Sah.. Wordpress pun tidak berguna

by Zoul on 25 December 2009

Salam...

"Buat rakan-rakan semua... ini merupakan post aku yang terakhir di sini.. dengan bangganya aku memaklumkan bahawa aku akan berpindah ke alamat yang baru di bawah naungan Wordpress.."

"Salam.. aku akan mula berkarya di Wordpress... selamat tinggal Blogger.."

"Aku dah upgrade ke Wordpress dengan hosting yang berbayar...!"

"Hello kawan-kawan... aku dah kembali ke Blogger..."

Dan lain-lain lagi...

Maaf ya.. post ini bukan untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar luahan hati aku dan di atas itu tadi hanyalah diantara petikan rakan-rakan blogger yang telah berusaha 'meng-upgrade' kan diri mereka dari menjadi blogger percuma ke blogger yang berbayar (atau mungkin yang percuma juga). Di sini apa yang aku kurang faham ialah, kenapa mereka berpindah setelah bertahun di platform Blogger ke platform lain (terutamanya Wordpress) atau sebaliknya?. Aku bukannya anti Wordpress atau...
pengguna tegar Blogger bahkan aku juga pernah teringin untuk berkarya di Wordpress tetapi, mungkin belum waktunya lagi. Baik.. apa yang ingin aku katakan di sini ialah, aku yakin hasil promosi yang berterusan,  theme yang lebih menarik, plugin yang terkini, pilihan profesional.. maka ramai diantara pengguna Blogger yang menantikan saat untuk 'membawa diri' ke Wordpress. Tetapi persoalannya adakah ianya berbaloi kerana keduanya juga mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada yang mengatakan kod template Blogger yang ketinggalan berbanding Worpress menyebabkan orang memilih Wordpress. Tetapi adakah ianya sesuai untuk kita yang akan menggunakannya?  


Ada diantara rakan Blogger yang telah bermastautin di Wordpress telah kembali ke Blogger dan begitu juga sebaliknya.. apakah puncanya? Apakah kesukaran yang telah mereka hadapi sehingga terpaksa berpindah randah? Bagi aku pula, di mana platform 'dipijak' hanyalah 'mewakili' sebahagian kecil kejayaan seseorang blogger. Jika kita perhatikan ramai diantara blogger berjaya di luar sana yang 'berplatformkan' Wordpress tetapi, tidak kurang juga dari Blogger dan lain-lain lagi. Jadi apa yang dikatakan 'blogger berjaya'.

Baik.. sebelum kita membuat keputusan untuk berpindah untuk lebih gah dah berjaya, ada beberapa persoalan yang perlu kita jawab. Diantaranya, Kenapa kita berblog? Adakah kita mendapat pulangan dengan berblog? Adakah pulangan kita bertambah dengan berpindah, atau sebaliknya?  Apa kelebihan yang diperolehi dengan berpindah? Apa kemudahan yang diperolehi yang tiada pada platform lama? Adakah kemudahan tersebut 'need to have atau nice to have'? dan lain-lain lagi lah... Jadi apakah jawapanya menjurus kepada positif atau tidak? Jika ya, sila teruskan hasrat anda tetapi jika tidak... sila fikirkan semula.

'Blogger berjaya' adalah perkataan yang memberi maksud yang 'subjektif' dan maksudnya sangat bergantung pada seseorang individu. Ada blogger yang berblog hanya sekadar 'suka-suka' atau mengisi masa lapang, jadi jika ada sesiapa yang sudi membaca karyanya pun sudah dikira berjaya baginya. Ada pula blogger yang menjual produk dengan blog.. jika ada 'sales' yang mencukupi pun sudah boleh dianggap berjaya. Sebahagian blogger pula serius bercakap tentang politik dan jika hasil penulisannya dapat mempengaruhi 'target'.. pun sudah berjaya. Bukan setakat itu, ada berbagai lagi jenis blogger.

Namun jika diperhatikan, yang manakah perkara di atas yang menjadi perkara perlu sehingga kita perlu 'berhijrah' ke platform lain? Adakah dengan platform yang sedia ada kita tidak boleh 'berjaya'? Sebagai contoh, ada rakan blogger yang agak dikenali dan punya pembaca setia yang agak memuaskan dan sebelum ini berada di platform Blogger kemudian berpindah ke Wordpress dengan alasan untuk 'upgrade'. Tetapi apa yang berlaku pada beliau menjadi sebaliknya. Pembaca blognya mula berkurangan.. 'adsense click'nya juga berkurangan dan pendapatan 'advertlet'nya juga berkurangan. Jadi apakah puncanya...?

Pada pandangan aku.. semua itu disebabkan oleh 'blog content' atau 'entry' yang mula merosot. Jadi, perlu difahami kejayaan satu-satu blog itu adalah sangat bergantung kepada blog entry atau tajuk yang kita bawa bukannya apa platform blog kita. Jadi adakah blog entry kita itu perlukan kita untuk berpindah platform.. Mungkin kita boleh gah dengan nama platform tersebut namun kalau entry kita orang fikir 'tak best', memang sah walau berpindah ke Wordpress.org sekali pun tetap 'tidak berguna'...hi hi.. fikir-fikirkan... dan selamat beramal..!

Ahhh... penat pulak.. sampai sini dululah karutan ku.... lain kali aku 'mengoceh' lagi...

{ 12 comments... read them below or add one }

Anarm said...

blogspot atau wordpress, mane2 pn same je.. terpulang pada individu.. cume perlu diingat, hosting sndiri bermakna perlu keluar duit utk bayar.. blogspot pula percuma.. kalau memang dh pandai buat duit melalui blog, fine, boleh je kalau nk pkai hosting sndiri.. buat penilaian kt situ je ckup..

bile dh tukar pkai wordpress, mention sana sini bgtau dh pkai wordpress.. mcm bangga je.. tp bile x mampu nk bayar hosting, balik semula ke blogspot.. memalukan je.. kn? kan?

sebnarnye x perlu nk ckp baik buruk blogspot dan wordpress ni.. sume ade kelebihan, ade kekurangan masing2.. diri sndiri yang tentukan.. bagi aku, aku lebih selesa di wordpress sbb dr segi coding2 yg diguna.. coding utk blogspot dan wordpress mmg berbeza..

Selamburb said...

hehehe..logo tu cam teknik liquify jer..
minum nescafe sambil layan lagu ni..best oo..
http://www.youtube.com/watch?v=krQvliMY0JE..
yup..seb baik x tukor platform..

Zoul said...

Salam..

Anarm: Tersangat lah betulnya, kekadang tu aku tengok ada yang mcm best sgt bila dpt pindah platform habis satu malaya di canangnya.. lepas 2 - 3 bulan blog hancuss.. walawe

Selamburb: Hu hu.. logo tu yg ko perasan yek.. hik hik.. aku ikut layan sama nih....

Ir. hydir said...

terpaksa berpindah ke wp kerana ada beberapa apps x support blogspot yg sponsor minta aku gunakan utk niche blog aku.

Actually, aku lebih senang dgn blogspot sbb dah tahu tricknya dan senang aku nak edit ..

anyway, life goes on .. a good content is .. priceless

mohdariqsalem said...

wah nama pon cute..hehe

Anonymous said...

selamat berblog!

Zoul said...

Salam..

mohdariqsalem,
Hmmm..... malu lah... hi hi

Lifesaver,
Mekasih...

Zoul said...

Tuan Ir Hydir,

Ha.. ni yg dinamakan need to have.. bukan sekadar nice to have.. anyway memang Blogger masih ada kelemahannya dan ini sepatutnya diambil kira oleh Blogger sendiri.. tetapi mungkin disebabkan statusnya yg 'free' jd mungkin ianya akan mengambil masa untuk berlaku...

Anyway.. terima kasih dengan komen tuan...

Zul said...

hehe
nice blog
berat gak mata nak baca
panjang sangat...
wordpress atau blogspot, sama jerk semua, dia ekut kita..
kalau kita betul2 nak guna, bagi jer ape2 pun..
kita ttp boleh guna...
betul x?
Ingat, jangan berblog sebab terlalu ikutkan trend... salah2..

Zoul said...

Zul...

Panjang yer.. ok lain kali aku bagi pendek 'pakai bahasa sms' hi hi...

khairil said...

kalau nk ikutkan, wp dgn blogspot tujuan dia sama je. kita berkarya menghasilkan entri2 utk org baca, cuma dr segi kemudahan mcm plugin, themes dll. mgkin berbeza sbb kadang2 wp lg bagus dr blogspot dan sebaliknya..apa2 pun terpulang atas individu masing2

Zoul said...

Salam...

Khairil:

Betul sangat tu bro.. aku setuju.. cuma kadangkala ada kengkawan kita yang mengambil tindakan kerana mengikut orang lain, bukan disebabkan oleh keperluan sendiri...

Post a Comment