Comment Form Di Bawah Posting

by Zoul on 19 April 2009

Entry kali ni adalah untuk membantu seorang rakan kita yang ada masalah dengan comment formnya.
Kita minat sangat dengan template yang ada di laman web lepastu kita download dan kita upload untuk gantikan template yang kita sedang guna. Selepas itu baru kita perasan comment form yang digunakan adalah jenis yang lama. Bermakna pembaca yang hendak meninggalkan komen perlu klik dan comment form akan muncul pada page yang lain. Ah tak suka cara yang ni.. ni cara yang lama. Macamana ni.. takkan nak tukar kepada template yang baru lagi? Kita dah cuba ikut cara yang ada kat blog kengkawan tetapi masih tak berjaya.. Ada tak cara yang lain?
Sebenarnya kalau kita nak cari template Blogger ni kita kena pastikan comment form yang digunakan adakah yang lama atau yang baru. Kalau kita memang tak kisah, itu tak jadi masalah..
Untuk template yang baru... comment formnya memang sedia ada di bawah posting, tetapi untuk template yang lama tetapi kita nakkan comment form yang jenis baru (di bawah posting) ada beberapa 'kerja' yang perlu di buat. Kalau kita search di internet pun ada banyak rakan-rakan blogger yang menerangkan cara-cara untuk menggantikan comment form yang lama kepada yang di bawah posting. Tetapi jika kita malas nak buat sebab banyak sangat step yang kena buat atau malas nak godek kod template... gunakan saja cara yang paling ringkas ni...

1-Login ke Blogger --> Layout -->Tanda centang pada Expand Widget Templates

2-Cari kod ini

<b:include data='post' name='comments' />

3-Di bawah kod tadi tambahkan dengan kod ini

<b:include data='post' name='comment-form'/>

4-Ia akan jadi seperti ini

<b:include data='post' name='comments' />
<b:include data='post' name='comment-form'/>

5-Preview template... jika tiada error yang keluar, savekan template.

6-Sekarang comment form anda dah bertukar yang di bawah posting..


Selamat mencuba

Nota:
Jika anda kurang faham langkah-langkah asas untuk update template KLIK SINI.

{ 2 comments... read them below or add one }

Kipas said...

info yg bagus... tp... aku nie bkn pandai pong pasal blog nie... klu ade contoh lg best... x pong gambar... senang gakk la org cm aku yg bute gakk IT nie...

Zoul said...

Kipas

Terima kasih di atas komen anda.. sila klik di bahagian nota, langkah asas edit Blogger Template..

Post a Comment