Tanah Melayu Dah Kena Jual

by Zoul on 11 February 2009

Satu hari pada tahun 1921.


Di sebuah surau, seorang lelaki sedang berbincang bersama beberapa orang sahabat untuk bersama-sama meneroka hutan berdekatan untuk dijadikan kawasan untuk bercucuk tanam. Selepas dipersetujui bersama maka mereka yang seramai lima orang pun memulakan kerja membersihkan hutan. Dengan hanya berbekalkan parang dan kapak mereka bertungkus lumus menebang pokok-pokok hutan yang kebanyakannya sebesar dua hingga tiga pemeluk itu. Pada suatu hari tanpa disedari seekor pak belang sedang memerhatikan juadah tengaharinya yang seramai lima orang dan tanpa membuang masa ia telah menerkam salah seorang dari mereka.



Mereka cuba menentang namun seorang rakan mereka telah tewas dibaham pak belang. Begitupun, ia tidak melemahkan semangat mereka yang tinggal. Akhirnya selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berdepan dengan berbagai-bagai cabaran, akhirnya cita-cita mereka telah tertunai. Tanah lapang dihadapan mereka ditanam dengan pelbagai tumbuhan yang berguna termasuk kelapa, kopi, getah, durian dan sebagainya.

Sebagai imbuhan, setiap seorang dari mereka mendapat sepuluh ekar seorang. Mereka telah berjanji walau apa yang berlaku akan tetap mempertahankan tanah tersebut dari jatuh ke tangan orang lain, terutamanya bangsa asing. Maka tinggallah mereka di tanah tersebut hingga berumah tangga dan berkeluarga.


Hari ini pada tahun 2009.

Kat sebuah kedai kopi, seorang lelaki tengah berbincang dengan beberapa orang kengkawannya untuk sama-sama membersihkan sebidang tanah. Maklumlah tinggal di tanah setinggan ni tidak menjamin masa depan mereka. Macam yang dah dijanjikan, diorang pun bertolak dengan menaiki Proton Wira ngan Toyota Land Cruiser mencari tanah tersebut yang terletak disebuah kampung. Lepas penat bertanya ke sana-sini 'at last' tanah yang dicari pun dapat diorang jumpa.

Cepat jer diorang keluarkan peralatan canggih dan mulakan kerja membersihkan kebun tersebut. Segala semak samun habis diterbasnya, parit yang terkambus digali balik, penanda tanah yang terbenam dikorek semula... Macam-macam haiwan merbahaya diorang jumpa, dari ular, kala jengking, lipan dan macam-macam lah. Itu semua tak jadi hal buat diorang. Akhirnya, habis bersih kebun tersebut.. barulah nampak pokok kelapa, pokok kopi, pokok durian, pokok manggis... macam-macam pokok lah.

Sebagai imbuhan, setiap seorang dibagi gaji sebanyak RM1500.00 seorang. Lepas tu semua balik meninggalkan kebun tu... melainkan lelaki tadi. Dia duduk memerhatikan kebun tersebut sambil bercakap kat talipon bimbit. Tak lama lepas tu datang sebuah kereta menuju ke arah lelaki tersebut. Keluarlah seorang towkey cina sambil bersalam dengan lelaki tersebut. Tak berapa lama lepas tu towkey cina tu keluarkan cek yang bertulis RM500,000.00 dan dibaginya pada lelaki tadi.

Rupanya kebun tersebut dibersihkan untuk dijual.... dan lelaki tadi merupakan cucu lelaki yang meneroka tanah tersebut...


Paham tak citer tadi... kalau tak paham ini short formnya...

"Atuk susah payah, anak hidup senang, cucu pula....menghabiskan...."

Kat mana Melayu selepas ini...?

{ 12 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Mmg mula2 x faham..payah nak memahami..nasib baik ayat last tu menyenangkan kerja ku~ lalala

Ir. hydir said...

Itu le org Melayu...nak kaya senang n cepat..
usaha taknak...

Jd macam kt JB, org Singapore beli rumah2 kat JB kwsn bandar.. dok le org Melayu hujung2 tanjung sana...
:P

Anonymous said...

uish! bukan main panjang rupanya ada ayat yang begitu padat.. hehe..

melayu skang lahir2 dah senang..
sebab tu takde rasa nak 'menghargai'

:::jillian de jill::: said...

membangkitkan keinsafan lah pulak entry ini...

golongan seperti cucu tersebut tidak memikirkan masa depan...

seperti yang terjadi kat jiran aku ni ha...

patotnya si orang tua itu berusaha dapat kan tanah dan rumah tu balik demi isteri tercinta yang tidak pernah merasa hidup di rumah sendiri...

dan juga untuk anak anak...

pakcik tersebut seperti yang dimaklumkan anak nya sanggup menerima habuan...

patotlah malam itu ramai sungguh ahli keluarga bertandang ke rumah pakcik... rupanya tembelang ayah mereka sudah pecah!!! mahu di jual geran itu kepada org lain...

Kapten Luffy said...

semua org nak cepat kaya cam tu ler

chekgu Bani Hassim said...

itu laa masalahnye...
org kite ni, kdg2 senang tergoda dgn duit...
cine mmg pandai bab2 gini...
cine ni berpandangan jauh, pandai kumpul rete..
org kite ni tau nk jual rete je...

erm...
rumah makin mahal, org dier je yg mampu beli, org kite ni dok nyewa je...

sirap oren said...

didikan kebanyakkan ibu bapa sekarang yang suka penuhi semua permintaan anak sebab tak mahu anak rasa susah macam mereka. sebab tu la bila anak tak pernah rasa susah mereka akan pilih apa sahaja jalan nak dapatkan wang. dan perangai macam ni akan turun dari satu generasi ke satu generasi bangsa melayu kita ni.

Ana Syanaz said...

paham aja ctanya,,emm tp ank muda skg mmg hanya taw mghabiskan apa yg ada ja,,jrg sx nk pkir utk mnambahkan nya,,huhuhu

Jard The Great said...

erkk...

bapa sll kata.. diorg dulu2 susah.. skang plak bebudak dok senang jak..

Anonymous said...

haha..
aku faham..
moralnya..
jgn laa memandai jual tanah warisan..
itu jer yg tinggal pada org melayu..
walau kita takde duit takpe..
jgn tanah tergadai..

:::jillian de jill::: said...

Jaws

February 13, 2009 1:06 AM

haha..
aku faham..
moralnya..
jgn laa memandai jual tanah warisan..
itu jer yg tinggal pada org melayu..
walau kita takde duit takpe..
jgn tanah tergadai..


walau tak de duit....

Anonymous said...

Walaupun apa terjadi,
jaga harta benda kita,
Jangan senang tergadai,
kelak nanti anak cucu yang merana.

Post a Comment