Perempuan pilih lelaki yang macamana...?
orang kata: perempuan tak cari lelaki yang kacak jer
aku kata: memang perempuan tak cari lelaki yang kacak aje, tapi diorang cari lelaki yang dia tak rasa malu bila bersama (kalau boleh dia rasa bangga bila bersama..)
orang kata: perempuan tak mencari lelaki yang perwatakannya menarik jer.
aku kata: kalau dah lelaki tu menarik... nanti hilang pulak dia punya daya penarik bila bersama (nanti orang kutuk dia tak sepadan lah tu..)
orang kata: perempuan tak suka sangat lelaki yang terlalu berfesyen (up-to date)
aku kata: perempuan suka lelaki yang nampak berpenampilan bijak (smart) kalau dah berfesyen sangat nanti dia tak de chance nak beli tudung baru, kasut baru, handbag baru....
orang kata: perempuan cari lelaki yang lebih tinggi
aku kata: betul tu.. dia cari yang lebih tinggi... diulangi lebih tinggi...bukan lebih obesiti
orang kata: perempuan tak suka lelaki yang gelak-gelak waktu berjalan kat belakangnya
aku kata: memanglah macam tu sebab perempuan ni lebih handal dalam bab mengumpat kat belakang nih..
orang kata: perempuan tak suka lelaki yang merokok
aku kata: nanti kalau dah kuat merokok, duit habis tak leh tengok wayang (rokok mahal wo..)
orang kata: perempuan suka lelaki yang lemah lembut (gentle)
aku kata: tapi perempuan tak suka yang awwww...
orang kata: perempuan tak suka lelaki yang datang lambat bila berjanji
aku kata: tapi perempuan tak tau yang lelaki tak suka perempuan yang suka lambat sangat waktu membeli belah...
orang kata: perempuan suka lelaki yang mengambil berat (caring)
aku kata: tapi dia tak peduli pun bila lelaki 'merajuk'
orang kata: perempuan suka lelaki yang ingat dan bagi hadiah hari jadi
aku kata: hey.. bila kali terakhir ko belikan hadiah boipren ko..
orang kata: perempuan suka lelaki yang kuat dan gagah
aku kata: tapi perempuan tak suka lelaki yang kuat...makan jer
orang kata: perempuan suka kalau lelaki ajak dia pegi makan (kalau boleh yang romantik)
aku kata: senang.. nanti bila dah kawin tak payah masak....
orang kata: perempuan suka kalau lelaki tu boleh berbaik dengan keluarganya..
aku kata: tapi jangan harap perempuan suka tinggal dengan keluarga lelaki bila dah kawin
orang kata: perempuan suka lelaki yang menjadi pendengar yang baik bila ada masalah
aku kata: jangan harap perempuan nak dengar masalah lelaki yang kehabisan duit belanja
orang kata: perempuan suka lelaki yang matang
aku kata: tapi bukan yang dah gugur giginya tu..
orang kata: perempuan suka lelaki yang tak berlagak
aku kata: tapi perempuan yang selalunya sombong...kan?
orang kata: perempuan tak suka lelaki yang berbau busuk
aku kata: biar badan bau busuk dari busuk sebab mengumpat, mengata dll
orang kata: perempuan suka lelaki yang mempercayainya
aku kata: soalannya, perempuan yang itu boleh dipercayai tak?
orang kata: perempuan suka lelaki yang nampak mancho (jantan)
aku kata: dia takut nanti menyesal bila dah kawin.. hik hik
orang kata: perempuan suka lelaki yang pandai mengaji
aku kata: supaya senang ajar dia nanti.. jd sekarang boleh la berpoya-poya
orang kata: perempuan suka lelaki yang sederhana
aku kata: maksudnya, ada rumah banglo sebijik, keta BMW 7 siries sebijik, ada maid dan macam-macam lagilah yang penting lebih sederhana dari bill gates
orang kata: perempuan suka lelaki yang rajin
aku kata: supaya boleh la dia chat ngan YM atau blogging selalu.....
Huih banyak lagi ni... tapi aku dah penat.......
{ 13 comments... read them below or add one }
pergh! ada gak yang padas kalau perempuan baca ni.. hahaha
perempuan jangan terlalu memilih...nanti jadi andartu kan susah..... hehehe
tak semua mcm tue..
pndaipndai la memilih..
;)
byk betolnyer..
kelakar le jugak kan....hehehe
thanks singgah ke blog saya
org pompuan nk yg tinggi2 pon, mcm dier tinggi...
nanti terkapai2 sape yg susah??haha
hahaha...
ni pandangan Nazz ke??
hurm..
suka2..
hahahhaa!btul la..aku pon mcm tu kot!
hoho..ni dr pengalaman ek..
tak semua perempuan macam tu..
don't judge a book by the cover
:)
orang kata: perempuan tak suka lelaki yang datang lambat bila berjanji
nazz kata: tapi perempuan tak tau yang lelaki tak suka perempuan yang suka lambat sangat waktu membeli belah...
aku kata:kalau bab membeli belah ada jugak lelaki yang lambat sangat membeli belah
orang kata: perempuan suka lelaki yang mengambil berat (caring)
nazz kata: tapi dia tak peduli pun bila lelaki 'merajuk'
aku kata: aku peduli haper............... ge ge ge.. tak de lah... nazz je kata gitu... kami org perempuan rasanya tau pujuk suami
orang kata: perempuan suka lelaki yang rajin
nazz kata: supaya boleh la dia chat ngan YM atau blogging selalu.....
aku kata:mmg aku suka lelaki yang rajin.. tapi bukan utk ber YM dan berBlog... sekadar membantu mana yang patot...tp laki rajin tang lain nak buat cemana..
orang kata: perempuan suka kalau lelaki tu boleh berbaik dengan keluarganya..
nazz kata: tapi jangan harap perempuan suka tinggal dengan keluarga lelaki bila dah kawin
aku kata: ga ga ga... aku rasa berbaik dengan tinggal tak sama maksud ah... semua org suka berbaik apa.. tak kira lelaki o perempuan... kalau tingal bersama keluarga mertua.. baik lelaki mahupun perempuan sama je tak suka...
orang kata: perempuan suka lelaki yang menjadi pendengar yang baik bila ada masalah
nazz kata: jangan harap perempuan nak dengar masalah lelaki yang kehabisan duit belanja
aku kata: kenapa begitu... org perempuan pisau cukur je buat macam tuh tau
WUHU..Menarik tul pendapat ko itus
Aku setuju gak sket2
lawak lah dan menarik.. cikja sukalah.. nanti boley cikja jadi tajuk kat blog cikja plak.. hahha:D
Post a Comment