Home / Info / Basikal ku Tukar Jantina
Basikal ku Tukar Jantina
by Zoul on 26 January 2010
"Erggghhhh..! kenapa mak kejutkan awal sangat ni..?" tanya ku pada arwah mak.
"Eh.. tak ingat ke.. kan hari ni mula sekolah.." jawab arwah mak.
"Eh.. sekolah.. best nya..!" aku bersorak riang.
Itulah aku sebagai anak yang sulung dan akan memulakan hari persekolahan ku..
darjah satu.. aku datang. Pagi tu juga aku lihat abah sedang bersiap-siap untuk menghantar ku ke sekolah.
"Hah tunggu apa lagi.. cepat bersiap, nanti lambat sampai kat sekolah.." arahan abahku.
"Abah..
nanti pergi sekolah abah hantar ke..? aku bertanya.
"Iyalah.. sapa lagi yang nak hantar..?" jawab abah.
"Kalau naik basikal tak boleh ke? aku menguji abahku
"Mana boleh..?" jawab abah
"Kenapa.. berdosa ke bah?" tanyaku lagi.
"Kenapa banyak sangat soalannya ni..?" abah mula naik angin
Aku terdiam....
Abah start motor..
"Maaakkk! saya pegi sekolah ya.." jerit aku pada arwah mak yang berdiri dimuka pintu.
"Ya lah.. jaga diri elok-elok.. belajar jangan malas." pesan arwah mak.
"Okay...!" jawab aku.
Dalam perjalanan ke sekolah, aku lihat ramai yang berbasikal ke sekolah. Keinginan ku untuk berbasikal ke sekolah semakin meluap-luap. Maklumlah, jarak sekolah dengan rumah aku bukannya jauh sangat.
"Abah.. nanti beli la basikal baru.." rayuku pada abah sewaktu di atas motor
"Nantilah kalau abah dah gaji.. abah belikan ya.." jawab abah.
"Ala.. semua tunggu gaji dulu.." aku bersungut.
Sampai di sekolah aku terjumpa beberapa orang rakan sepermainan aku. Seperti biasa, walaupun hari pertama bersekolah.. kami hentam dengan bermain.
Riiiiiiiinnnnnnnngggggggg!!!!
Abah bawa aku ke kelas.
"Abah.. abah boleh balik lah.. nanti datang ambik ya.." kataku pada abah.
"Yalah..." jawab abah ringkas.
Tengahari itu bila aku keluar dari kelas aku lihat abah sedang menunggu di bawah pokok sabun (aku tidak tahu nama sebenar pokok tu.. buah dia kalau digonyoh ditapak tangan yang basah, ia akan mengeluarkan buih macam sabun).
"Jom balik.." kata abah
"Okay..." jawab aku.
Sampai dihadapan rumah..
"Bang !! abah belikan abang basikal.." jerit adik aku
"Yea.. yea.. boleh pegi sekolah naik basikal.." aku menjerit gembira.
Abah belikan aku basikal.. warnanya merah.
Malam tu aku tak dapat tidur dengan lena, aku berangan esok aku akan ke sekolah dengan berbasikal. Pagi esoknya, mata ku jadi kelat sebab tidak cukup tidur. Seperti yang telah dirancang dan selepas arwah mak dan abah mengizinkan.. aku pun berbasikal ke sekolah. Abah, mengekori aku dari belakang dengan bermotor.
Tengahari itu .. abah tidak menjemput aku.
"abah tak datang ni..takpe lah.. balik sendiri aje.." aku bercakap sendiri.
Dengan berhati-hati aku pun berbasikal balik ke rumah.
"Maakkk! saya dah balik" jerit aku sewaktu sampai di rumah.
Dengan penuh kasih sayang.. aku letakkan basikal ku di bawah rumah.
Tidak lama kemudian.. aku terdengar bunyi motor abah. Rupanya abah kena panggil masuk kerja sebab ada masalah di tempat kerja.
"Dah balik dah budak tu..? aku terdengar suara abah dari bawah rumah.
"Dah...." jawab arwah mak.
Rumah aku rumah papan.. waktu itu aku rasa memang tinggi. Semua kenderaan diparking di bawah rumah.
"Naz, tadi naz balik naik apa..? jerit abah lagi.
"Naik basikal la bah..!" jawab aku sambil berlari turun.
"Basikal siapa..?" tanya abah.
"Naik basikal saya lah bah.." jawab aku dengan bangga.
"Kalau naik basikal Naz.. ni basikal siapa..? tanya abah.
"Eh iya lah..."
Baru aku perasan basikal tu bukan basikal aku, cuma warnanya saja sama.
Patutlah masa balik tu aku rasa ada terfikir..."kan basikal aku basikal lelaki.. kenapa basikal ni basikal perempuan......"