10 Most Popular Facebook Games

by Zoul on 02 January 2010

Salam..

Sejak kebelakangan ini Facebook telah menjadi buah mulut kebanyakan orang dari ahli politik hinggalah kanak-kanak (yang tahu menggunakan internet). Walaupun Facebook telah  agak lama 'berkeliaran' di web, ia hanya mula menjadi buah mulut sejak kebelakangan ini bila ahli-ahli politik dan bisnesman mula menggunakan Facebook sebagai laman sosial mereka.

Berbanding dengan Friendster, yang hanya dikenali oleh remaja dan ke atas.. Facebook pula dikenali oleh semua lapisan. Hasil pemerhatian, mendedahkan salah satu sebabnya kerana adanya permainan di Facebook. Aku yakin ramai diantara kita yang pernah melihat atau bermain permainan di Facebook.. dan kalau kita perhatikan kesemua permainan yang disediakan merupakan permainan yang menyebabkan pengguna menjadi ketagih. Maklumlah kebanyakan permainan yang disediakan mempunyai 'jangka hayat'.. jadi ini menyebabkan pengguna seboleh mungkin akan mengakses Facebook setiap hari.

Baik.. aku bukannya nak komen permainan yang terdapat di Facebook (ketuklah keyboard tanya screen..) tetapi, tahukah anda apakah permainan di Facebook yang paling popular? Sila lihat list ini..

1-Farmville

Merupakan permainan yang paling popular dan ramai yang ketagih dengannya.. penggunanya lebih 72 juta orang sebulan.



2-Mafiawars

Permainan ini menduduki tempat kedua dengan lebih 27 juta orang pengguna tegar sebulan.



3-Happy Aquarium

Menduduki carta yang ketiga dan diantara yang paling cepat dikenali dengan penggunanya... lebih 27 juta orang sebulan.



4-Pet Society

Di tangga keempat duduknya.. namun ia tetap menarik lebih 21 juta orang pengguna sebulan.




5-Texas HoldEM Poker

Permainan Texas HoldEM Poker dimainkan oleh lebih 20 juta orang 'penagih' setiap bulan.



6-Farm Town

Permainan ini hampir sama dengan Farmville dan ianya dimainkan oleh lebih 18 juta pengguna yang aktif setiap bulan




7-Yo Ville

Di tangga ketujuh.. YoVille pula dimainkan oleh lebih 18 juta orang pengguna yang ketagih setiap bulan.




8-Happy Pets

Permainan yang kelapan popular ini dimainkan oleh pengguna yang habis ketagih seramai lebih 17 juta orang setiap bulan.



9-Restaurant City

Dikedudukan kesembilan bukan bermakna orang tak main.. jumlah pengguna yang bermain permainan ini adalah seramai lebih 16 juta orang sebulan.





10-Mindjolt

Di kedudukan ke sepuluh dengan pelbagai permainan dan seramai lebih 14 juta pengguna sebulan yang memang dah ketagih dah..



11-Blog Cuiit yang dilawati oleh berjuta-juta orang penagih yang ketagih dari seluruh pusat serenti di dunia...  hik hik

OK.. sekarang boleh masuk Facebook dan mula main ya..Cuba periksa Facebook ahli politik.. sebenarnya apa aktiviti yang dibuatnya.. main game kot..