20 Sebab Aku Benci Memandu

by Zoul on 27 January 2010

Kadangkala bila aku bangun pada waktu pagi aku terfikir.. kenapalah belum ada sistem macam dalam cerita Star Trek. Bila nak pergi ke mana-mana.. masuk saja bilik khas, tekan butang... zing!!! dah sampai di tempat yang dituju. Bila mengenangkan yang aku perlu memandu pada hari ini.. rasa, benci betul.

Aku dah bertahun memandu di jalan raya Malaysia ni dan sehingga kini aku belum ketemu dengan jalanraya yang menyenangkan hati aku. Boleh katakan semuanya sama saja, tidak kiralah dijalan bandaran ke, jalan kampung ke, lebuhraya ke atau jalan mati. Yang paling menyinga tu masalah yang aku jumpa adalah masalah yang berulang-ulang setiap hari.. tension betul. Kalaulah aku ada banyak duit.. aku buat jalanraya aku sendiri.

Diantara masalah yang membuat aku jadi geram ni seperti di bawah ni.


1-Bila sampai di simpang empat.. lampu trafik tempat aku lalu mesti lambat hijau dan cepat jadi merah. Jalan yang lain hijau lama merah sekejap. Tak adil betul.

2-Bila jalan tu biasanya tenang saja, biasanya esok ada polis buat sekatan jalan (roadblock), tapi bila jalan jem atau sesak.. seorang polis pun tak nampak.

3-Aku tunggu lampu jadi hijau punya lah lama, tiba-tiba dari sebelah kanan ada kenderaan yang potong 'Q'.. kalau motor tu adalah maaf, lori kontena pun ikut sama. Perg!!! aku menyumpah saja.

4-Bila sedang enak memandu.. tiba-tiba sebuah motorsikal overtake aku dengan laju. Bukan setakat laju, awek yang duduk dibelakang tu pulak menonggek habis.. hui.. geram beb.

5-Bila waktu petang kebetulan lalu di hadapan sekolah.. aku hangin betul dengan mak bapak yang menunggu anaknya balik, semua parking sampai ke tengah jalan. Tiap-tiap hari bagi nasihat pada anak-anak.. hati-hati di jalanraya tapi perangai mak bapak macam nak mati dijalan raya.

6-Bila aku nak kena saman aku hulur lima ringgit kat pegawai tu dia tak nak.. "saya seorang pegawai yang amanah" katanya. Tapi bila aku hulur lima puluh ringgit.. "cepat letak dalam buku ni.. sain-sain tak payah.."

7-Bila aku memandu dengan berkhemah.. tak ada speed trap. Tapi bila aku terlambat dan hendak cepat jam-jam tu jugak ada sibaju putih bawah jejambat pegang teropong.

8-Jalan jadi jem cuma disebabkan oleh kon JPJ yang diletakkan di tengah jalan tetapi pegawainya duduk berborak bawah payung sebab waktu makan. Kok ia pun alihkan lah dulu kon tu.

9-Bila berlaku kemalangan, jalan jadi jem sebab dihalang oleh tow truck. Memang patut korang bawak tow truck.. sebab parking tak pakai otak.

10-Bila lampu trafik dah hijau tetapi pemandu dihadapan masih sibuk berborak dengan penumpang disebelah.

11-Bila memandu pada waktu malam, kereta yang mengekori aku memasang lampu tinggi sepanjang perjalanan.

12-Bila tengah seronok memandu tiba-tiba teringat road tax kereta tamat pada hari itu juga.

13-Bila jalan tengah sibuk ada pulak kereta yang dipandu macam kekura berada dihadapan.. angin dibuatnya.

14-Bila sedang memandu di kawasan taman perumahan tiba-tiba terserempak dengan mat-mat bangla menunggang basikal dengan bersaing dari arah yang bertentangan tetapi disebelah lorong aku.

15-Bila aku memandu dengan jarak selamat tiba-tiba ada kereta yang mencelah kemudian dipandu betul-betul depan aku.

16-Bila aku beri isyarat pada pemandu wanita yang kainnya tersepit dan terkeluar dari celah pintu dia buat muka macam aku ni perogol bersiri.

17-Bila aku menunggang motor dan aku terlupa tongkatnya motor aku belum dilepaskan, bila korner tersangkut pada jalan raya. Buat malu sekampung aja.

18-Bila ada kereta yang bagi signal belok ke kiri tiba-tiba dia belok ke kanan.

19-Bila ada pemandu yang membunyikan hon dari arah yang bertentangan, aku jawab hon tu tetapi rupanya dia hon kereta belakang aku.

20-Bila aku nampak pemandu mengangkat tangan, aku pun balas tetapi rupanya dia mengusap rambutnya.. aduh tebal muka aku.

Ada banyak lagi yang dah tidak termampu untuk aku senaraikan.

{ 17 comments... read them below or add one }

ohmalaysia.com said...

aku pun x suka lampu isyarat cpt merah, lambat hijau ni. tapi kalo yg ada nombor tu ok la sbb kita tau brp lama kita tunggu lampu isyarat.

kenwooi said...

haha.. driving can be troublesome at times..
i agree! =D

Nazz said...

Ha ha.. aku pun suka trafik light yg ada nombor tu..

Nazz said...

Hi.. you are right, but it has to be faced in every single minute we are on the road.. well what can we do..

milimilo said...

aku cuma tak suka 1. drive dalam hujan lebat sebab kete aku xde wiper belakang. so cam kabur gile babi ah cermin.

myraa said...

gilerh banyak kau list kan.
agaknya kau niy jenis cerewet laa kot. haha.

umor kau sekarang brapa?

farhana87 said...

Kamu ni hebat dlam list outkan ssuatu.. Sbb pasti bnyk yg kamu blh list kan.. Hehehehe.. Tak suke gak drive.. Kalau ade driver suka laa.. Hik hik.. ;p

Zahidah said...

haha. belom jd driver lg. on the way~

shazali said...

*amik nafas jap*
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha~
adeyh...
meleTop perot aku, nasib pakai towel lao x, da guling3 da aku gelak....

tanda kaceh cayang aku kt entry kali ni, dgn segale hormatnye telah dilink kt my blog n FB..


yg aku paling suke......sebab no.17

Nazz said...

Aduyai.. aku bukan cerewet lah.. banyak mulut jer..
umur aku dah tua dah.. lebih tua dari umur kucing aku.. har har har

Nazz said...

Aku tak suka drive.. malangnya driver plak tak suka aku.. hi hi

Nazz said...

Kalau dah on the way tu... dh jd driver lah tu.. wa ka ka!!!

Nazz said...

Wo ho... no 17 tu aku kerap kene.. sbb aku jarang naik motor...

lifesaver84 said...

yang no 4 tu geram kat pemandu dia ke geram kat pembonceng dia?hahaha

myraa said...

haha. sama laah tuh!!
citt, mano aku tahu kucing kau umur brapa!!
muahaha.

Nazz said...

kucing aku umurnya 3 tahun.. dah nak masuk tadika dah..

Nazz said...

Alamak ... kantoi...!!!

Post a Comment