Sakit Kepala... Tension

by Zoul on 25 April 2009

"Maaf buat pembaca semua.. aku tak ada idea lah"... "Entri mengarut ini terpaksa aku postkan kerana aku dah kehilangan semua daya ingatan untuk menulis entri.." "Sila hayati lagu yang paling aku suka ini.. aku ada sediakan sekali senikatanya.." maaf kerana aku tengah tak ada mood nak menulis entry...

Pernah tak anda terbaca entry yang sebegitu di dalam mana-mana blog? Memang tak dinafikan kadangkala mood kita untuk berblog tengah melonjak-lonjak tetapi.. tetiba idea pulak blurrr.. Apa yang perlu kita buat? Adakah kita akan post sahaja apa pun? Atau kita perlu tunggu kepala dah clear baru post kan sesuatu? Ingat walau apa yang sedang kita hadapi, pembaca blog kita tetap mengharapkan sesuatu untuk memuaskan nafsu mereka untuk membaca blog. Jadi apa keputusan yang terbaik perlu kita buat? Katakan lah kebetulannya blog kita pulak dah berminggu tak di update...

Ingat tak waktu mula-mula berblog dulu.. kadangkala satu hari kita boleh postkan entry sehingga tiga hingga empat post.. macam dah tak dan-dan lagi tu. Tetapi bila dah 'berumur' dalam berblog, nak buat satu entry pun kene hantuk kepala kat dinding baru keluar... itu pun separuh jer. Itulah kesilapan kita yang pertama dalam berblog. Sepatutnya kita kena bijak menjadualkan post entry kita.. rancangkan untuk postkan entry sehari sekali atau dua hari sekali.. Bila idea tengah melonjak tu... taip dan simpan kan dulu dan setkan tarikh untuk publish. Kalau kita tak buat begitu, ada kemungkinan kita akan terlupa kandungan yang kita terfikir tadi..."alamak terlupa pulak... tadi ada kat kepala dah.. aduhh"

Ok apa kata mulai dari sekarang kita rancangkan apa entri kita.. itu kalau kita ada idea, macamana kalau kita dah blurr...? Mungkin idea di bawah ini boleh membantu..

1-Mula membaca buku atau majalah terutamanya yang ada kena mengena dengan blog content kita.. Mungkin ada perenggan di dalam buku/majalah tersebut akan mencetuskan idea.

2-Cari di laman web tentang produk baru dipasaran.. anda boleh buat sedikit review tentang produk tersebut (lagi baik jika produk tersebut ialah produk yang digemari seperti handphone, Laptop, Pakaian, MP3 dan sebagainya)

3-Buat review blog yang anda minati dan beritahu pada tuan punya blog untuk dapatkan linkback dari mereka.

4-Buat entry credit buat pengomen blog anda (bersama-sama link blog mereka)

5-Blogger biasanya suka mencari sumber baru untuk template, theme dan widget.. jika anda boleh senaraikan site2 ini dalam blog anda... ia akan banyak membantu rakan blogger yang lain.

6-Buat entry untuk membantu mereka yang baru berblog.. listkan apa masalah yang pernah anda hadapi sewaktu berblog dulu dan apa penyelesaiannya.

7-Buat entry tentang satu-satu topik yang terhangat dengan ulasan anda sendiri.. buatkan agar ulasan anda itu nampak pro dan kontra.

8-Tuliskan sesuatu agak kontroversi dari pengalaman anda sewaktu muda, sewaktu dikampung, sewaktu di universiti atau sewaktu bila-bila lah..

9-Buat sedikit kajian diinternet dan paparkan keputusannya.. contohnya siapa lebih ramai? blogger lelaki atau blogger perempuan di Malaysia..

10-Buat ulasan tentang sesuatu yang ganjil atau menarik yang dijumpai sewaktu melawat blog kengkawan..

11-Kalau dah tak ada idea sangat.. cari video yang menarik di Youtube, letakkan di blog anda dan beri sedikit ulasan..

12-Buat entry teka teki yang melibatkan foto anda sewaktu kanak-kanak.

13-Kalau anda ada berhubung dengan sesiapa melalui YM atau yang sewaktu dengannya dan ada yang menarik dengan dialog tu.. paparkan di blog dan cerikan situasinya.

14-Ceritakan apa sahaja pengalaman anda..

15-Post entry yang anda dapat dari email anda.. sesuatu yang menarik yang boleh dikongsi kan bersama pembaca yang lain..

16-Letakkan sahaja game dan ajak kawan-kawan main sama2... he he

Dan sebagainya....

Ok itu sahaja karutan aku hari ini.. kalau ada salah dan silap... harap diampun wahai penunggu gua..