
Ok ini sebabnya.. sebenarnya jika kita mahukan duit lebih tanpa perlu bersusah payah menyertai affiliate program, meletakkan iklan seperti Google Adsense, Advertlets, Nuffnang dan sebagainya anda cuma perlu buat dua perkara ini (boleh buat kedua-duanya atau salah satu sahaja)
1) Usahakan agar blog kita mencapai Pagerank 6 dan ke atas.
2) Usahakan agar traffic blog kita mencecah ribuan sehari.
Apa sebab? Jika blog kita mencecah PR6 dan ke atas:
1) Kita boleh promosikan Pagerank blog kita dan pengiklan akan menghubungi anda untuk meletakkan iklan disite atau blog anda (harga iklan anda yang tentukan) Biasanya bernilai sekitar USD300.00 hingga USD3000.00 seminggu.
2)Kita boleh jual link (untuk backlink) nilainya mengikut PR lagi tinggi PR lagi mahal sehingga mencecah ribuan dollar sebulan. Perlu diingat Google tidak suka dengan site yang menjual link dan biasanya jika Google dapat mengesannya PR blog atau site tersebut akan diturunkan mungkin dari PR8 ke PR4 dan sebagainya.
Apa gunanya backlink tu pada pembeli? Sebenarnya salah satu cara untuk menaikkan pagerank blog kita adalah dengan mendapatkan seberapa banyak backlink dari site atau blog yang ber PR tinggi. Oleh itu jika ada (dofollow) blog yang ber pagerank 8 link dengan blog kita... bila google membuat semakan pagerank.. secara langsung pagerank blog kita akan melompat naik. Sebab itu kadangkala kita lihat satu-satu blog itu langsung tidak mempunyai pengunjung atau komen pada entrynya tetapi berpagerank sehingga PR8.
Kalau blog atau site kita mempunyai pengunjung yang setia berjumlah ribuan atau puluhan ribu sehari:
1) Letakkan tawaran untuk ruang iklan di blog atau site anda (harga mengikut kekerapan dan kedudukan iklan tersebut) Biasanya jika blog anda memang bertraffic tinggi, anda tidak perlu buat tawaran kerana pengiklan akan sedaya upaya cuba menghubungi anda.. di sini anda boleh demand untuk harga iklan tersebut.
2)Jika anda mahu, anda boleh sertai affiliate yang bernilai tinggi dan juga adsense. Kerana lebih ramai yang mengunjungi blog anda, kemungkinan iklan anda akan diklik adalah lebih tinggi.
Namun perlu diingat, jika blog anda adalah blog yang menggunakan bahasa inggeris sebagai perantara... peluang anda akan lebih tinggi kerana marketnya tidak terhad pada satu-satu zon sahaja.
Memang terdapat blogger Malaysia yang mendapat keuntungan dari kedua-dua cara di atas, nanti jika ada kesempatan aku akan listkan beberapa blog Malaysia yang boleh anda lihat bagaimana mereka buat duit dengan blog. Mereka ini tidaklah begitu terkenal seperti Irfan Khairi dan sebagainya... tetapi masih boleh buat duit ribuan dollar seminggu dengan blog...
Check PR blog anda di SINI dan beritahu kawan-kawan pagerank blog anda..
Semua ini karutan aku semata-mata, harap maaf kalau ada salah dan silap