Wordpress Themes convert ke Blogger Templates

by Zoul on 26 December 2009

Salam buat semua...
Seperti yang telah kita sedia maklum, selain entri yang menarik template atau theme blog juga memainkan peranan dalam 'menghidupkan' blog kita. Bagi mereka yang bernaung di bawah Wordpress perkara ini tidak lah menjadi masalah yang besar memandang pilihan theme untuk Worpress sememangnya agak luas, profesional serta terkini (samada yang percuma atau yang premium). Berlainan pula ceritanya dengan Blogger, ramai yang kurang berkenan dengan paras rupa templates yang boleh didapati di web pada ketika ini dan mula mencari yang 'customise' bagi menggantikan yang sedia ada. Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan belanja dengan melantik sesiapa untuk membina template khas atau meniru apa yang ada pada Wordpress.

Baiklah jika ada diantara kita yang berniat untuk memberi 'muka baru' pada Blogger blognya.. dan belum menjumpainya, aku ada beberapa cadangan laman web yang boleh kita lawati bagi mendapatkan template idaman. Sebenarnya hasil pemerhatian aku.. ada beberapa orang pereka atau pembuat template bermutu yang berasal dari Malaysia dan aku memang tertarik dengan hasil kerja mereka. Walaupun aku tidak dapat hendak 'menjejaki' kesemua mereka ini namun,  aku rasa apa yang telah ditemui ini pun mungkin dapat menyediakan template mengikut apa yang kita inginkan. Satu lagi... ianya percuma, hanya perlu download, upload dan guna...

1-WPBLOGGERTHEMES - Blogger templates
   Pada mereka yang berminat dengan template Wordpress yang telah diconvert ke Blogger, anda boleh dapat di sini. Aku memang berkenan sangat dengan hasil kerjanya.


















2-WORDPRESSTOBLOGGER
   Di sini anda boleh minta untuk convertkan Wordpress theme yang anda minat ke Blogger template dengan bayaran $10.00 sahaja. juga dikendalikan oleh author wpbloggerthemes.

















3-THEMECRAFT - Blogger Templates
   Di sini juga terdapat Blogger template yang berkualiti sebagaimana yang kita boleh dapati di Wordpress. Pada ketika ini mereka membuat 6 template baru pada setiap minggu.




  












4-FALCONHIVE - Blogger templates
   Diantara laman yang mengeluarkan template berkualiti yang pantas dikenali. Author Falconhive juga terlibat dengan ThemeCraft dan Blogger Styles.

















5-BLOGGERSTYLES - Blogger Templates
   Di sini anda boleh dapatkan templates yang telah direview oleh web author dengan diklaskan mengikut Emas, Perak atau Gangsa.

















6-KREATIVETHEMES - Wordpress themes
   Sengaja aku selitkan satu laman penyedia wordpress theme di sini kerana aku suka hasil kerjanya dan lagi satu dia ni 'Malaysian'..

















Laman di bawah ni adalah kepunyaan 'Non malaysian' (setahu aku lah) tetapi aku suka hasil template yang mereka buat

1-WOORK - Blogger templates
   Sekarang authornya telah berpindah ke WoorkUp

















2-OORUC - Blogger templates
   Di sini anda boleh dapatkan Blogger template yang percuma atau yang berbayar (premium).



















3-DELUXETEMPLATES - Blogger templates
   Diantara laman yang paling aktif mengeluarkan template untuk Blogger. Simple tetapi menarik


 














4-SIMPLEXDESIGN - Blogger templates
   Template yang dihasilkan sememangnya kompleks dan mempunyai ciri-ciri theme Wordpress.


















5-BTEMPLATES - Blogger templates
   Diantara galeri Blogger templates yang paling banyak pilihan.
















Rasanya itu sahaja buat kali ini, jika ada yang tertinggal terutamanya yang 'made in Malaysia' silalah kongsikan di sini..

Selamat menukar template...

{ 3 comments... read them below or add one }

ONEXOX PLAN said...

tanak pakai template mcm2 ni.. xbest.. gua suke yg clean.. x guna byk grafik.. xde la berat2

Anonymous said...

cantik beb!

Zoul said...

Salam..

PENTULIS,
Tidak dinafikan ada blogger yg sukakan something light and simple... tetapi ada juga yg mahukan something yg look nice...
Anyway.. thanks for the comment.

Lifesaver,
Credit buat pembuatnya...

Post a Comment