ... so terletak la tapak jari di sini dengan tulisan² ini ...

banyak nak dikongsikan , ditaipkan, dan dikomen untuk tajuk nie ... tapi ..biarlah dulu ..

salam

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

budak2 skrg ni mmg xpk pnjang keja nk seronok jer...bila dh besaq n timbul mcm2 mslh baru nk menyesal...

Project2000 said...

sbnarnyer..isu gay dan lebian nih terjadi sbb pengaruh kawan2 dan cara hidup..aku pn penah terjebak..mmber aku yang ajar aku..rupe2 nyer die pn sama mangkuk..

Project2000 said...

mase di asrama aku di pakse senior aku untuk tido ngan die dan jd bf plak tuhh...klu xbuat mmag kene pnyerr..so semue nih berpnce dr kiter...jgan salahkan orang laen sbnarnyer...

Post a Comment