Grrr Baca Nak, Komen Tak Nak!

by Zoul on 24 April 2009

Aku nak berhenti berblog ni..! korang pun macam tak support aku.. kalau dah baca entry aku tu, komenlah.. sedap tak sedap pun komenlah.. Antara ayat yang terkandung dalam entry blogger yang kecewa dengan pengunjung blognya. Kenapa kita nak orang datang dan komen blog kita? Pada mereka yang sekadar berblog untuk "syok sendiri", perkara ini tidak akan timbul. "Kalau orang nak baca blog aku bacalah.. tak nak pun tak apa.." "blog aku.. aku punya sukalah apa yang aku nak tulis.."
Tetapi bagi blogger yang punya perancangan dengan blognya, tentu ini amat mengecewakan.. Perancangan mungkin bermaksud blogger tersebut mungkin ingin menjadikan blognya sebagai salah satu sumber pendapatannya. Tetapi sebelum kita merasa kecewa, adakah kita sudah melakukan yang terbaik atau apa yang perlu bagi memastikan apa yang dirancang akan menjadi kenyataan? Jika yang merasa kecewa itu adalah blogger baru.. bagi aku itu tidak sepatutnya berlaku. Kita kena berusaha lebih keras lagi.. cuba perhatikan blogger yang telah berjaya.. adakah mereka mengambil masa yang singkat untuk berjaya? fikirkan ya..
Ada beberapa cara yang digunakan oleh blogger dari awal sehingga sekarang untuk menarik pengunjung dan seterusnya meninggalkan komen pada blog mereka. Ada yang menggunakan RM sebagai umpan untuk menarik pengunjung. Ada yang menggunakan entry yang kontroversi dan ada juga yang menggunakan perbezaan lelaki dan wanita sebagai kandungan cerita ceriti blog mereka. Walau apa pun kaedah yang digunakan, nampaknya mereka berjaya dalam usaha mereka itu.
Namun bukan semua blogger boleh menggunakan kaedah yang sebegitu.. jadi apa cara lain yang ada? Contohnya blog ini, blog yang masih muda dan tak punya pengunjung yang ramai.. jadi apa yang patut aku buat? mungkin cara yang di bawah ini boleh membantu..

1-Jangan tulis entry secara sembrono.. kalau boleh buat entry yang mengkhusus kepada satu-satu tajuk dalam satu blog. Jika terlalu umum, pengunjung tidak faham apa tujuan dia datang melawat blog tersebut.

2-Gunakan widget yang ada sebaik-baiknya.. samada anda menggunakan wordpress atau blogger letakkan lah widget atau plugins yang perlu seperti Related post, Recent Post, Label, Top Commentators dan sebagainya. Semua itu adalah untuk keperluan pengunjung.

3-Jangan biarkan entry anda kosong tanpa graphic atau photo.. Kalau boleh letakkanlah grafik atau gambar yang berkaitan dengan entry supaya entry tersebut nampak tidak layu.

4-Kerap menulis entry atau post.. Jangan biarkan blog anda tidak diupdate lebih dari 3 minggu. Ingat pembaca anda sentiasa tertunggu post anda yang seterusnya jadi, janganlah biarkan mereka jadi fed-up.

5-Promote dan linklah blog anda sebanyak mungkin.. Memang ini sesuatu yang agak malas untuk dilakukan.. tetapi ia perlu bagi memastikan blog anda boleh dikesan oleh mereka yang sebelum ini tidak mengenali blog anda.

6-Jangan Copy dan Paste kandungan blog orang lain walupun dengan kebenaran. Kita suka dengan satu-satu entry rakan blog, jangan tiru bulat-bulat.. cuba buatkan kelainan dengan entry anda walaupun ceritanya sama.

7-Reka tajuk entry dengan kreatif.. buatkan tajuk entry kita boleh menarik pembaca.. contohya Barack Obama talipon aku.. tentu orang hendak tahu kenapa Barack Obama talipon kita.. walau sebenarnya mungkin Barack Obama itu adalah panggilan buat adik kita...

8-Bagi sedikit hadiah atau tawaran dalam bentuk wang ringgit.. jika anda boleh mendapat pulangan dengan kedatangan mereka apa salahnya keluarkan sedikti modal untuk menghargai kedatangan atau komen pelawat blog anda.

9-Jika anda telah berjaya dengan bidang anda.. kongsikanlah kejayaan itu dengan pengunjung blog anda. Mungkin cerita anda akan memberi inspirasi buat mereka... dan mereka akan datang lagi...


Amacam? panjang tak entry kali ni.. semua ini karutan aku semata-mata.. aku mintak maaf kalau ada salah dan silap...

{ 50 comments... read them below or add one }

Jard The Great said...

okok.. aku dtg nak komen ar nih..

aku slu gak dtg sini.. tp sbb lambat sgt nak upload page ko.. aku rase serik plak.. huhuhu..

Mr x7 said...

tolong jgn hempuk aku dgn laptop tu. baik bagi aku je. wakaka..

ingat ke pasal kau tadi. weh, aku buat contest RM bkn nak suruh org komen, aku ada masalah ni kat opis. (wakaka.. tetibe je aku terasa)

Anonymous said...

aku ingat ko marah sbb aku lama x komen!

Unknown said...

hehehe.. satu tajuk menarik dan pembukaan
entri yang mantap. tahniah.

moge lepas ni bertambah mantap blog hang.

tambah sket:-
aku tak berapa nak selesa kalau ade yang datang,
lepas tuh paksa kite untuk komen... sekali tuh
jer aku datang.. pas tuh malas ar.. series
rase tekanan kalau orang paksa komen.

Note:- tapi itu bukan nko la... orang lain..
kekeke...

P/S:- Series entri best. nak komen panjang tak
bleh sebab kat opis ni. mengular surfing kjap

Nine said...

Hehe..
Aku ingatkan kan ko emo ker pe ker....
Bila baca best je entri ko semua nazz..
aku suka, ko coding pun power..
Ko mmg kewl Nazz..

Zoul said...

Jard The Great

Aduss.. ye ker.. terima kasih di atas komen itu.. akan aku lakukan sesuatu... zaassssss!!!

Zoul said...

Mr x7

Waaaa.. jangan la terasa plak... sbenarnya tu salah satu cara yang paling efective utk menarik visitors...

Zoul said...

LifeSaver

Eh tak baik memarah nih.. aku kalau marah aku bom blogger ngan wordpress.. bior sumer org tak leh blogging... wakakaka (ketawa jahat nih)

Zoul said...

Mr. Azman @ Kreuger

Wo wo wo.. taiko sudah mari wo.. tingkiu bro..jgn puji bebanyak sgt. Tapi kalaun korang pg blog Mr Azman nih.. dia punya entry, beratus yang komen... fuuhhh.. syabas bro.. mari beranmai-ramai serbu Mr Azman....

Zoul said...

9Nine

Aduhh.. jgn lah cakap kuat sangat.. nanti org dengar.. ada pulak aku ni emo hiiii.. cam pompuan la..(jgn mare ye org pompuan).. Serius.. aku tak pandai la.. kita sesama belajar.. kan.. kan

eya said...

ye2..sy udh dtg mau serang ini blog.
mmg pon kan,kalo setakat dtg..komen xmau.
(trkene pd diri sndrik ni)..

unknown said...

bro, rilek arr
x yah kesah sgt pasal tu
kalu ko nk tau...aku suka baca blog ni sbb byk info² baru yg aku dapat...


pape pun aku suka datang sini
=)

Zoul said...

eya

Aku pun kekadang camtu..sebab.. tuan rumah tak update entry lagi.. hi hi

Zoul said...

KhairiL's

Tengkiu... nanti aku mintak jaws bagi top up RM10 tu kat ko yer.. tapi sebenarnya blog aku ni tak de paper pun.. ah.. apapun kita sesama belajar ...k

GeNeRaSi MaLaYSia said...

hohoho...
takut nya time bc tajuk tuh..
hohohoh...

pas bc r tau..
nk kc tips...
hohohoh...

Unknown said...

haha aku rasa memang ramai pun blogger2 paksa2 org ni ...kalao post best xpe gak

Selamburb said...

NO.7 paling best dan kelakar..
bikin suspen je..hehe

::alifdalmim:: said...

tak abis bc..terus bg komen dlu..
takut kang dia ni berenti berblogging lak..
lps bg komen baru bc smpai abis..hehehe

Anonymous said...

betul la bro...sebenarnya bila ada orang komen tu kita terasa la yang orang bagi respon pada apa yang kita tulis (entri).
perhubungan sehala ni sebenarnya membosankan...
tak nak la orang kata syok sendiri kan...?
macam entri Melayu Maya...heheheh...syok ke macam tu?

emak said...

tip2 yg bgus ni bro...x ksh la dorg nk komen ke x..
jnji traffc masuk...ngeh3

Ikaa said...

ko nih wat saspenda aku jaa
aku view update ko kt dashboard igt ko nk delete blog ko sbb tensen taderk sape masok dah
mahaha
rerupanyaa....isk3..:P

bagos2..tips yg bagos..
dlu pon ko pnah rase bsusah pyah nk dpt trffic tggi kann..
skarang da bole snyum lbar sikit
share2 ngn blogger len
hebat hebat..sensei nazz
:P

Ikaa said...

:P:P:P:P:P:P:P:P:P:P:P

DH said...

salam...
haha...bagi aku jumlah komen tak menggambarkan jumlah pembaca...hehe..byk yg lbh suka jd silent reader:)

Naz said...

bagus n3 ni. kalo blog utk suka2 atau utk kepuasan, x perlu harapkan ganjaran rm. tp kalo blog utk side income kena gunakan teknik i.m yg betul. ye tak Nazz?

Kapten Luffy said...

bagus! ;)

Adry said...

owh.. kalau nak berjaya memang perlu berusaha gigih... sabar k... insyaAllah berjaya...

kalau aku la.. aku berblog secara ikhlas jer... jadi tak peduli la ramai nak komen atau tak... dulu memula lebih kurang cam ko gak...

jd.. rileks.. i'll support you all the way k...


Adry @ http://www.adrysabry.com

Farie Amrah said...

hehe.. cam hangen jer..
chill la..

Zoul said...

GeNeRaSi MaLaYSia

Sebenarnya aku tak tau nak bagi tajuk aper.. hi hi

Zoul said...

Pert Alpah

Alamak.. post aku ni camne yek..?

Zoul said...

Selamburb

Tajuk yang camtu ramai blogger guna tau... nak tarik pembaca tuh...

Zoul said...

:: Alif :: Dal :: Mim ::

La.. camner nak komen kalau tak abis baca yek..?

Zoul said...

sebaliktabir

He he he.. sebenarnya ramai silent readers dikalangan kiter... kalau tak percaya cuba check sitemeter, nuffnang atau apapun counter yg kita pasang kat blog... mesti ramai punyer..

Zoul said...

Encik Azizan

He he he.. traffic lebih penting yer...

Zoul said...

Cookie Monster

Tahniah...aku tengok blog ko pun skrang nih.. dia punyer komen dah mencurah2 tuh...

Zoul said...

HuRuL_Aini

Salam kembali... aku setuju tu...

Zoul said...

Naz

Aku setuju sgt lah tu.. kalau nak tau teknik IM tu kenelah study lebih sikit ngan kengkawan.. atau rajin2 lah surf kat net..

Zoul said...

Monkey D Luffy

Oit kapten.. aku tabik spring lah ngan ko punya traffic & komen.. berlambak tu...

Zoul said...

Adry

Tengkiu.. marilah kiter support sesama kiter...

Zoul said...

FARIE

Oh tidak2.. aku masih kool lagi nih.. hi hi

Umi Nazrah said...

entri tanpa komen umpama mandi tanpa sabun.

aku pernah jumpa slogan ini di satu blog tp lupa sudah ^_^

Anonymous said...

haa...
aku dah komen ni..
apa lgi ko nak...?
hahaha..

tapi,
aku nak juga tulis sukati..=]

Zoul said...

Nazra~

He he he.. entry tanpa komen = mandi tanpa gosok gigi.. wakaka

Zoul said...

Hanis

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini... sila datang lagi dan komen lagi ye.. Amacam sopan santun tak aku.. hi hi

Anonymous said...

sama-sama..
tengok..
aku lagi sopan-santun dari kamu..
siap datang menjenguk utk reply blik komen ko..
hehehe.

Zoul said...

troxs

Walawe aku tabik spring la kat ko...

Anonymous said...

hahaha.
terima kasih utk tabik-kan kau tu..

Zoul said...

troxs

He he he.. aku pun nak ucap terima kasih sudi singgah dan komen kat sini.. dtg selalu yek..

Amoi said...
This comment has been removed by the author.
Amoi said...

yup. amoi mmg tak suke silent reader dgn plagiat ni!

Unknown said...

jgn marah bro sbnrnya aku baru jer masuk blog ni dan ni 1st komen dari aku huhu..artikel yg mantap ni

lps ni mesti aku lebih kerap dtg kesini

Post a Comment