Jadi Kaya Dengan RM200

by Zoul on 07 February 2009

Ekonomi malaysia meleset... ramai yang jadi penganggur. Ramai orang seluruh dunia sedang menghadapi masalh ini. Di negara kita juga tidak ketinggalan dan kalau kita peka dengan keadaan ini kita akan sedar bahawa ramai pekerja di malaysia telah menjadi 'bekas pekerja'. Walaupun kesannya setakat ini tidak begitu meluas dan ramai yang belum terkena tempiasnya, kita tetap perlu berhati-hati terutamanya dari segi kawalan kewangan kita.

Ada diantara kawan-kawan aku yang dah dibuang kerja dan jadi penganggur sekarang ini. Terutamanya mereka yang sebelum ini bekerja di syarikat yang berasaskan elektronik. Jadi apa yang boleh mereka lakukan bagi meneruskan kehidupan mereka? Untuk mendapatkan pekerjaan baru pada masa ini agak mustahil. Aku yakin ada ramai lagi yang senasib dengan kawan-kawan aku ini. Apa yang boleh aku katakan, kita tetap perlu berusaha dan jangan patah semangat... ada banyak cara lain untuk kita meneruskan kehidupan kita.

Mungkin kisah seterusnya ini boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang terlibat bagi memulakan sesuatu yang baru. Kalau kita ingat lagi negara kita pernah mengalami masalah ekonomi yang meruncing sebelum ini. Pada waktu itu ada lima orang kenalan aku telah mengalami nasib yang kurang baik apabila mereka ini telah dibuang kerja. Tetapi untuk kali ini aku akan hanya tuliskan kisah salah seorang dari mereka dahulu. Kalau ada ruang, mungkin aku akan tuliskan yang lainnya pula.

Ok.. nama kenalan aku ni aku panggil bang ngah (Nama sebenar aku tak nak tulis sebab tak dapat kebenaran dari tuan punya badan). Sebelum ini bang ngah bekerja di sebuah kilang elektronik yang besar di Shah Alam. Waktu kemelesetan ekonomi berlaku dia baru bekerja lebih kurang dua tahun di syarikat tersebut.
Sewaktu menerima notis pemberhentian tu dia rasa macam nak pitam, maklumlah dia dah berumah tangga dan punya seorang anak kecil. Dipendekkan cerita, habis satu Shah Alam, PJ, Subang Jaya dan Klang dirayaunya untuk mencari kerja. Tapi semuanya 'hancuss'..

Dia mengganggur selama hampir empat bulan..sampai hampir licin duit simpanan. Mungkin nak dijadikan cerita, satu hari waktu dia melintas di depan sebuah sekolah tiba-tiba timbul idea untuk meniaga. Bila bercakap tentang berniaga ni memang seronok terutamanya bila bercakap tentang untung... itu kalau kita ada modal. Tapi bayangkan nak berniaga tapi tak ada modal. Apa perniagaan yang boleh dibuat...? orang sekarang selalu kata 'jual bontot' aje lah. Ini lah yang berlaku pada bang ngah.

Balik saja ke rumah dia terus beritahu isterinya apa yang dia plan. Mulanya isterinya membantah juga, maklumlah tak ada modal dan pengalaman berniaga. Tapi setelah bang ngah yakinkan isterinya, terpaksalah isterinya setuju. Korang tahu berapa duit yang tinggal dalam simpanan bang ngah? RM300.00 sahaja tau. Dengan modal RM200.00 bang ngah memulakan perniagaannya. Menjual buah potong dan air oren di depan sebuah sekolah. Hari pertama berniaga... untuk sikit sebab hari hujan. Hari kedua berniaga, bergaduh dengan peniaga buah yang lain di situ. Peniaga tu kata bang ngah nak cilok untung biasa dia.

Hari ketiga, bang ngah cari tempat baru dekat dengan kawasan kilang di shah alam. Bang ngah mula dapat untung RM50.00 sehari. Bang ngah terus berniaga sehingga dia boleh mendapat untung RM200.00 sehari. Bang ngah kata.. bila dia mula dapat untung RM50.00 tu lah dia mula rasa bersemangat. Bang ngah kumpul duit dan berjaya membeli lori kecik buat berniaga setelah setahun setengah berniaga. Selepas lima tahun bang ngah telah membeli sebuah kedai dan membuka restoran. Dalam dia membuka restoran ayam kampung, perniagaan gerai buahnya masih berjalan seperti biasa. Restorannya... isteri yang jaga.

sekarang bang ngah ada sebuah rumah yang sederhana, restoran (dan aku dengar dia nak buka cawangan di tempat lain), sebuah kereta wira aeroback dan sebuah kereta toyota camry. Sewaktu aku terserempak dengan bang ngah baru-baru ini, dia masih macam dulu.. jual buah potong dan air buah.. cuma yang berbeza, untungnya sekarang RM350.00 sehari dengan menjual buah.

Macamana sekarang? sapa kata dengan RM200.00 tak boleh jadi kaya selain dari beli nombor ekor? Itu pun kalau bernasib baik.. he he. Aku harap ini boleh dijadikan inspirasi pada sesiapa yang mungkin sedang terdesak sekarang ini. Mulakan lah sesuatu.. ingatlah kadangkala benda yang kita rasa memalukan itu sebenarnya menguntungkan.. Kalau tak percaya tanya pada mat bangla yang kerjanya cuci kereta dengan naik basikal bawak satu baldi, sabun, berus dan tuala saja. Mereka ni selalunya kita boleh jumpa di bandar-bandar besar. Adakalanya untung mereka sehari mencecah ratusan ringgit tau...

Renung-renungkan......

{ 12 comments... read them below or add one }

a s m said...

rezeki mengikut amalan

humbleandmodest said...

rezeki...
belum cuba blom tau...

Kapten Luffy said...

kalau nak senang sememangnya kena berniaga... dengan ilmu dan ketabahan.

makan gaji tak akan kaya sampai bila2 pun

Fyzue said...

9 drp 10 pintu rezeki ada dalam perniagaan..kalu kena cara dn ikhlas, mmg dpt untung dn rezki yg halal.

Anonymous said...

baru je nk buat... tapi tak mo cite lelebih.. modal belum ada.. tgh tgu si pencari nafkah cari kat memana bank...

ingat nk nuat kedia makan jugak.. tapi

eh tak mo ah cite... lom ada modal langsung nih..

berbali kepad akisah di atas,
bagus eh.. memotivasikan aku nih.. ya xillix kamu pasti boleh!!!

Ir. hydir said...

[bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah2 esok kamu akan mati!]

usaha+doa=tawakal adalah resepi kejayaan

Anonymous said...

kalau nk seribu daya..
xnk seribu dalih

Minho said...

aku pon nak berniaga juga la...
idea dah banyak ni. hehehe..

p/s: Akhirnya, setelah lama menyepi..dapat gak ku baca post di sini. =]

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

bagus cerita nie..kalau ada usaha insyallah berjaya.

Sure kebanyakan kekawan lari time dia susah tu...kalau tidak mesti dia dpt kumpulkan modal yg lebih..

keje makan gaji nie kena selalu beringatlah..kejenya bukan dijamin berkekalan lama.

Semoga kita semua tabah menghadapi kesukaran. Bantulah dan ringankan sedikit beban kawan yang dalam kesusahan.

PAKLAN
http://www.jalakmas.blogspot.com/
http://papan9.blogspot.com/

Beli Domain said...

hoo yeeeyy.. finally... seph bleh post kt komen kt blog cuiit.. :-)

komen seph.. sekarang ni kter jangan tkut utk mencuba.. berniaga mmg ada risiko.. tp kalo x cuba.. kter x tau risiko n cara penyelesaiannye...

Ikaa said...

brniaga tuh adelah untung gakk
kt tenet pon mcm2 leh niaga
skg nih web designer pn dpt incme juta2
cam irfan khairi tuh
alngkah beshnyer dpt duet gitu
huhuh
;PP

Anonymous said...

sikit2 lama lama jadi bukit..
mulakan dari bawah..
naik keatas..
nanti kamu akan sampai juga ke puncak..
tidak lari gunung dikejar..
hehe..

Post a Comment