Kelly Clarkson Kencing Berdiri

by Zoul on 12 March 2009

Hari aku nak cakap sikit tentang seorang pemenang American Idol.. Memang macam-macam hal dia nih. Memang tak dinafikan muka dan body dia ni memang cute lah. Terutamanya sewaktu awal kemunculannya selepas memenangi American Idol. Waktu itu dia ni slim lagi.. tapi sekarang agak 'berat' nampaknya. Sudah menjadi kebiasaan di Amerika, pemberita dan paparazzi memang selalu membuat mereka tak senang duduk. Biasanya ada sahaja perkara yang selama ini menjadi rahsia tiba-tiba menjadi hak public. Itulah juga yang terjadi pada si Kelly ni..

Baru-baru ini sewaktu ditemuramah oleh Blender Magazine Kelly telah secara terbuka mengaku dia suka 'peeing' waktu sedang bershower. Senang cerita, sambil mandi kencing berdiri lah tu.. dan yang bestnya lepas buang tu di kesat dengan tisu dan dia check pulak apa warnanya.. huih itu pun nak cerita juga ker..?

Memang betul-betul terbuka orang AS ni kan..

Bila dia ditanya, tak ada ke dia rasa yang buang air tu sepatutnya dibuat secara berasingan, ini jawapanya "kalau ada orang kata yang dia tak pernah kencing waktu mandi.. orang itu adalah penipu.." Ha ha ha.. aku pun rasa macam itu tapi, orang lain tu bukan selebriti dan lagi orang itu tak cerita pun kat mana-mana media.. Apa si Kelly ni, harap muka aja comel.. comel ker tu..?

Bila sipemberita tu menyentuh tentang tisu yang dicheck nya tu.. selamba aja dia kata.. kalau orang tu kena selsema ke.. kan kena check untuk pastikan berapa teruk selsema tu..

Ada komen yang mengatakan sepatutnya Kelly tak perlu lah nak kongsi cerita yang 'menjijikkan ni' walaupun ditanyakan oleh pemberita.. Tapi nampaknya dia ni 'terlebih suda..' dan katanya orang sekarang lebih berminat pada perkara-perkara yang 'real'... Oooo.. yang dia cerita ni dah real sangat lah tu yer...

Itu di Amerika.. tapi biasanya akan berjangkit ke negara kita. Pada masa tu nanti adalah artis yang akan terbongkar suka korek hidung sambil mandi ker atau artis mandi guna axion ker.. dan yang pasti... dunia artis ni meeeemang macam-macam...