Salam...
Sekadar renungan...
Pertama
Aku sedang menunggu giliran di bank.. "lama betul nombor aku nak naik ni.." detik hati aku. Inilah masalahnya kalau berurusan di CIMB.. memang lambat macam kura-kura. Pelanggan tidaklah ramai, tetapi urusan tetap lambat berbeza dengan berurusan di AmBank atau Public Bank.. memang 'jempol' lah. Sambil menuggu tu aku melayan perasaan sambil memerhatikan orang yang ada di sekeliling. Ada berbagai gelagat dan jenis manusia tetapi yang menarik hati aku dua orang 'anak dara' yang sedang bersembang di kerusi baris belakang aku. "Ko tau tadi aku test baju yang hari tu kita beli tu.. dah tak fit dah" kata salah seorang. "Iyalah aku punya punggung sekarang ni pun dah makin over size dah.." jawab rakannya. "Aku boring betul bila tengok cermin..." Selepas itu perbualan mereka terus berkisar tentang pipi tembam, punggung besar. peha besar, bulu kaki lebat dan dagu berlapis.
Kedua..
Aku 'mengular' sambil bersembang dengan rakan sepejabat.. maklumlah hujung tahun. Ramai yang bercuti (termasuk boss aku) dan aku rasa pejabat aku tu dah jadi macam rumah hantu rasanya.. sunyi. Salah seorang rakan aku mengeluh sebab rambut dah mula dipenuhi uban walaupun umurnya baru mencecah 30 tahun. "Eh engko ada cara tak macamana nak hilangkan uban? Aku dah cuba macam-macam cara dah, guna inailah, guna ubat lah, jaga makanlah dan yang paling best aku suruh anak buah aku tolong cabut.." "Sekarang ni aku warnakan rambut aku.. tapi tak tahan lama lah" ".... Macamana yer?
Ketiga
Sekumpulan wanita/gadis sedang berborak.. "Eh Sarah sejak ko kawin ni kenapa aku tengok ko makin kurus hah? "Iyalah Sarah.. biasanya orang lepas kawin ni badannya jadi berisi.. ko pulak up side down" "Eh tak salah ke kalau aku cerita pasal laki aku..." jawab Sarah. "Alah kalau untuk kebaikan apa salahnya" jawab rakannya. "Sebenarnya laki aku tu..'kuat sangat' la... Korang tau asal tercuit aje nak.. tercuit aje mintak" Kata Sarah. "Eh untunglah tu.. laki aku tak boleh harap kalau aku tak bagi 'klu' dia buat tak tau aja.. kalau dapat laki macam ko kan best" Kata kawan Sarah.
Keempat
Seorang lelaki sedang membelek sesuatu pada rak di sebuah kedai menjual ubat-ubatan tradisional. Diambil sebotol.. kemudian dibelek dan baca. Oleh kerana agak lama juga lelaki tersebut yang seperti sedang mencari sesuatu.. si pembantu kedai menghampirinya dan bertanya "Ya encik cari apa..?" Dengan agak malu-malu lekai tersebut menjawab.. "Sebenarnya saya sedang mencari ubat untuk melebatkan misai dan janggut.. ada tak?" "Saya punya misai tak mau tumbuh lebat... saya cemburu tengok kawan-kawan saya semua penuh bulu.." Pembantu kedai tersenyum sambil menggelengkan kan kepalanya.
Kelima
Mak.. mak... bangun mak! Kenapa?.. pukul berapa ni? jawab emak. Pukul 3.00 petanglah mak, hari hujan tu.. kata si anak. Hah hujan, habislah kain baju mak kat penyidai tu. Kenapa kakak tak tolong angkat, habislah basah lagi semua baju tu.. kata si emak. Alahai kenapa lah hari-hari hujan. Asal sidai baju aje, hujan.. asal sidai baju aje, hujan. Bila lah hari nak panas ni? rungut si ibu.
Keenam
Eh Piah, apa yang ko baca tu? Ni ha aku baca pasal satu program menarik ni. Aku rasa ko pun mesti berkenan punya lah... kata Piah. Bak sini.. aku nak tengok apa dianya.. kata kawan Piah. Ni lah, diorang tengan cari orang yang nak join program mencantikkan dan melentikkan punggung.. kata Piah lagi. Maklumlah orang dah baya aku ni semuanya dah jatuh nak kena repair balik.. tambah Piah lagi. Ko nak join tak? Boleh sangat lah ni.. eh berapa ongkos nya? Tanya kawan Piah. Kalau ikut semua sessi kena bayar RM500.00 aje.. jawab Piah. Huh mahal tu! tapi tak pelah nanti aku tanya laki aku, mesti dia bagi punya. Sapa tak nak bini dia mengancam...kan? jawab kawan Piah.
Ketujuh
Eh aku peliklah.. kata Ali pada Kassim. Apa yang peliknya? Jawab Kassim. Dulu masa aku bercinta dengan awek aku tu, mula-mula memang aku tengok dia tu cantik habis. Tapi bila dah lama sikit, aku tengok awek orang lain semua cun-cun.. awek aku gak yang tak cun.. kata Ali lagi. Sekarang ni lagi haru.. lagi lama aku tengok bini aku, lagi bertambah tak cantik aku tengok. Bila aku tengok bini orang lain.. geram ajer.. tambah Ali lagi. Macam ni lah, kalau macam tu apa kata ko kawin satu lagi..? saran si Kassim.
Kelapan
Ini tak boleh jadi ni.. blog dia nak cecah 1000 follower dah. Aku kena lawan ni. Sekarang ni sehari pengunjung blog aku ada dalam 800 orang dengan 1200 follower. Blog dia pulak dah nak sama dengan aku.. mana boleh jadi. Aku mesti cari jalan bior orang tak nak tengok blog dia lagi. Tak pun aku flag kan aje blog dia tu.. apalah sangat blog dia tu sampai orang boleh samakan dengan blog aku yang berkualiti habis ni? Huh aku memang tak puas hati.. dia baru lagi, aku pulak orang lama mana boleh kalah beb... Sungut seorang blogger.
Kesembilan.. aku dah penat menaip.. lain kali pulak lah... renung-renungkan...
{ 11 comments... read them below or add one }
Salam kang!
seng wolu kui aku nyetujui opo kuwe nulis.. kayak wong/bocah arek naik, koyo kui la cara ney,bajingan org kaya ikie, arek ditabuk aie endas ea.. haha~
bersyukur dengan apa yang ada!
mmg dah jadi satu sifat manusia mcm tu kan...
Salam...
Shahrul Shaharudin:
Iyola.. ojo ditabok lindik2.. nek nabok men seng banter wae.. hi hi
si tEDI:
Ya.. betul tu..
khairil:
Sifat yang sepatutnya difikirkan semula tu...
Salam...
cik EPAL:
Amin..amin..amin..!!
renung2 kan dan selamat beramal
macam-macam je..
hu3~
Hrmmmm....
a'ah..aku pun slalu bersungut, kengkadang x tau ape aku ngah "sungut"
Jap..jap.. aku tengah pikirkan... apa yer...?
manusia tidak pernah cukup dengan apa yang dia ada.
tak pernah bersyukur dengan apa yg dimiliki dan hanya akan tersedar apabila kehilangannya..
Post a Comment